Bayaran dari BlogtoProfit
Ditulis pada January 31, 2009 – 3:33 pm | Oleh nuaeman Share
Hari ini senyum terukir dibibir aku ketika membuka akaun paypal kerana buat pertama kalinya aku menerima bayaran daripada BlogtoProfit. Aku betul-betul tak sangka kerana blog aku yang PR 0 boleh diterima dan mendapat offer dari mereka. Tapi kalau dah nak menjadi rezekikan..
Bagi yang masih belum tahu, BlogtoProfit adalah satu program yang juga menghubungkan kita dengan advertiser dimana mereka akan berikan satu potongan ayat beserta link untuk kita membuat satu karangan pendek didalam blog. Panjang karangan itu lebih kurang 150 patah perkataan kemudian kita postkan sebagai salah satu entri diblog. Sekiranya tiada masalah mereka akan sahkan tawaran tersebut kemudiannya akan membayar kita mengikut harga yang telah ditawarkan. Bagi offer yang aku terima mereka tawarkan 5.50 usd untuk satu link. Oleh kerana terdapat 3 link maka aku dibayar 16.50 usd.
Alhamdulillah.. itu yang dapat aku ucapkan. Hari ini tinggal satu hari sahaja lagi untuk kita berada dibulan Januari 2009 dan aku harap sebelum tiba hari esok aku berjaya memperolehi RM 1000 dari blog-blog PR0 aku kerana semua blog-blog tersebut baru dimulakan pada Disember 2008. Jadi andaikata dapat RM 1000 pun sudah kira ok buat aku sebagai langkah permulaan.
Banyak kaedah sebenarnya untuk menjana pendapatan dari blog ni tetapi semua peluang yang aku perolehi adalah dari blog berbahasa inggeris. Pelbagai maklumat bagaimana untuk menjana pendapatan dari blog ada terkandung dalam pakej blogcashblueprint . Aku dapatkan produk tu dari blog Rohaizad. Harga masih lagi 10.97 USD. Kiranya masih berbaloi dengan apa yang akan kita dapat. Aku rasa rugi jugak kerana tak dapatkan produk tu awal-awal masa harganya 6.97 USD dulu. Biasalaa kitakan nak tunggu orang lain dapat hasil baru nak bertindak. Tup-tup masa tu harga dah tinggi. Heh!
Entri Berkaitan:
























13 Responses to “Bayaran dari BlogtoProfit”
By megat on Jan 31, 2009 | Reply
alhamdulillah perkembangan yg blh dibanggakan!
[Reply]
By Kujie on Jan 31, 2009 | Reply
alhamdulillah..rezeki tu
[Reply]
By chekguBH on Jan 31, 2009 | Reply
pemblog pro rupenye en nueman nih….
huhu…
pacik kayo!
chekguBH’s last blog post..Ini Bukan Kisah Mesin Basuh lagi, ye!
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Jan 31, 2009 | Reply
menarik ni..aku nak test jugak la…hehe
|1f34|-|1r3’s last blog post..Free Ubuntu guide download
[Reply]
By catzer on Feb 1, 2009 | Reply
Test jgn tak test..masa mula2 dia buka dulu lebih masyuk..skang ni slow skit..tp oklah boleh lagi cari mkn. kan bagus kalau sume program mcm ni
[Reply]
By nuaeman on Feb 1, 2009 | Reply
Belum cukup pro lagi.. hehe masih belajr-belajar
[Reply]
By nuaeman on Feb 1, 2009 | Reply
Lama tak nampak Kak jie kat sini.. sihat kakjie..?
[Reply]
By nuaeman on Feb 1, 2009 | Reply
Syukur sangat…
* Domain bia nak claim bro.. semua dah berjaya dbeli
[Reply]
By nuaeman on Feb 1, 2009 | Reply
Memang kene test.. best nih
[Reply]
By nuaeman on Feb 1, 2009 | Reply
itulah.. harap 2009 akan lebih byk program camni..
[Reply]
By taukey on Feb 2, 2009 | Reply
thnks. aku dah daftar dah. Aku nak tgk blog PR1 dengan traffik 40 UV dia terima tak. ehehhe
taukey’s last blog post..Ebook Apa Boleh Dibeli
[Reply]
By samdaddycool on Feb 2, 2009 | Reply
wah.. semakin dekat cita-cita nak jadi full time blogger incik Nuaeman…
samdaddycool’s last blog post..Smiling at Ekin
[Reply]