Buat benda betul biar betul betul!
Ditulis pada August 27, 2009 – 11:22 am | Oleh nuaeman Share
Pada 8 Ogos 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Wang di Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00 reais (USD 69.8 juta atau £ 38.6 juta atau € 56 juta ). Beberapa bulan sebelum kehilangan besar itu, perompak telah menyewa sebuah bangunan selang dua blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat lanskap.
Rompakan ini dirancang dengan begitu teliti sehingga perompak seramai 10 orang telah membina terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan system lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudian menggodam bilik kebal. Operasi mengangkut duit keatas seberat 3500 kilogram berjalan teratur dengan perancangan licik.
(Kisah dipetik dari buku U-turn Ke Jalan Lurus hasil karya Ustaz Zul Ramli M. Razali)
Apa yang kita dapat dari cerita diatas? Ini adalah contoh manusia yang berkehendakkan sesuatu dan mereka melakukannya betul-betul cuma cara mereka laksanakan untuk dapatkan apa yang diingini adalah salah.
Dalam kehidupan insan biasa seperti kita juga tak terkecuali untuk mengimpikan sesuatu. Tetapi cuba kita tanya balik diri kita apakah kita telah benar-benar berusaha untuk dapatkan apa yang kita impikan. Apakah kita mempunyai pelan perancangan kehidupan? sebagaimana Fahri watak lelaki didalam novel Ayat-Ayat Cinta yang bersiap sedia dengan pelan 10 tahunnya dan sentiasa membuat semakan apakah setiap sasaran yang diletakkan dalam pelan kehidupannya telah dicapai. Walaupun itu sekadar imaginasi penulisnya Habiburahman El-Shirazy tetapi kenyataannya itulah yang perlu kita lakukan!
Masalah ramai dikalangan kita ialah tak bersungguh untuk mencapai kehendak kita. Kita menjadi seperti bangunan-bangunan projek perumahan yang terbengkalai dan tinggal separuh siap. Usaha hanya sekerat jalan kemudian cepat putus harap bilamana terdapat sedikit ujian maka apa yang telah dilakukan sebelum ini hanya sia-sia kerana tak dilakukan sehabis mungkin.
Sedikit cerita dari pengalaman sendiri.
Aku juga ada pelan perancangan yang mana kiranya diizinkan tuhan aku tidak mahu lagi bekerja makan gaji. Ingin sekali aku tumpukan kepada keluarga dan aktiviti kemasyarakatan disamping mempunyai satu bisnes sendiri. Satu peluang pendapatan yang aku rasa begitu kena dengan diri aku ialah internet. Pelbagai cara aku lakukan untuk hasilkan wang dari sini dan salah satunya adalah melalui blog setelah aku mengikuti personal couching oleh Rohaizad.com
Alhamdulillah apa yang aku pelajari aku dapat praktikkan dengan baik dan dengan izin tuhan aku mampu memperolehi pendapatan sampingan dari kaedah ini antara RM800-RM1800 pada bulan-bulan pertamanya. Sehingga pada satu tahap tiba-tiba talian internet aku menghadapi masalah. Aku tidak boleh lagi online pada waktu-waktu biasa dan ini merencatkan usaha aku untuk capai matlamat aku.Tambah berat bila laptop aku rosak yang memaksa aku membeli laptop baru.
“Mungkin ini ujian tuhan ye bu.., tapi kadang-kadang hati ini jadi geram. Tak tahu nak marah siapa. Celcom dah banyak kali kita call..” terkeluar juga keluhan dari aku kepada isteri bilamana masalah ini berlarutan.
Disebabkan masalah ini sasaran aku juga turut perlu diubah yang mana kalau sebelum ini aku letakkan mesti dapatkan 300 usd sebulan dari aktiviti blogging maka kini aku perlu turunkan kepada 100 usd. Syukur pada tuhan sasaran ini dapat dicapai.
Tapi bilamana memasuki bulan Ogos aku rasa perlu sasarkan lebih sedikit kerana tak lama lagi akan tiba musim perayaan. Aku letak semula sasaran kepada 300 usd dengan keadaan talian internet masih lagi bermasalah cuma setelah sedikit ujikaji aku lakukan didapati masalah kurang berlaku antara pukul 1.30 pagi hingga 7 pagi. Maka dengan itu aku ubah strategi untuk tidur awal dan bangun semula pada jam 2.45 pagi bagi melakukan apa yang menjadi kebiasaan. Aku nekad sasaran 300 usd mesti aku capai. Hari ini 27 Ogos dan aku masih punya 5 hari lagi dan mungkinkah aku mampu mencapai sasaran. Ini yang aku mampu perolehi setakat ini..
Aku masih percaya aku mampu capai apa yang disasarkan tetapi sekiranya tidak, aku redha atas rezeki yang tuhan tentukan. Tuhan itu maha adil, kalau perompak sebagaimana kisah diatas berjaya melakukan kerja tidak betul dengan usaha betul-betul masakan kita yang punya matlamat lebih baik tidak boleh. Meminjam kata Ustaz Zul Ramli di dalam bukunya “buat betul biar betul-betul!”.
Entri Berkaitan:






18 Responses to “Buat benda betul biar betul betul!”
By abrablog on Aug 27, 2009 | Reply
yakin boleh, malaysia boleh!
[Reply]
By Kujie on Aug 27, 2009 | Reply
Fokus pada apa yang dikehendaki, usaha – Insyaallah akan berjaya.
Orang berjaya yang cemerlang bijak membuat keputusan dengan segera…mcm mengubah waktu tidut…
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 27, 2009 | Reply
aku tulis blog sekadar suka2 je… patutlah aku perasan, pagi buta baru ko reply komen-komen dlm blog post ko…
aku doa kan ko… kalo niat ko baik, memang Allah tolong… tapi, kalo ko berblog sbb nak cari awek, itu dah lari niat dah tu…
[Reply]
By megat on Aug 27, 2009 | Reply
dari pencapaian ko selama ini sudah pasti ko dapat mengejar matlamat ko, insya allah.
aku masih ditakuk lama. segala ilmu disimpan dan perlu mencari modal hu3.
[Reply]
By xiiinam on Aug 27, 2009 | Reply
Salam Ramadhan…
Semoga tercapai sasaran itu…Amiin.
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 28, 2009 | Reply
berkat ramadhan dan kegigihan ko,aku yakin ko pasti berjaya.
salam ramdhan nuaeman…
[Reply]
By Mari Buat Blog on Aug 28, 2009 | Reply
aku dh komen dah nii..mana ko nak reply? tengah makan nasik sahur ?? haha
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
aku ingat nak reply subuh besok.. haha..
[Reply]
By Mari Buat Blog on Aug 28, 2009 | Reply
hoho..mantap2…malam jumaat ni beb…
[Reply]
By naz on Aug 28, 2009 | Reply
hohoho.nice motivation!thanks bro =)
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Kita pun boleh! heh
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Banyaklaa ko.. mana masa nak cari awek.. bini aku selalu pantau blog ni.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Ko juga akan meraihnya.. cuma bila tu.. kene tengok pada usaha.. takde yang mustahil
Aku percaya ko juga boleh
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Salam Ramadhan xiinam… terima kasih kerana singgah kesini
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Salam Ramadhan.. terima kasih aliff.. moga ko jugak berjaya menggapai impian ko
[Reply]
By nuaeman on Aug 28, 2009 | Reply
Kekadang tertidur depan monitor gak kak jie.. hehe.. ditambah lak si adik ngan Ammar cam tahu jee ayah dia bangun time tu laa mintak susu.. hehe
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 28, 2009 | Reply
bini nuaeman>> bu, jaga bro nuaeman ni elok-elok yerk… saya pon risau gak sbenarnya ngan dia… blog ni pon dah ramai awek2 comei tinggal komen… wahahahaha!
kalo saya, tak kisahlah… ahakz!
ps: nuaeman berkata dalam hati…, “cilakak nye bdak…”
[Reply]