17
Bayaran dari Awsurvey dan Artikel
Posted by | Posted in Sumber Rezeki | Posted on 17-10-2008
Pagi Jumaat ni membawa pengkhabaran gembira buat aku. Lepas subuh tadi waktu memeriksa email aku dapati ada dua bayaran masuk ke akaun paypal. Kedua-dua bayaran ni memang aku tunggu-tunggu sebelum ni tetapi oleh kerana agak lama maka aku tak terlalu meletakkan harapan.
Pertamanya adalah bayaran dari customer yang order artikel dari aku. Payment dia pending dari Hari Raya lagi.. aku sampai rasa macam dah takde harapan jee.. tetapi alhamdulillah.. Pagi ni masuk 75 usd . Rezeki.. rezeki.. memanglaa tak banyak mana tapi 75 usd tu cukup sangat untuk aku beli domain baru dan modalkan untuk bisnes kat ebay.
Satu lagi bayaran yang aku dapat adalah dari program Awsurveys. Dulu aku tak kisah sangat program ni.. sebab ramai orang kata scam tetapi setelah aku lihat ada mereka-mereka yang dah terima wang dari Awsurvey maka takkan aku nak duk sajakan.. Setelah hampir dua bulan aku promosi dan juga minta kawan-kawan yang belum sign up untuk register under aku.. hehe.. akhirnya aku capai juga jumlah minimum untuk keluarkan iaitu 75 usd. Tapi yang akan masuk akaun 50 usd jee sebab 25 usd lagi tu hangus untuk charge. Tak kisahlaa 50 usd pun banyak gak ape… Lebih seminggu gak menunggu.. Itu aku ingat macam takde harapan jee.. sesiapa yang belum mendaftar bolehlaa join sekarang dan paling tidak 27 usd confirm ada dalam akaun Awsurvey korang hari ni. Lepas tu promosi jelaa kat member-member ke memana kee..
So pagi ni aku terima 75 usd + 50 usd = 125 usd. Cincai tolak fee adalam 120 usd dan kalau convert ikut rateĀ sekarang adalaa dalam RM 396. Emm oklaa kan.. ahah.. sat lagi masuk pulak 21 usd. Takde apa yang mampu aku katakan melainkan syukur amat sangat dengan rezeki ni.
Tak caye kee aku terima duit dari Awsurvey? hehe.. aku bagi buktilaa satu..
lepas ni giliran korang lak.. yang penting kental untuk promosi.
Related posts:
- Khabar gembira dari Freebies4Webmaster dan Berita tak sedap dari Ciao.com Ada dua berita yang aku baru dapat. Satu membuatkan aku...
- Duit dari Ciao! Mereka masih bayar… Aku pernah cerita pasal berita tak sedap dari Ciao!...
- Kaedah Mudah dan Pantas Menulis Artikel Ramai yang kata susah nak buat artikel apalagi yang berbahasa...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















akhirnya. penantian itu sangat manis..
haha. tak sia-sia aku suruh hang buat blog dot com sendiri. Kan dah dapat banyak hasil sekarang dan kaki tembak orang wat tag aje..
nuaeman: ok laa titan.. engko juga ajar aku menembak orang..
Teruskan…. !
congratulation. improve it
kak jie tak reti lah…huhuhu….
wah.. dah smp USD75, sy still x cukup lagi..kena push lagi neh..hehe
nuaeman:tak lama dapat laa tu..
tahniah! banyak tu!
wah…dah dapt eh…masa aku akan tiba jugak nanti…
waa bestnya… i really don’t know how to make money out of internet…
Ok gak tu dpt payment. At least dpt kan.
tahniah. tak sia-sia letak banner besor awsurvey kat sidebar tu ye, hehe
tahniah.. banyak gak tuh…
tahniah. leh la belanje kfc ke, cendol ker..
appleblogger’s last blog post..Follow appleblogger at Twitter