Akhir-Akhir tahun ni ramai betul blogger tempatan buat contest dan hadiahnya boleh tahan lumayan. Andai katalah semua contest tu dapat dimenangi maka dah jadi macam bonus akhir tahun dah. Apapun begitu tak semua contest tu dapat aku sertai oleh sebab sedikit sibuk dengan kerja-kerja di ofis (audit closing 2009) disamping projek-projek online untuk 2010.
Salah satu contest yang aku dapat sertai ialah pada dua minggu lalu yang dianjurkan oleh saudari Warnie Musah melalui blognya bluedianthus.com. Ianya merupakan contest menulis cerita motivasi. Aku tahu pasal contest yang dianjurkan tu pun last minit dan rasanya mungkin aku adalah orang yang terakhir menghantarkan penyertaan iaitu pada tarikh tutup bersamaan dengan 30 November 2009.
Setelah seminggu menunggu aku menerima email daripada Warnie mengatakan aku adalah salah seorang pemenang dan dia mahukan maklumat bank akaun aku. Aku tak rasa yang aku dapat tempat pertama kerana cerita orang lain pun boleh tahan tapi bila tengok keputusan dikeluarkan, tak sangka pulak apabila dipilih memenangi dua kategori iaitu pertamanya tentang cerita motivasi serta satu lagi adalah slogan terbaik. hadiah dah pun diterima. Terima kasih Warnie!
Kemenangan ni menambah lagi koleksi kejuaraan aku. Cheewah! Nak lawan kak Jie nih. Sepertimana aku pernah katakan di post terdahulu. kalau kita betul-betul serius dan juga alert dengan contest-contest online nih ianya dah boleh dijadikan salah satu sumber rezeki setiap bulan. Dibawah ini ada dua contest yang agak lumayan hadiahnya dianjurkan pada bulan ni. Cuba-cubalah sertai, mana tau ada rezeki..
Contest Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad - walaupun hadiahnya bukan wang tunai tetapi ianya tetap lumayan!
Contest Hidup Berani Gagal di Blog denaihati – hadiahnya boleh tahan lumayan dan aku tengok ramai yang menyertainya.
Related posts:
- Untungnya bersosial dan menyertai online contest Bersosial dan menyertai contest-contest atau cabaran yang dijalankan secara online...
- Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 Setelah di semak dan dibaca berulang kali. Diteliti setiap...
- Ramadhan Contest datang lagi!!: Aku dan Ramadhan 2 Kredit gambar :menteil.net Ramadhan bakal datang lagi dan untuk...
- Nombor Corot pun ada hadiah! Hari ketiga Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. 11 lagi peserta menyerlahkan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















waahhh. bestnya menang pertandingan..
Ko pun selalu memang gak ape.. eh tan… takde buat contest ke? heheh
ish..dah lama aku xaktif msk contest..rindu plak rasanya..huhuhuhuh..
Ko lagi byk kejuaraan kan… nasib baik ko tak masuk..
Yup, sempat nuaeman join contest saya. Salah satu kelebihan penyertaan nuaeman ialah ianya ditulis dalam keadaan yang tersusun dan teratur. Bahasa dan gaya penyampaian memang cantik. Dan saya suka membaca ayat-ayat sebegini..ia mendatangkan kesan motivasi yang bukan sedikit kepada saya. Begitu juga dengan penyertaan lain. Saya tak sangka IM otai encik Jamal pun akan menyertai pertandingan yang saya adakan ini.. terharu pulak rasanya… Semoga nuaeman terus berjaya…:)
penulisan nuaeman mmg ada style!haha
Terima kasih warnie.. nanti kalau bertambah rezeki buatlah contest lagi ye..
Saya akan adakan lagi contest klu ada rezeki lebih..pastinya suatu kelebihan untuk nuaeman
sebab ianya berkaitan dengan kisah motivasi jugak..:)
what the what??!! Menang jer keje ko.. tak aci nie.. anyway congrats.. hehe, kalo post2 motivasi, memang slalu ader kat blog ko, tak heran laa ko menang.. haha!!
aku ingat nak belanja ko.. tapi jauh sgtlah..
Wahhh. tahniah menang hadiah. Aku dah lama tak masuk contest… bz body tahap cipan
Tahniah sudah memenangkan hadiah.. Kapan belanja kita ni..