Disangka Malapetaka, Rupanya Allah nak Beri Rezeki

‘TIN!!! TIN!!!’ Aku menekan hon kereta tanpa henti.

‘DUM!!’

Aduh! Kena jugak kereta aku. Lantas aku mematikan enjin serta keluar dari kereta. Perit rasa hati bila melihatkan lampu hadapan kereta telah pecah dan sedikit kemek pada bahagian yang sama. Tak lama kemudian si Nyonya yang tak reti ‘reverse’ kereta tu keluar dengan terkebil-kebil.

“Kena ka? Kena?” soalan yang menambah sakit hati aku. Telah jelas lampu kereta aku terjulur keluar lagi ditanya kena atau tidak.

“Aiyoo! camna you reverse kereta maa..? adik saya sudah tin! tin! banyak kali. You lagi jalan laju” Kakak aku mula membebel pada Nyonya yang masih menunjukkan wajah blur sejak dari tadi. Selang beberapa minit seorang lelaki cina datang cuma tenangkan keadaan. Rupanya lelaki cina tersebut adalah suami kepada Nyonya tadi dan dia sebenarnya merupakan taukeh bagi dua buah kedai elektrik di kawasan itu.

“Ini sikit saja maa.., you punya kereta pun dah teruk” dia bersuara.

“Eh teruk ke buruk ke itu kereta I, sekarang you punya bini dah kasi langgar ini kereta. You tengok ni apa jadi!” geram pulak aku sambil tunjukkan lampu hadapan yang pecah beserta kesan kemek. Tak cukup dengan itu kakak aku tambah lagi bebelan. Biasalah, kalau perempuan dah membebel, siapa boleh tahan. Mungkin malas untuk terus mendengar bunyi ‘mesingun’ dari kakak aku maka si lelaki cina itu terus berikan pilihan kepada kami.

“You mau settle camna sekarang? Kalau you mau I betulkan kereta ni, you boleh ikut I punya pomen atau kalau you nak duit I bagi 150 dekat you sekarang!”  tegasnya

Aku ambil masa sekejap untuk fikirkan tawarannya. “Oklah, I nak duit” Jelas aku. Tiada masalah bagi si lelaki cina ni kalau setakat RM 150.  Dikeluarkan terus dari dompetnya dan serahkan kepada aku. Harga itu dia yang letakkan jadi aku terima sahaja. Andaikata nanti tak cukup, pandai-pandailah aku datang ‘claim’ balik. Bukanlah aku sengaja tak mahu mengikut pomen dia tetapi pada waktu itu bersama-sama dengan aku ada emak , anak isteri serta kakak. Jadi aku tak mahu merencatkan perancangan awal kami untuk bawa mak berjalan-jalan. 

Setelah selesai segala urusan barulah aku bawa kereta tu ke bengkel berdekatan. Agak terkejut bila diberitahu keseluruhan kos baikpulih. Ianya cuma RM 25!. Itu sebenarnya cuma kos lampu yang pecah dan untuk kos ketuk semuanya tak dikira kerana bukan masalah besar katanya. Bila RM 150 ditolak RM 25, wang yang aku terima dari taukeh kedai elektrik tadi masih berbaki RM 125. Terdetik dihati, terkadang Allah nak beri rezeki ni ada pelbagai cara. Perkara yang kita sangka satu malapetaka mungkin boleh jadi sebaliknya. Ini rezeki tuhan nak bagi. Sebahagian dari wang tersebut aku serahkan pada mak dan sebahagian lagi aku buat beli makanan. Syukur..

off topic sikit…

 

Sebut tentang rezeki, beberapa hari lepas aku baru sahaja menerima bayaran pertama dari sponsored review. Bayaran ini untuk salah satu review yang dibuat di blog PR0 aku. Dan selang sehari selepas tu aku terima pula satu lagi tawaran dari blogvertise untuk blog PR2. Setakat ni setiap bulan ada tawaran dari blogvertise. Alhamdulillah…

Bagi sesiapa yang nak mempelajari tentang bagaimana untuk menjana pendapatan dari blog ini, aku memang sarankan untuk pergi ke Seminar Smart Blogging yang dikelolakan oleh saudara Rohaizad pada 20 Disember depan. Dijamin memang berbaloi-baloi. Kalau nak tengok bukti lagi. Ini dua lagi tawaran oleh ‘direct advertiser’ yang aku terima dua hari lepas.

 

Yang pertama tu untuk letakkan link selama sebulan di blog dengan bayaran 15 dollar sebulan. Dan yang kedua pula letakkan artikel mereka bersama link pada anchor text dengan bayaran 5 usd. Kalau dulunya aku perlu tulis sebuah artikel  500 patah perkataan untuk dapatkan 5 usd. Apapun segala rezeki adalah dari tuhan manakala seminar dan ebook semua ni hanya petunjuk jalan. Paling penting jangan lupa untuk bersyukur bila dah perolehi semua ni. Masih ingat pasal jangan lupa rumput dibumi?

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Pertolongan Allah itu dekat.. “Ya Allah Ya Tuhanku.. Apa pula kali ini Ya...
  2. Allah Lebih Mengetahui… “Camna Mad, Ko rasa nak buat Jugak ke?” tanya...
  3. Sesungguhnya Janji Allah itu Benar… Deringan telefon memecah keheningan pagi Ahad aku. Berita yang disampaikan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

20 Comments

  • At 2009.11.22 19:28, hafizmd said:

    mmg janji Allah itu..rezki dr NYA dlm pelbagai bentuk..kekadang tak terfikir pun care rezki tu dttg..yg pentung kite sentiasa bersyukur..

    tahniah bro dgn bisnes yg makin kencang..insyaAllah sye join bro rohaizad 20hb nie..insyaAllah..

    • At 2009.11.22 20:29, nuaeman said:

      Bagus lah tu Hafiz.. insya_Allah ada kesempatan kita boleh berjumpa disana nanti..

    • At 2009.11.22 21:00, msarbin said:

      Saya masih belum pecah telur lagi.. huhuhu.

      • At 2009.11.22 21:13, nuaeman said:

        Takpe.. pelan-pelan.. nanti dah ada tak berhenti tu.. yang penting teruskan fokus..

      • At 2009.11.23 01:10, wanmus said:

        wahh..congratz bro

        • At 2009.11.23 12:52, nuaeman said:

          Tima Kasih… ko pun makin masyuk sekarang ye wan.. :)

        • At 2009.11.23 09:48, Shaffik said:

          Tahniah. Ada job jugak yer..aku pun baru dapat Sabtu lepas job dari Pay Per Post.

          • At 2009.11.23 12:52, nuaeman said:

            Aku nak kena try submit balik kat payperpost nih..

          • At 2009.11.23 12:43, ishak hasimi said:

            biasalaah bro kalau dah rezeki,salaam kenal

            • At 2009.11.23 12:53, nuaeman said:

              salam kenal ishak.. orang kata kalau dah rezeki tak kemana.. tak gitu.. heheh

            • At 2009.11.23 22:44, titan said:

              eh..rezeki tu, kalau nak datang, memang tak disangka-sangka. Tuhan kalau nak tolong, memang datang dalam macam-macam cara. :)

              • At 2009.11.25 10:35, nuaeman said:

                betullah tu.. Rezeki Allah tu kadang-kadang datang dari jalan yang tak disangka-sangka . macam Janji-Nya dalam Quran

              • At 2009.11.24 13:20, samanosuke_04 said:

                Alhamdulillah.. hoho, rezeki tue datang dengan kesabaran.. setiap musibah tue pasti ada kebaikan di sebaliknya.. amin…

                • At 2009.11.25 10:35, nuaeman said:

                  syukur.. alhamdulillah…

                • At 2009.11.28 05:49, topo said:

                  rezeki memang ada kat mana2 je kan.. hmmm

                  • At 2009.12.02 10:39, samdaddycool said:

                    Rezeki ada di mana-mana. Allah memberikannya kepada kita dengan pelbagai cara. Kita perlu berusaha dan bertawakal.

                    • At 2009.12.03 01:44, farahaznil said:

                      ckp psl rezeki..sebenarnya..hr2 Allah bg kita rezeki..cuma kita je selalu lupa utk ucap Alhamdulillah kepada-Nya..

                      • At 2009.12.07 13:32, nuaeman said:

                        betul sangat tu fara..

                      • At 2009.12.06 23:22, Mr Kamikaze said:

                        Nak tanya ler, takde ke seminar cam nie kat sekitar Selangor??

                        • At 2009.12.07 22:43, nuaeman said:

                          kat selangor tak sampai lagi.. paling jauh pun kat melaka aritu.. tapi kita ada buat kat Jb 19 disember nih.. tempahan masih dibuka.

                        (Required)
                        (Required, will not be published)