Benarkah Blogadvertisingstore tidak membayar bloggers?


Ditulis pada January 5, 2010 – 10:40 am | Oleh nuaeman
Share

Aku masih ingat satu ketika dahulu ada satu program survey yang boleh dikatakan agak popular di kalangan mereka-mereka yang cuba mencari pendapatan tambahan secara online. Program itu dikenali sebagai AWsurvey. Salah satu sebab mengapa program ini popular ialah kerana ramai yang mengatakan ianya adalah SCAM dimana komisyen yang terkumpul tidak dibayar kepada peserta. Bukan di Malaysia sahaja bahkan para pengguna internet diluar negara juga telah copkan AWsurvey sebagai SCAM. Walaupun begitu anda rakan-rakan kita disini yang mendapat bayaran daripada pihak mereka termasuk aku sendiri pernah menerima bayaran sebanyak $50 dari Awsurvey. Bila berlaku hal sebegitu terdapat percanggahan pendapat mengenai program ini.

Sekarang ini pula ada satu lagi program yang diwujudkan khas untuk bloggers dan advertiser turut dihebahkan sebagai SCAM diinternet. Sebabnya ada peserta yang tidak dibayar, ‘minimum payout’nya berubah-ubah ( sekejap $50 kemudian $100) dan kerap memberi alasan yang bukan-bukan mengapa pembayaran tak dilakukan.

Program ini dinamakan sebagai blogadvertisingstore. Ianya merupakan satu penjenamaan semula bagi program payingpost yang mana pernah aku senaraikan didalam entri terdahulu. Konsep program ini sama juga seperti Payperpost, Buyblogreviews dan juga Sponsoredreviews dimana kita dikehendaki membuat review berkenaan sesuatu website beserta meletakkan link mereka didalam post tersebut. Satu perkara yang aku kurang berkenan dengan program ini ialah pembayaran hanya akan dibuat setelah wang yang terkumpul mencecah satu nilai tertentu.Untuk masa sekarang mereka meletakkan nilai usd 100 sebagai amaun yang perlu dicapai oleh peserta. Aku memerlukan beberapa dollar lagi sebelum boleh dikeluarkan dan sekiranya mereka benar-benar membayar maka sudah tentu akan aku kongsikan disini.

Yang sedikit menarik mengenai blogadvertisingstore ialah mereka menerima blog PR0. Bayaran untuk sesuatu review pula ialah antara usd 5 hingga usd 12. Itu nilai yang aku pernah terima berdasarkan status blog aku yang ber PR 0 dan PR2. Setiap peluang review akan dipaparkan dibahagian  ‘open opertunities‘.

Kita boleh klik pada mana-mana peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail.

Jika berminat untuk melakukan review maka klik sahaja butang ‘reserve’. Mereka memberi masa selama 6 jam untuk kita menyerahkan link review di blog kita kepada mereka.

Kita hanya dibenarkan untuk lakukan satu review sahaja didalam satu hari. Itu yang sedikit leceh tu. Bermakna jika ada 8 peluang pada hari yang sama hanya satu kita boleh buat kemudian tunggulah keesokkan hari pulak jika peluang itu masih terbuka. Kalau semua dah dirampas oleh blogger lain alamatnya kita perlu menunggu lagilah untuk hari-hari seterusnya. Inilah satu lagi sebab yang buatkan program ni tak berapa best.

Tidak banyak respon positif yang diberikan oleh peserta-peserta program program ini. Kebanyakkannya merungut yang mereka tidak mendapat bayaran lagi dari blogadvertisingstore. Walaubagaimanapun di tengah-tengah kegawatan itu ada pulak yang menerima pembayaran. Pembayaran dibawah bukan kepada akaun aku tetapi salah seorang rakan online.

Perkara yang hampir sama berlaku dengan program AWsurvey satu ketika dulu. Untuk aku, nilai yang terkumpul di dalam akaun aku di program ini adalah duit aku dan adalah lebih baik untuk aku teruskan sehingga mencapai nilai minimum untuk dikeluarkan. Sekiranya pengeluaran dah dibuat tetapi duit tak diterima, terpaksalah aku pula menerima hakikat tiada rezeki untuk aku disana.

Ada sesiapa yang sudah pernah menerima bayaran dari blogadvertisingstore?

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. 5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
  2. Bayaran dari Awsurvey dan Artikel
  3. 3 Forum yang membayar dengan usd bagi setiap posting
  4. Benarkah kita darurat?
  5. Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 14 Responses to “Benarkah Blogadvertisingstore tidak membayar bloggers?”

  2. By abdfatah on Jan 5, 2010 | Reply

    jika demikian rupa kena menjadi penunggu setia untuk cashout. mungkin lambat sebagaimana awsurvey jadinya….

    ambe tak join lagi… hehehe

    [Reply]

  3. By Mari Buat Blog on Jan 5, 2010 | Reply

    aku punya dh 3 bulan tunggu cashout :)

    [Reply]

  4. By Kak Anie on Jan 5, 2010 | Reply

    Zaman sekarang banyak orang tipu orang…akak tak berani nak ambil risiko…

    [Reply]

  5. By Kujie on Jan 5, 2010 | Reply

    kalau ada rezeki – sekurang-kurangnnya dah berusaha

    [Reply]

  6. By samanosuke_04 on Jan 6, 2010 | Reply

    erk.. konfius, gambar yang ko tunjuk tue bukan ko punye ke? hoho, 100 usd tue banyak tue.. waaa.. kalo jadik bagitau aku erk. nak join gak!

    [Reply]

  7. By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply

    sape yang sanggup bersabar bolehlaa join..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply

    Haa itulaa aku kata.. ramai yang merungut..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply

    macam-macam cara orang menipu sekrang kak..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply

    Itulah yang saya cuba ni kak jie.. 100 dollar dah 300 ringgit. duit jugak tu.. tapi kalau takde rezeki.. nak buat camane..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply

    Bukan aku punyalaa.. apapun akan kucuba utk dapatkan jugak..

    [Reply]

  12. By samanosuke_04 on Jan 6, 2010 | Reply

    nasib baik bukan ko punye, XD! kalo x jeles aku.. papepun goodluck.. heehee

    [Reply]

  13. By samdaddycool on Jan 6, 2010 | Reply

    Aku belum pernah cuba pun yang ni.Kalau macam banyak songel, baik tinggalkan bila dah dapat cashout nanti..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jan 8, 2010 | Reply

    betul tu sam.. kita taknak rugi kemudian hari..

    [Reply]

  15. By Sain-Web.Com on Jan 10, 2010 | Reply

    belum cuba lagi program rasmi ni…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled