Bukan Senang nak Senang (Bahagian 2)


Ditulis pada May 6, 2009 – 4:06 pm | Oleh nuaeman
Share

Setelah terduduk sekejap waktu kesemua skim pelaburan internet yang aku sertai tidak lagi membuat bayaran seperti biasa. Aku mula cuba- cuba mencari-cari apakah peluang-peluang yang bagus untuk menjana wang di internet.  Pelbagai perkara aku cuba usahakan.

Pertamanya, aku teringat balik program yang aku sertai di intrena.com dan aku cuba promosikan semula link affiliate aku. Malangnya pada ketika itu dan banyak pula program seumpama tu di internet dan usaha aku langsung tak membawa hasil. Aku cuba pulak program “Get paid to read mail” . Adeh! menggigil jari dok klik email-email yang masuk tapi dapatnya adalah dari 0.01 hingga 0.02 sen, nak cerita kat orang pun segan.. huhu. Masuk jugaklaa beberapa sen ke akaun E-gold aku tapi untuk beli ubat gigi pun tak lepas duit tu…

Aku tak putus asa dan masih lagi mencari peluang untuk menjana pendapatan secara online. Terjumpa pulak dengan satu sales letter pasal hantar email dapat duit. Aku tengok harga untuk dapatkan laporan yang kononnya ada langkah-langkah bagaimana nak jana pendapatan secara mudah di internet tu adalah RM 10 sahaja. Tak kisahlaa pada aku.. apa ada hal RM 10 maka aku pun belilah. Bila dah dapat laporan tu punyalaa hampeh aku rasa. Rupanya untuk dapatkan duit aku perlu jual balik laporan yang aku dah dapat tu. Mana dia lepas baca laporan boleh terus dapat job dan duit bertalu-talu masuk maybank. Tertipu lagi pakcik.. adeh!. Apapun aku tetap juga cuba jual laporan hampeh yang aku dah terbeli tu. Masa nilaa aku aku belajar-belajar guna freewebs. Tapi sebenarnya bukan aku sorang jee buat macam ni. Bila aku cuba iklankan freewebs aku tadi di ruangan iklan free tempatan macam dekat iklanfree.com tu aku tengok berlambak orang lain buat perkara yang sama. Tak boleh jadi ni.. camne nak dapat sales dan aku juga rasa tak sedap hati sebab macam nak jerat orang lain pulak supaya terkena cam aku. Jadi akhirnya aku tinggalkan juga buat benda-benda bodoh ni..

Dalam masa aku promosikan freewebs aku kat ruangan iklan free tu aku ada terklik satu sales letter pasal ebook Raja Adsense. Nampak macam bagus jee maka aku pun cuba-cubalaa belajar apa itu adsense. Tak cukup dengan itu aku beli buku “Rahsia buat duit di Internet” oleh Saifulsyam dan juga “Blog, Blogger, Blogging” oleh Rosli Jamal. Dari situ aku belajar-belajar buat blog dari blogspot pulak. Dah ok, aku cuba register adsense dan alhamdulillah akaun aku Approved. Aku cuba cari maklumat-maklumat percuma bagaimana nak buat duit dari adsense. Masa tu aku rasa macam senang jee nak buat duit dari adsense. Dalam 2 bulan lebih aku cuba ikut apa yang aku baca dari maklumat-maklumat percuma terkumpul juga dekat $20 dolar adsense aku. Tapi rupanya itu juga berita buruk buat aku.. aku tak pasti pendapatan adsense yang tetiba meningkat tu sebab usaha aku atau orang dengki dan akhirnya akaun aku di “banned”. Argghh!!.. sakit juga hati tapi takpe.. selang beberapa minggu aku cuba apply balik guna nama wife aku. Alhamdulillah dalam masa seminggu akaun tu di approved kan tapi.. hanya untuk SEHARI!!. Esoknya akaun tu dibanned jugak.. Apa lah malang betul aku rasa nasib aku masa tu. Geram pun ada dengan google. Kepala aku jadi buntu tak tau apa nak buat.. keseronokan menjana wang dengan adsense tak kemana sebab aku tak dapat rasa duit tu..

Apa nak buat lagi… kalau aku berhenti. Apa yang aku impikan takkan tercapai maka aku nekad untuk terus mencari peluang.. sampai aku betul-betul berjaya dapat 1 usd pertama di internet.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Bukan senang nak senang – (Bahagian satu)
  2. Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman
  3. Duit bukan segalanya…
  4. Menjana Pendapatan sambil membuat Link Building (Bahagian 2)
  5. Menjana pendapatan sambil membuat Link Building ( Bahagian 1)

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 18 Responses to “Bukan Senang nak Senang (Bahagian 2)”

  2. By zool on May 6, 2009 | Reply

    Biasalah tu.. Ada cabarannya..
    tapi pelik gak adsense ko kena banned..
    buat jahat klik sendiri kot.

    zool’s last blog post..Jadi tourist guide untuk Acai

    [Reply]

  3. By zawzal on May 6, 2009 | Reply

    hang tak clearkan cookies atau register pakai PC yg sama kot. Takpun, waktu hang apply tu terlalu dekat dengan waktu hang kene ban. Tu la pasal agaknya..

    zawzal’s last blog post..Zetman Manga Review: How homeless boy get SuperHuman Power?

    [Reply]

  4. By Mindaku Di Sini on May 6, 2009 | Reply

    hehe..sabar jer la..ko apply google adsense kena banned lepas sehari…ko mmg power !

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    [Reply]

  5. By samanosuke_04 on May 6, 2009 | Reply

    huhu, lagi baik daripada aku yang tak pernah diapprove.. haha!!

    samanosuke_04’s last blog post..Aku, korang dan Twitter…

    [Reply]

  6. By Faizal on May 7, 2009 | Reply

    macam mana sampai 2 kali kena banned tu? alhamdulillah aku punya adsense x pernah kena banned lagi.

    Faizal’s last blog post..Proton GSR turbo, yellow Corolla drifter & black EG

    [Reply]

  7. By Fatin Pauzi on May 7, 2009 | Reply

    Dgr kisah ko ni, mmg terbukti la ngn kata2, “Rezeki masing2″. Program yg mmg betul2 dpt wt duit pn, klu bkn rezeki kite, mmg tk dpt gk. Yg jelas, rezeki aku trhu blogging, mmg tak de. tp, alhamdulillah. nmpk la jgk rezeki aku ikut mane…Good luck, Bro! :)

    Fatin Pauzi’s last blog post..Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

    [Reply]

  8. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Klik sendiri tu.. masa awal-awal tu aku mengaku.. ade cuba sebab nak tgk camne.. tapi takde apa-apa pun.. yang kene banned ni lepas guna beberapa bulan.. masa tu income adsense tetiba mencanak..

    [Reply]

  9. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Mungkin jugaklaa.. sebab-sebab tu

    [Reply]

  10. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Haha.. macam Man Utd gak.. POWER!! hehe

    [Reply]

  11. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Laa tak diaproved sampai skrg kee?

    [Reply]

  12. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Tak tau nak cakap camne.. huhu

    [Reply]

  13. By nuaeman on May 8, 2009 | Reply

    Yep.. betul tu.. kekadang sesuatu tu memang bukan untuk kita.. tetapi Allah tu adil.. ada pula sumber lain yang mungkin sesuai dengan kita..

    [Reply]

  14. By Mindaku Di Sini on May 9, 2009 | Reply

    haha…tak abes2 !

    [Reply]

  15. By ohmelayu | melayuboleh on May 10, 2009 | Reply

    benda dah nak jadi. bukan boleh kita kontrol pun..

    ohmelayu | melayuboleh’s last blog post..Petai dan Sambal Petai: Ulam Kegemaran Orang Melayu Boleh

    [Reply]

  16. By samdaddycool on May 12, 2009 | Reply

    … ada macam2 program dan cara untuk buat duit. Mungkin A serasi dengan GA, mungkin B serasi dengan blogging, mungkin C dengan ebay…. tengok apa cara kita…

    samdaddycool’s last blog post..I’m soooooooo happyyyyyyyyyy

    [Reply]

  17. By Halimi on Jun 7, 2009 | Reply

    Perkataan kena banned tu boleh jadi trauma tau … Hehehe …

    Halimi’s last blog post..Its Good To Be True …

    [Reply]

  18. By wan on Oct 7, 2009 | Reply

    asyik nak fikir psal duit je…cube ingat kehidupan akhirat sikit

    [Reply]

  19. By Carlos on Jun 18, 2010 | Reply

    cakap pasal duit, tak smestinya lupa akhirat..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled