Apakah Associated Content masih lubuk duit?


Ditulis pada November 19, 2008 – 2:19 am | Oleh nuaeman
Share

Aku rasa Associated Content atau lebih senang disebut AC telah semakin popular di Malaysia. Bagi yang masih tidak tahu, AC adalah tempat para penulis mengaut keuntungan dengan menjual atau menyiarkan hasil karya mereka. Aku ada nyatakan sedikit sebanyak pada entri sebelum ini.

Aku telah bergiat dengan AC baru hampir setahun. Diawal pembabitan aku rasa AC memang lubuk duit bagi para penulis. Selain mudah untuk setiap artikel diterima kerana mereka menggunakan manual review bayaran yang diterima juga agak berbaloi iaini antara 3 usd hingga 20 usd bagi upfront payment. Tetapi semua itu tidak bertahan lama rupanya. Mungkin atas sebab tertalu banyak penyertaan sejak pertengahan 2008, AC semakin lama seakan merendah-rendahkan penulis. Tawaran harga untuk sesuatu artikel mula menurun sehingga ada yang kurang dari 1 usd. Untuk satu artikel 500 perkataan  bertaraf esklusif, mendapat harga sebegitu adalah sememangnya tidak berbaloi kerana ianya boleh dijual pada harga 4 usd atau lebih. Lainlah kiranya dihantar untuk performance payment yang mana kadarnya adalah 1.50 usd untuk 1000 view.

Masa ni AC memang best…

Masih Boleh tahan..

Selain dari itu masalah review yang terlalu lama kadangkala membosankan penulis untuk menunggu. Jika dulunya paling lama hanya dua hari sekarang AC pernah mengambil masa dua minggu untuk membuat review. Bila dah terlalu lama maka duit pun lambat laa juga masuk. Aku juga seorang yang aktif untuk claim “call for content” (CFC), sekiranya dilihat sekarang adakala untuk CFC pun tidak dibayar. Lebih buruk apabila aku tiba-tiba tak boleh membuat claim . Masalah ini pernah beberapa kali berlaku yang menjadikan sesetengah penulis mula bosan dengan AC.

AC juga semakin lama semakin memperketatkan kawalan dengan mula membuang beberapa akaun yang mencurigakan. Ini berlaku mungkin atas dasar tidak terbendung kemasukan yang terlalu ramai. Aku tak fikir AC tak tahu tentang pemalsuan alamat US bagi mereka yang inginkan upfront payment. Benda ni dah banyak dikemukakan di Internet. Jika AC nak kawal dari dulu lagi mereka dah block IP tetapi ini tidak berlaku kerana walau ada pemalsuan dari segi alamat masih lagi wujud urusan jual beli disitu. Alamat US tu hanya merupakan satu proxy bagi membolehkan seseorang dari luar US berurusniaga dengan AC.

Aku hanya menyatakan beberapa masalah yang kini aku hadapi di AC tetapi jika berbalik pada soalan aku “Apakah AC Masih Lubuk Duit?”. Jawapan aku “ya” tetapi kita hanya perlu kental untuk menulis dan menghantar paling tidak 5- 10 artikel setiap hari. Nampak berat tapi ada yang melakukan. Nak hantar sedikit pun tak jadi masalah. Saranan aku tadi bagi mereka yang inginkan pendapatan 10 hingga 30 usd sehari.  Satu lagi korang perlu redho dengan tawaran harga mereka. Kalau rasa tak bersetuju jual  sahaja kat tempat lain. Apa yang bagus tentang AC mereka masih membayar sehingga sekarang. Ada bakat menulis artikel? Mula mendaftar sekarang

Bayaran terkini AC.. apakah masih boleh tahan.?? huhu..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Duit dari Ciao! Mereka masih bayar…
  2. Duit bukan segalanya…
  3. Provide Servis di Internet: Kaedah Pantas Buat Duit Online
  4. 348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0
  5. Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 41 Responses to “Apakah Associated Content masih lubuk duit?”

  2. By rohaizad on Nov 19, 2008 | Reply

    Bagus tuh.
    Teruskan usaha. Jangan lupa buat niche blog network. Lebih lebat income`nya.

    rohaizad’s last blog post..Marathon untuk hotkey – bahagian 1.

    [Reply]

  3. By JK on Nov 19, 2008 | Reply

    ye betul tu, kitorang pun skrg makin kurang payment dpt. baru2 ni usd 0.90 he huhu

    [Reply]

  4. By shaxx on Nov 19, 2008 | Reply

    akumasih lagi fokus kat myLot hehehe…

    shaxx’s last blog post..Something Should Not Go Down

    [Reply]

  5. By KampungBoy on Nov 19, 2008 | Reply

    Kebiasaan dia bagi income masyuk untuk tarik orang join program nie…..dah dapat trafik ramai, mmg cmnila…tabiat diorang. Teruskan…..langkah bro. Jadikannya sebagai cabaran, mungkin ada hikmah disebalik sikap program AC yang bro join tu….

    KampungBoy’s last blog post..Kuasa Networking Dalam Perniagaan

    [Reply]

  6. By Richie on Nov 19, 2008 | Reply

    hurmmm.. boleh gak wat duit lg kot.. cuma kena kerjas.. haha..
    dah depa nak bayar murah..nak wat cmne kan..

    Richie’s last blog post..Richie Menyumpah Seranah!!

    [Reply]

  7. By chuckiesd on Nov 19, 2008 | Reply

    teruskan usahamu…betul laa ko ckp..nak duit dari online ni kene kental

    chuckiesd’s last blog post..Sedapnya Teh Tarik

    [Reply]

  8. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Ok jad.. ingat nak menuntut ngan ko gak nih.. :)

    [Reply]

  9. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Itulaa yang berlaku sekarang.. apapun selagi boleh wat duit.. jalan terus..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Yee aku tau ko lebat kat mylot shaxx.. berapa lama amik masa nak dapat $10 shaxx.. aku mmg tak focus mylot.. walau dah lama register

    [Reply]

  11. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Bila dah terlalu ramai dia akan jadi macam-macam halla jadi.. apapun selagi dia masih bayar.. teruskan jee laa kan..i

    [Reply]

  12. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Sebab tu aku kata kita punya pilihan samada nak terima atau tolak tawaran harga dia.. kalau rasa takmau just jual tempat lain.. dunia internet nikan ke luas.. :)

    [Reply]

  13. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Yee mula-mula ni kena kental beb! Cuba diversify income tu.. takleh stick satu jee.. then byk kena buat trial n error

    [Reply]

  14. By rohaizad on Nov 19, 2008 | Reply

    Kalau aku buat kelas untuk jana pendapatan, nak tak?

    rohaizad’s last blog post..Marathon untuk hotkey – bahagian 1.

    [Reply]

  15. By nuaeman on Nov 19, 2008 | Reply

    Ok gak tu jad.. Online ke offline.. kalau offline boleh aku cari peserta-peserta hehehe

    [Reply]

  16. By callister on Nov 19, 2008 | Reply

    nape tgk org lain wat duit senang ajer..
    aku nk wat duit susah..

    callister’s last blog post..Skeleton in my closet

    [Reply]

  17. By rohaizad on Nov 19, 2008 | Reply

    Offline pun boleh gak. Aku cuma perlukan 5 orang jer untuk sekali session. Senang untuk belajar. Dan lagi, biarlah peserta tu ada basic dalam blogging. Tinggal nak proceed jer. Kalau takde, kang aku terpaksa buat kelas untuk beginner plak nanti.

    rohaizad’s last blog post..Marathon untuk hotkey – bahagian 1.

    [Reply]

  18. By titan on Nov 19, 2008 | Reply

    tul tu. Aku pun sekarang cari 4-5 orang je setiap bulan. Janji depa mahu. Tapi biasanya depa cari aku. Hehe..

    So far. AC masih relevan kalau nak cari side income. Tapi kalau nak lebih-lebih. Faham-faham sendiri la..

    titan’s last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters

    [Reply]

  19. By yonna on Nov 19, 2008 | Reply

    err apakah ini?
    seriously saya baru tahu pasal ni.
    tak tau pon boleh buat duit..

    artikel yg mcm mane eh?
    kene publish kt blog la eh?

    yonna’s last blog post..buat kamu yang dilanda duka..

    [Reply]

  20. By ijamidayu on Nov 20, 2008 | Reply

    Fuh.. Masyuk tue wat kelas.. hahaha..

    [Reply]

  21. By KampungBoy on Nov 20, 2008 | Reply

    Nueman, aq berminat nak link xchange ngan blog ko. Aq dah pun kasi up link ko kat blog aq…

    KampungBoy’s last blog post..Percuma !!! Mudah Nak Promosi Kalau Guna Software Ini !!

    [Reply]

  22. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    yep.. sebab itu aku kata mereka hanya menawarkan harga.. kiranya tak bersetuju.. tak perlu accept dan jual sahaja ditempat lain.

    [Reply]

  23. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Artikel apa-apa pun yonna..? Tulis sahaja apa yang Yonna suka then kalau ok mereka akan accept dan menawarkan harga.. cubalah.. :)

    [Reply]

  24. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    No hal beb, aku dah masukkan pun.. :) Terima kasih..

    [Reply]

  25. By ezad on Nov 20, 2008 | Reply

    Buat ler kita sanggup mmbayar..hehe

    [Reply]

  26. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Banyak sangat peluang untuk ko callister.. ko english pun ok.. awat tak cuba.. mesti masyuk punya.. :)

    [Reply]

  27. By ezad on Nov 20, 2008 | Reply

    Erk gue pun nak cuba ler, apalagi syaratnya selain kental?

    [Reply]

  28. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Bagus tu jad.. tapi kawan-kawan ramai yang beginner.. termasuk aku nih.. hampeh gak..

    [Reply]

  29. By rohaizad on Nov 20, 2008 | Reply

    Tak perlulah beginner sangat, janji pernah berblogging menggunakan domain dot com sendiri, dah boleh ikut kelas aku.

    rohaizad’s last blog post..Marathon untuk hotkey – bahagian 1.

    [Reply]

  30. By callister on Nov 20, 2008 | Reply

    huhu..kena belajar lebih lagi la ni kot..
    org dpt duit, aku melolong jer..

    mintk tlg ajar sifu~~

    callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me

    [Reply]

  31. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Zad bila nak ngeteh.. kita ajak Megat ngan Ijad sekali sambil-sambil tu.. boleh kongsi ilmu

    [Reply]

  32. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Taknak join ke jam.. hehehe

    [Reply]

  33. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Fokus…

    [Reply]

  34. By titan on Nov 20, 2008 | Reply

    yup. Takkan bergantung pada AC aje kan? Banyak lagi lubuk duit kat internet nih. Pokoknya kita mahu atau tak. Kalau malas. Sah-sah tak dapat apa-apa..

    [Reply]

  35. By shaxx on Nov 20, 2008 | Reply

    aku buat minimum 10 posts satu hari so dalam sebulan dapat lah $10. kalau ada masa and idea memang boleh buat lebih dari tu!

    shaxx’s last blog post..We Are Invited!

    [Reply]

  36. By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply

    Nanti aku kongsikan satu peluang untuk ko hasilkan $10 dalam masa seminggu.. Tengah test drive sekarang.. dah ok aku reveal.. :)

    [Reply]

  37. By shaxx on Nov 20, 2008 | Reply

    Okay, jgn lupa kasi tau yah! thanks!

    shaxx’s last blog post..We Are Invited!

    [Reply]

  38. By alif on Nov 21, 2008 | Reply

    Masalah nie rase dah tau ler..aku pernah terbaca diforum..dimana sorang mamat di india bleh wat outsourcing ntuk artikel..setup blog dan sebagainyer..die mempunyai 75 pekerja bwh die..so kemungkinan salah satu sbb payment ac berkurangan..Kala lambakan perkhidmatan cam nie maka pembayaran kerja2 penulisan artikel diinternet akan berkurangan..Bygkan baper ramai rakyat india yg celik it dan power english..Bagi ku Ac kene tkr ninche..attack pade performance payment..huhu

    [Reply]

  39. By ezad on Nov 21, 2008 | Reply

    InsyAllah, aku tggu diorang ni jek..hehe

    [Reply]

  40. By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply

    Biasa jugak buat outsorce ni then hantar kat AC.. cuma sekarang cam tak berbaloi..

    [Reply]

  41. By faizal on Oct 7, 2009 | Reply

    citer sikit kwn² pasal mylot ke pe ke yg leh wat duit…hehehehe….aku pon nak tau gak..tq

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 16, 2008: Blog Nuaeman » Blog Archive » Kaedah Mudah dan Pantas Menulis Artikel

Post a Comment

CommentLuv badge