Cek Pertama dari Nuffnang: Syukur..
Ditulis pada November 5, 2009 – 10:18 am | Oleh nuaeman Share
Alhamdulillah..
Itu yang keluar dari mulut aku apabila menerima cek pertama dari Nuffnang minggu ini. Nilai cek yang aku terima tidaklah banyak kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang telah biasa menerima cek daripada mereka. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana ini adalah pendapatan 100% daripada blog melayu. Jumlah yang di ‘cash out’ kan sekadar RM 70.11 dan setelah ditolak RM 1 tinggallah RM 69.11 yang tercatat pada cek tersebut.
Pihak Nuffnang mengambil masa sebulan juga untuk mengirimkan cek ini kepada aku. Kiranya lebih cepat dari yang aku sangkan kerana sebelum ini ada pihak yang memberitahu aku proses penghantaran cek adalah 3 bulan. Fuh! macam dari luar negara pulak! Clickbank pun tak sampai 3 bulan.
Bagi yang masih belum mengetahui apa benda Nuffnang ini aku cerita sedikitlah mengikut apa yang aku faham. Kalau sekarang ini ramai warga Malaysia terdedah dengan rangkaian pengiklanan antarabangsa seperti Adsense maka fungsi Nuffnang juga hampir sama yanag mana sebagai orang tengah yang menghubungkan Advertiser dengan Publisher. Bezanya di Nuffnang mereka hanya paparkan pengiklanan dalam bentuk banner sahaja berbanding Adsense yang mempunyai text dan imej sebagai pilihan.
Aku tidak mempunyai apa-apa skill untuk dikongsi bagaimana untuk buat duit dari Nuffnang kerana jumlah RM 70.11 itu juga mengambil masa yang agak lama untuk dikumpul cuma ada beberapa rakan yang biasa menerima cek Nuffang ini memberitahu aku pihak Nuffnang akan beri keutamaan kepada blog-blog yang mempunyai traffik yang tinggi disamping keahlian kita adalah berstatus Glitterati.
Maksud Glitteratti aku memang tak tahu tetapi untuk mendapatkan status ini apa yang aku faham kita perlu hanya meletakkan iklan Nufnang sahaja diblog kita dan jangan sesekali mencampur adukkan dengan beberapa rangkaian pengiklanan tempatan yang lain di dalam satu blog.
Dulu memang merangkak-rangkak juga aku tengok hasil di Nuffnang ni hingga aku rasa macam nak keluarkan sahaja kod dia tetapi ada sedikit perubahan apabila aku letakkan ketiga-tiga saiz banner di dalam blog. Bila dah dapat cek yang pertama ni dah tentulah aku mengharapkan untuk terus mendapat cek-cek seterusnya dan kalau boleh mahu juga nilainya 3 angka. Sekarang ni 4 angka tetapi ada titik di tengah-tengah pulak. Huh!
Entri Berkaitan:







42 Responses to “Cek Pertama dari Nuffnang: Syukur..”
By Kujie on Nov 5, 2009 | Reply
tahniah… yang pertama memang manis ! Dan yang pertama akan dijadikan semangat untuk dapatkan yang dua , yang tida dan yang empat..heheh…seterusnya..tak kan nk berenti kat 4 je
[Reply]
By megat on Nov 5, 2009 | Reply
tahniah bro! alhamdulillah.
mesti bulan cashout yang sama. cek nuffnang aku yang ke 6, sampai kelmarin.
aku biasanya cashout bila dah lebih seratus. semalam kllik cashout lagi, alhamdulillah.
[Reply]
By lunaih on Nov 5, 2009 | Reply
tahniah bro
[Reply]
By Ezad on Nov 5, 2009 | Reply
Tahniah Nuaeman!!, boleh la belanja aku frankfurter..haha
[Reply]
By titan on Nov 5, 2009 | Reply
tahniah. Bukan senang nak dapat cek pertama dari nuffnang. Tapi bila dah dapat, Insya-Allah, akan dapat cek-cek yang seterusnya..
[Reply]
By msarbin on Nov 6, 2009 | Reply
tahniah nuaeman. adakah itu hasil dari blog ini sahaja?
[Reply]
By sumijelly on Nov 6, 2009 | Reply
wah…dh cash out!..thaniah la.
sumi smpai la nie still lom lagi..
br 5 bulan bersama nuffnang…
insya allah… dh matang cash out kan la..
[Reply]
By faizulamin on Nov 6, 2009 | Reply
saya pun, baru jugak pasang nuffnang ni.
tgh tunggu2 gak bila earning nak naik. ni baru rm2.25 je ni haa.. huhu.. ada sesapa nak tolong x? =’(
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Tapi still takleh lawan nilai cek kak jie.. hehe.. teruja jugak kak jie utk yang pertama kali ni.. memang kalau boleh nak dapat tiap2 bulan heheh
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Wahh.. ratu- ratus tuu ni yang tak boleh tahan nih.. heh
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Mekasih.. sikit je niii.. tapi syukurlaa
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Boleh.. bila mau.?. nasi ayam penyet tak nak ke..? hehe
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
harap-harap begitulaa… amin..
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
Yep dari sini sahaja sebab ada letak blog lain tapi tak aktif..
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
takpe sue.. pelan -pelan.. ini pun makan masa lama jugak ni nak sampai minimum payout
[Reply]
By nuaeman on Nov 6, 2009 | Reply
kena tanya mereka-mereka yang biasa cash out ribu-ribu tu faizul.. rasanya key dia traffik yang tinggi
[Reply]
By faizulamin on Nov 6, 2009 | Reply
huuu.. tp ni pun ada satu hal lagi nih.
nuffnang add tu, kadang2 keluar, biasanya tak keluar! adoii la…
[Reply]
By Shaffik on Nov 6, 2009 | Reply
Tahniah Mad…memang manis jer kan…masa aku akan sampai tidak lama lagi..ingat tak aku pernah cakap dengan ko…kalau tak ada aral tahun depan aku akan berusaha untuk mendapat income daripada Nufnang setiap bulan…
[Reply]
By samanosuke_04 on Nov 7, 2009 | Reply
aiseh, jeles maaaa… bila laaa aku nak bleh nuffnang aku yang first… hohoho tahniah bro!
[Reply]
By muhafis on Nov 7, 2009 | Reply
lorh orh taman dahlia ke..
ngat duk kat tmn kota masai..
keje kat bt26 gie ke?
[Reply]
By farahaznil on Nov 7, 2009 | Reply
hmm..ni aku tension gila bapak ni..huhhuu..aku xdpt2 lagi cek pertama..berjanggut la aku nak tgu cek tu weh!hohhoo
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
Rasanya itu kena update blog profile kot.. kat bahagian yang blog kita tu mengenai apa.. tick banyak sikit..
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
Aku ingat.. apa strategi ko nak dapatkan tiap-tiap bulan tu.. mesti power nih..
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
Tak lama dapatlah tu nanti.. sabar… hehe
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
Rumah aku still kat seri alam masai.. ini rumah lain.. rumah persinggahan.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply
eh.. ko boleh tumbuh janggut ke farra..? hehe.. berapa dah nuffnang ko skrg..? satu hari mesti dapat punya..
[Reply]
By farahaznil on Nov 8, 2009 | Reply
huhu..janggut tak leh tumbuh..silap2,kasi tukar ayat sikit..tggu smpi bulu ketiak pnjng ke kaki pun xdpt2 punya..hahhaa…br je rm37++..dulu dlm 3 mggu masa guna theme lain kat blog tu leh je smpi rm30..skrng tak boleh suda..sbulan dpt 0.25 sen je..hahhaa..
p/s – theme yg mengelirukan & strategi juga pntng klu nak earn byk dr nuffnang ni..hohhoo
[Reply]
By Kak Long on Nov 8, 2009 | Reply
Tahniah…
Semoga yang seterusnya menyusul segera!
[Reply]
By faizulamin on Nov 9, 2009 | Reply
ada update sikit.. ada la sikit perubahan income.. 75sen! +)
[Reply]
By hanee on Nov 16, 2009 | Reply
Tahniah, cuma nak tanyalah. Bila pasang nufnang tu biasanya blog kita akan lambat loading. Macam mana nak atasinya?
[Reply]
By mazuki blog on Nov 16, 2009 | Reply
wah…syabas2…..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply
hehe.. harap -harap begitulah..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply
Itu biasa berlaku hanee.. lagilah kalau awak pasang banner dekat header tu.. untuk atasi biasanya saya letak banner tu dekat footer ( awak tgk dekat blog saya ni).. jadi blog kita dapat loading dulu. Bahagian bawah dia loading lambat takpe.. at least isi blog dah nampak.. harap-harap membantu..
[Reply]
By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply
mekasih.. tapi takleh lawan ko lagi nih..
[Reply]
By sepul on Nov 18, 2009 | Reply
tahniah cek pertama menjadi pembakar semangat untuk terus berblogger..keep it up..tak sabar nak tunggu check pertama..
[Reply]
By DaHLia on Nov 21, 2009 | Reply
theme yg mengelirukan??
hmm theme pun penting ke???
[Reply]
By zulaikha on Jan 5, 2010 | Reply
selalu tengok kat nuffnang. tp pendapatan aku masih 0.00… sabar menanti…
[Reply]
By CikDarling on Jan 29, 2010 | Reply
Jeles tgk owang laen da dpt check dr nuffnang..but im still not yet..huhu..
[Reply]
By nuaeman on Jan 29, 2010 | Reply
sabar,, insya_Allah sampai masa dapatlah tu..
[Reply]
By nuaeman on Jan 29, 2010 | Reply
dah sampai minimum payment belum.. kalau dah lepas withdraw dalam sebulan lebih gitulaa check akan sampai..
[Reply]
By hisham on Feb 3, 2010 | Reply
Dengan Teknik yang betul anda boleh bejaya jana income dengan nuffnang ..Tahniah
[Reply]
By Jebon Site Review on Mar 29, 2011 | Reply
Aku dah due minggu join nuffnang ni tapi belum ade earning.
Jebon Site Review recently posted..Idealogi Lelaki Hodoh
[Reply]