Apa ada dengan 2 usd…


Ditulis pada December 5, 2008 – 6:30 am | Oleh nuaeman
Share

Hari ni aku menerima satu bayaran dari salah satu forum yang aku perkenalkan minggu lalu. Bayarannya taklaa banyak mana. Sekadar 2.22 usd sahaja. Aku tau memang sikit tetapi itu duit jugakkan dan kalau dalam nilai RM paling tidak RM 7.50. Masih juga tak banyak mana tapi lepas untuk aku makan Nasi ayam dengan teh o suam. Dapat jugak rasa kenyang.. insya_Allah..

Apa tak berharga ke 2 usd aku dapat tu..?

Masih juga ada yang tak berapa pandang dengan nilai 2.22 usd ni. Pada mereka dapat beli apa dengan 2 usd. Eh! aku berjaya beli satu domain dekat Go daddy dengan hanya 1.19 usd sahaja. Bermakna 2.22-1.19. Duit aku dapat ni masih berbaki 1.03 setelah aku berjaya membeli domain baru.

Apa masih tak berharga ke 2 usd yang aku dapat tu…?

Ada pulak yang kata 2 usd ni kalau tak dapat pun takpe. Nilainya terlalu kecik kata mereka. Tetapi kalau kita nak beli sesuatu barang yang begitu berharga secara online kemudian tak cukup lagi 2 usd, contoh kata nak beli hosting berkapasiti besar yang berharga 46 usd setahun tetapi dalam akaun ada 44 usd sahaja. Masa tu 2 usd yang diperlukan baru dipandang begitu tinggi.

Apa masih lagi tak berharga ke 2 usd yang aku dapat tu..?

Tetap juga juga ada yang tutup mana dengan nilai 2.22 usd nih. Mereka kata mereka target nilai yang besar-besar. Tak mainlaa 1 dan 2 usd nih.. oklah kalau yang memang dah dapat income yang besar tapi ramai yang cakap camtu adalah mereka yang masih takde hasil. Sekurang-kurang dengan 2 usd yang aku dapat ni bernilai untuk membeli Nasi ayam dan teh o suam, satu domain, satu hosting dan mungkin pelbagai lagi.

Apa masih lagi tak cukup berharga ke 2 usd yang aku dapat tu..?

Hehe.. saja meringankan kepala otak lepas balik solat jumaat. Baru jee tengok ada bayaran dari BRL Forum. Aku saja cuba-cuba.. oklaa ada jugak hasil kan..

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Tags:

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 11 Responses to “Apa ada dengan 2 usd…”

  2. By kujie on Dec 5, 2008 | Reply

    tiap sen yg kita dpt atas usaha ada nilainya..

    [Reply]

  3. By rohaizad on Dec 5, 2008 | Reply

    Betul. Takkan datang USD2000 kalau tak dari USD2.22. Simple kan?

    rohaizad’s last blog post..Taraf wanita di sisi lelaki.

    [Reply]

  4. By shaxx on Dec 5, 2008 | Reply

    1 cent pun saya terima…

    shaxx’s last blog post..Buckle Your Family Size Up

    [Reply]

  5. By megat on Dec 5, 2008 | Reply

    tahniah! kau mmg hebat! orang kata, “kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”. (betul ke aku mian bantai je wahaha).

    banyak dah boleh beli domain kan?

    [Reply]

  6. By taukey on Dec 5, 2008 | Reply

    2.22 byk tu. orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit

    taukey’s last blog post..Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

    [Reply]

  7. By chuckiesd on Dec 5, 2008 | Reply

    duit jugak tu..saper nak bagi USD 2.22 tu…

    [Reply]

  8. By izzat on Dec 5, 2008 | Reply

    at least duit tu atas usaha sendiri.. best rasenya bila dapat duit dari titik peluh sendiri.. first time dapat duit masuk paypal, macam x caye je..huhu..

    izzat’s last blog post..Harga Minyak Turun Harga Lagi! Kali ini RM1.90/liter!

    [Reply]

  9. By titan on Dec 6, 2008 | Reply

    hehe. ok apa daripada takde..

    titan’s last blog post..Bolehkah jadi Jutawan dengan Blog Sahaja?

    [Reply]

  10. By samdaddycool on Dec 9, 2008 | Reply

    minta usd$0.22 !!! :P

    samdaddycool’s last blog post..Kluang station at TESCO Melaka

    [Reply]

  11. By mazuki selangor2u on Dec 11, 2008 | Reply

    $1 dari internet amat bermakna bagi aku…huhu

    mazuki selangor2u’s last blog post..Cicak Man 2 Di Pawagam 11 Dec 2009 (Besok)

    [Reply]

  12. By ijamidayu on Dec 13, 2008 | Reply

    Tahniah bro.. Wah.. Dpt domain.. Okla tue..
    $ 1 pada aku pun berharga gila.. Dulu akuan paypal aku zero!! :0

    Alhamdllh.. Sekarang bertambah.. Syukur rezeki Allah mencurah2..

    p/s : Sejak bila tukaq themes nie.. Lawa.. :D

    ijamidayu’s last blog post..Bonus Hujung Tahun

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge