Duit bukan segalanya…


Ditulis pada April 15, 2009 – 9:23 pm | Oleh nuaeman
Share

Itu adalah salah satu tawaran yang aku terima dengan bayaran 8 usd untuk menulis satu artikel yang panjangnya lebih kurang 150 patah perkataan berkenaan dengan Viagra di blog aku . Ikutkan tiada masalah untuk aku menulis tentang Viagra kerana kita boleh mengolah sesuatu artikel itu mengikut citarasa kita dan dari situ kita boleh menulis tentang baik buruknya viagra. Lainlah kalau tawaran yang datang itu mahukan aku membuat satu review tentang produk viagra tersebut. Walaubagaimanapun aku tetap juga perlu menolak tawaran yang diberikan. Mengapa??

Terkadang dalam mencari duit di Internet kita tak boleh juga memikirkan tentang keuntungan semata. Adakala sesuatu tawaran yang mendatang itu agak berselisihan dengan prinsip diri dan juga  kehendak agama sebagaimana yang aku pernah ceritakan tentang tawaran 40 usd sehari untuk kerja mengherdik agama sendiri. Ini telah jauh tersimpang. Apakah kerana tawaran yang lumayan sanggup kita gadaikan segalanya? Kalau begitu sama sahajalah nilai diri kita dengan para pelacur yang mengadaikan maruah diri untuk meraih pendapatan lumayan.

Satu lagi yang menjadi persoalan adalah tentang rezeki yang kita terima dari kerja-kerja sebegitu. Adakah ianya berkat? sudah tentu tidak bukan? Aku teringat tentang salah satu kerja yang aku pernah terima dan laksanakan dalam usaha mencari duit di internet. Kerjanya nampak macam biasa tetapi ternyata bersalah. Kerja yang aku lakukan adalah mengambil gambar-gambar celebriti Hollywood pada satu sumber dan upload kan pada beberapa sumber lain. Memang sangat-sangat menguntungkan kerja ni. Yang menjadi salah disitu adalah tempat-tempat yang aku perlu uploadkan gambar-gambar tersebut ada jaringan-jaringan ke laman-laman lucah. Walaupun aku tak meng’access’ kesana tetapi tanpa soal ia tetap bersalah. Macam juga orang kata ‘saya masuk kelab malam tetapi saya tak minum arak’ tetapi dengan menghadiri kesana sebenarnya mereka bakal menjerumuskan diri ke arah perbuatan yang sama. Dari itu aku mengambil keputusan untuk hentikan kerja tersebut walau masih ada permintaan lagipun duit yang diterima tak kemana. Dah nyata ianya tak berkat!

Berbalik kepada artikel viagra tadi sebenarnya aku boleh lakukan tetapi oleh kerana telah ada perjanjian dengan advitiser sebelum ini yang mahukan blog aku tidak dicemari dengan perkataan viagra walaupun dengan satu artikel yang menceritakan keburukan viagra. Maka dengan itu tawaran yang diterima tadi telah berlawanan dengan prinsip perjanjian. Andai aku tetap terima maka integriti aku akan dipersoal dimata para pengiklan. Sekiranya tiada perjanjian dengan sesiapa pun sebenarnya  nasihat aku artikel tentang viagra ini sebolehnya di elakkan kerana ramai para advertiser tidak suka dengan blog yang mengandungi entri berkenaan viagra. Begitu juga dengan laman-laman yang mempunyai pengisian tentang judi dan juga  sex. Duit bukan segalanya. Tak rugi kita menolak satu tawaran sebegitu kerana insya_Allah dengan tindakan kita itu ada lagi peluang-peluang lebih baik buat kita.  Aku cukup hormat dengan tindakan Chanlilian yang menolak tawaran berharga 100 usd bagi membuat entri tentang sex toy. Nak dibandingkan dengan aku yang menolak tawaran $8 ini apalah sangat dan alhamdulillah.. rezeki lain tetap ada dan nilainya jauh lebih banyak sepertimana dibawah. Tuhan maha adil bukan!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Apakah Associated Content masih lubuk duit?
  2. Provide Servis di Internet: Kaedah Pantas Buat Duit Online
  3. Bukan senang nak senang – (Bahagian satu)
  4. Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman
  5. Duit dari Ciao! Mereka masih bayar…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 18 Responses to “Duit bukan segalanya…”

  2. By john on Apr 16, 2009 | Reply

    Aku kagum dengan pendirian kau. Betul gak tuh kadang-kadang tak terfikir pun pasal benda nih dalam leka cari duit.

    AKu pernah dapat satu offer – Pasal Baby Stroller. Pendekatan aku mcm ko cakap lah aku try gak nk selit tapinya tak masuk langsung dalam niche aku.. Dia offer $20. Aku reject. Skrg aku tak dapat lagi… Sedih!!! Hahahaha..

    john’s last blog post..Why Men Love Bitches?

    [Reply]

  3. By PR turun dan naik on Apr 16, 2009 | Reply

    aku pon ada dapat gak…utk penis extender..aku takleh nak reject…tp aku tak accept…hehe

    PR turun dan naik’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    [Reply]

  4. By catzer on Apr 16, 2009 | Reply

    Heheheheh..erm biasalah depa tak tau kita ni agama apa..lagipun biasa blogger2 lain tibai jerk..yg penting kita jaga kualiti diri sebagai blogger.

    [Reply]

  5. By lankapo on Apr 16, 2009 | Reply

    hehe 8 usd bleh la tolok kalay 200 usd camner hehe

    gurau2..tulah kadang2 tercabar jugak iman dan prinsip.

    pada aku biar lah berkat agar hati tng. kalau byk duit pun hati tak tng nak wat perr

    lankapo’s last blog post..Make Money with your Entrecard Credit

    [Reply]

  6. By samdaddycool on Apr 16, 2009 | Reply

    … viagra tu apa ekk??? :P

    samdaddycool’s last blog post..Sensasi Fasha Sandha di Youtube

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 17, 2009 | Reply

    sayang jugak yang blogvertise tu.. itu tak salah cuma lari dari niche blog jee

    [Reply]

  8. By nuaeman on Apr 17, 2009 | Reply

    Masa aku buat keje menulis artikel dulu penah gak ada offer tentang topic tu.. tak reti pakcik nak menulis.. heh

    [Reply]

  9. By nuaeman on Apr 17, 2009 | Reply

    Diorang manalaa tau.. main tibai jee

    [Reply]

  10. By nuaeman on Apr 17, 2009 | Reply

    Eh.. itulaa ujian tuu.. tapai kalau ambil pun tak berkat.. percayalah.. tak sedar kemana duit tu pergi..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Apr 17, 2009 | Reply

    itu biskut aku rasa.. huh ko ni sam.. takpe aku tunggu ko sampai Jb

    [Reply]

  12. By titan on Apr 18, 2009 | Reply

    haha. betul. duit bukan segalanya.

    titan’s last blog post..Review: Buku Buat Duit dengan Blog oleh Yazid Yahaya

    [Reply]

  13. By KampungBoy on Apr 18, 2009 | Reply

    Cara ko nie mcm kita bersedekah jugak
    orang kay takut nak bersedekah
    takut dwet dia habis
    dia xtau
    kalau bersedekah
    rezeki makin berlimpah
    macam kes ko nila
    rezeki xkan ke mana kan
    ada hikmahnya
    mungkin ko akan dapat rezeki yang lebih bek….

    [Reply]

  14. By samdaddycool on Apr 18, 2009 | Reply

    ooo biskut… :P

    p/s – tunggu, jangan tak tunggu

    samdaddycool’s last blog post..Sensasi Fasha Sandha di Youtube

    [Reply]

  15. By EP on Apr 18, 2009 | Reply

    Syabas bro, kamu mmg org yg berhati2, duit bukan segalanya yang penting sumber duit tu dari mana..

    [Reply]

  16. By catzer on Apr 19, 2009 | Reply

    erm itulah pepandai lah kita merejek.

    [Reply]

  17. By Mohd Hafifi on Apr 19, 2009 | Reply

    btol tu, rezeki ALLAH ni luas, duk kat mane pun mesti ade..

    Mohd Hafifi’s last blog post..Gadis Pasaraya Dan Motosikalnya

    [Reply]

  18. By Supermance on Apr 19, 2009 | Reply

    kalau sudah rezeki tak akan kemana :) , nice post bro

    Supermance’s last blog post..Hanya di Jepang : Makanan Jadi Maenan !

    [Reply]

  19. By ustzul on Jan 23, 2010 | Reply

    Rakyat Malysia walaupun banyak perkara yang tidak diingini berlaku, namun ada sebahagian mereka yg konsisten dengan pegangan agama. Tahniah!

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled