Bukan senang nak senang – (Bahagian satu)
Ditulis pada May 4, 2009 – 11:26 am | Oleh nuaeman Share
Alhamdulillah.. hasrat dihati aku untuk menjana pendapatan dari blog sudahpun terlaksana. Harapan aku rezeki di arena blog akan terus ada. Gembira sebenarnya bila apa yang kita usahakan membawa hasil. Jika diingat-ingat semula banyak perkara yang telah aku lakukan dalam usaha menjana pendapatan dari internet.
Tanpa sedar sebenarnya aku telah bermula menjana wang diinternet pada tahun 2005. Ketika itu aku menyertai satu program affiliate di intrena.com yang mengenakan bayaran RM 30 kemudian kita akan dilambakkan dengan ebook-ebook yang diri sendiri pun tak larat nak baca. Dengan menyertai program tersebut aku mula mengenali serba sedikit tentang apa itu affiliates. Dari program yang aku sertai ini dapatlah juga balikan modal berserta sedikit untung berjumlah RM 130.
Walaupun begitu jumlah RM 130 itu tidak menyuntik semangat aku untuk terus menjana wang diinternet jadi pada tahun 2006 aku tidak meneruskan apa yang telah aku lakukan. Tambah pula pada tahun tersebut aku baru bertukar kerja jadi fokus aku lebih tertumpu kepada kerja baru aku dan dunia pendapatan dari internet seakan hilang buat sementara dalam diri aku.
Dalam tempoh setahun aku tak lakukan apa-apa. Internet hanya menjadi tempat untuk aku memuat turun lagu-lagu MP3, mencari berita-berita sensasi dan sebagainya. Sehinggalah pada awal 2007 apabila abang aku cuba mempelawa aku menyertai satu “program pelaburan internet” yang dikenali sebagai Winlifund. Selang beberapa hari salah seorang rakan aku pula menghubungi aku untuk memperkenalkan satu lagi “program pelaburan internet”. Kalau sesiapa masih ingat ketika itu program-program seumpama ini bagaikan cendawan tumbuh. Dengan mata yang dah dibutakan dengan cerita-cerita duit akhirnya aku sertai juga beberapa program ini. Benar-benar sebagaimana kisah orang buta yang tak pernah melihat gajah maka pada waktu itu aku sangka inilah pendapatan dari internet kerana setiap hari apabila membuka akaun akan ada duit masuk dalam nilai usd.
Memang seronok bila melihat setiap hari ada sahaja wang masuk tetapi semuanya tak bertahan lama. Sedang asyik berkira-kira dan juga memasang angan-angan tiba-tiba bagaikan satu letupan bom bilamana akbar Metro Ahad membuat satu liputan khas tentang skim-skim pelaburan yang dikategorikan haram ini dengan tajuk dimuka depan “Saham Neraka”. Arghh.. bermacam alasan dicari ketika itu untuk menghalalkan apa yang telah sedia haram ini. Seminggu selepas liputan tersebut skim-skim pelaburan ini mula tidak membayar wang kepada beserta. Dari hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan akhirnya aku terpaksa terima hakikat yang duit-duit tu semua dah HANGUS!!!.. Huwaaa.. sakit hati pakcik.. tapi apa nak buat. Ada hikmah juga apa yang telah terjadi kerana dari situ aku mula mencari semula informasi-informasi bagaimana kaedah menjana pendapatan dengan betul.
Dalam tahun 2007 pelbagai perkara aku cuba lakukan sehinggalah aku berjaya meraih usd pertama di internet. Akan aku ceritakan didalam bahagian dua nanti…
Entri Berkaitan:






















13 Responses to “Bukan senang nak senang – (Bahagian satu)”
By Mohd Hafifi on May 4, 2009 | Reply
tahniah bro..aku masih merangkak nak wat duit kot tenet ni..tp alhamdulillah, skg tak macam dl, skg ni celik sket..
p/s: ade berape bahgian ni?
Mohd Hafifi’s last blog post..Mana Butang Submit Komen
[Reply]
By samanosuke_04 on May 4, 2009 | Reply
chet, apsal ader bahagian kedua nie? suspen rrr… huhu..
samanosuke_04’s last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)
[Reply]
By Kujie on May 4, 2009 | Reply
kak jie pun tiap kali baca entri ttg kejayaan korang…teringin juga nak mencuba…
banyak tapi tapi tu yg payah tu…hehehe
[Reply]
By Mindaku Di Sini on May 4, 2009 | Reply
hehe..winlifund tuh mmg dh selepas zaman kegemilangan autosurf n internet investment lain….lepas zaman 12DP, semua dah penipu dah…
Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang
[Reply]
By Shaffik on May 5, 2009 | Reply
Winlifund..hahahha…itu laa satu pelaburan yang aku join..nasib baik balik modal…hehehehe
Shaffik’s last blog post..Pengkritik Juga Satu Kerjaya.
[Reply]
By abdfatah on May 6, 2009 | Reply
nih review kenangan cari duit online… oh dan oh…
aku hanya tersenyum sahaja tatkala mereka-mereka yang join berdegar2 cakap duit masyuk… cikgu sekolah pun ada dan kakitangan kerajaan apatah lagi nak tambah pendapatan…
tokey cc kat area kampung aku sibuk duk canang citer winlifund, abb, swisscash… membayar tanpa gagal…
begitulah excitednya… aku tak join laa sebb kena bayar dengan usd. memang liat sikit waktu nak kira dari usd100 ke rm300. banyak kena kuarkan…
so tak terjoin laa ‘saham neraka’ tersebut…
autosurf lagi tak dapat hasil… yang habis hasilnya duit masyuk ke tokey cc aje… hahahaha
[Reply]
By abdfatah on May 6, 2009 | Reply
intrena pun ada join gak dulu… tak balik hasil daaa.
promosi macam biasa laa bertalu2 ikut suka hati nak promosi…
pastu tinggalkan camtu aje… lepas tu jumpa forum wangcyber dan lenlain blog citer pasal duit online.
lepas nih kena cari mentor untuk coaching lagi best lagi berbaloi… lebih celik bijik mata…
[Reply]
By nuaeman on May 6, 2009 | Reply
aku tak sempat cuba autosurf,, katanya dulu ok gak eaa
[Reply]
By nuaeman on May 6, 2009 | Reply
hehe.. tak suspen manapun saje jee suapaya senang nak baca..
[Reply]
By nuaeman on May 6, 2009 | Reply
Takpe pelah pelah.. insya_Allah.. ada rezeki kat sini.. dptlaa nanti tu..
p/s tak pasti berapa bahagian.. panjang tuh heheh
[Reply]
By nuaeman on May 6, 2009 | Reply
Cuba laa kakjie. ala nuffnang tu kira salah satu pendapatan online gak tu.. saya sendiri tak penah dpt lagi
[Reply]
By samdaddycool on May 6, 2009 | Reply
Perkongsian yang menarik… Apa-apa pun nasib baik aku dah lama bergiat dengan bisnes internet.. tak terjebak dgn apa-apa FYIP ni…
samdaddycool’s last blog post..Beruk, Ayam dan Babi
[Reply]
By zawzal on May 6, 2009 | Reply
hoho. lum camtu fical.net, abbfund, swisscash dan macam2 lagi. Sonok join habiskan duit. Lagipun letak kecik aje. Semua hangus. Masuk lambat sangat. Haha..
zawzal’s last blog post..Zetman Manga Review: How homeless boy get SuperHuman Power?
[Reply]