7 nasihat untuk Peserta Seminar SmartBlogging


Ditulis pada December 21, 2009 – 8:07 pm | Oleh nuaeman
Share

Gambar ihsan Rohaizad.com

Seminar Smartblogging yang terakhir telahpun berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas bersamaan dengan 19 Disember 2009. Seperti biasa aku turut menghadirinya sebagai tanda sokongan kepada dua rakan blogger iaitu Rohaizad serta Wanmus yang merupakan penganjur.

Aku gembira bila dapat lihat kepuasan para peserta setelah tamatnya seminar. Pada masa yang sama aku doakan mereka semua mampu menterjemahkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh Rohaizad sabtu lalu dalam bentuk tindakan. Ingat! Berkesan atau tidak, itu adalah terletak kepada kita. Sepertimana yang aku katakan semasa seminar “ Terkadang sesuatu produk itu bukan sampah tetapi kita yang jadikannya sampah bila tidak menggunakan sebaiknya”

Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah mengikuti personal coaching dengan Rohaizad, terus terang aku katakan yang kaedah buat duit dari blog ini tidak membuatkan aku menjadi jutawan tetapi cuma berduit setiap bulan. Rasanya itu lebih baik dari janji-janji manis sesetengah orang yang mendakwa teknik mereka mampu menjadikan kita jutawan tetapi hakikatnya…. Emm paham-paham sendiri.

Alhamdulillah sehingga kini pendapatan dari blog tidak pernah putus setiap bulan cuma banyak dan sikit yang jadi perbezaan. Adat orang berbisnes lah kan. Aku kongsikan sedikit nasihat-nasihat yang mungkin boleh diikuti oleh peserta-peserta seminar tempoh hari.

Beli Domain secepat mungkin

Perkara pertama aku buat selepas habis coaching ialah beli domain untuk niche blog. Aku bermula dengan 3 dan bila dah tahu permainan dia barulah boleh tambah sedikit demi sedikit. Bila dah ada domain kita dah boleh mulakan langkah membuat blog dengan ‘host’kan sahaja domain-domain tu pada hosting yang dah sedia ada. Kalau rasa nak pakai hosting baru, itu terpulang. Jangan ambil masa terlalu lama untuk pilih domain walaupun aku dulu satu malam dihabiskan untuk mencari domain yang sesuai. Heh! Biasanya aku beli di godaddy. Sebelum buat pembayaran carilah kupon-kupon yang boleh kurangkan kos kita. Sekarang ada kupon 0.99 sen dan ditambah dengan fee mungkin hanya perlu bayar $1.17 sahaja untuk satu domain(kupon ni untuk satu domain sahaja dan hanya boleh dibeli guna kad kredit/debit). Apalagi rembatlah.. kemudian cari kupon lain yang boleh kurangkan kos ke $6.99 hingga $7.49 per domain.Dengan ini kos belian domain dah jimat hampir 50%. Cubalah kupon kod dibawah ni..

Kupon $ 0.99 = Buycom99

Kupon $ 7.49 = DNF2 atau 2NCS749

Kupon $ 6.99 = goaz2001bq

Set up Blog

Bila domain dah ada maka ia merupakan satu motivasi untuk kita mulakan langkah seterusnya. Teruskan buat blog mengikut niche awal yang telah disarankan. Cari theme yang bersesuaian. Aku dah kongsikan banyak website-website yang menawarkan theme wordpress percuma di dalam forum private. Pilih mana yang berkenan dihati. Tak dinafikan theme yang berbentuk magazine memang cantik tetapi kalau rasa rumit untuk ‘adjust’ coding-coding tu maka ambil theme yang biasa-biasa sahaja sudah memadai asalkan ada unsur niche blog tersebut.

Kemaskini Blog dan lakukan Link Building

Memang seronok tengok orang buat duit dari blog tapi pada peringkat awal ni lebih baik difokuskan untuk mengemaskini serta membuat kerja-kerja link building bagi memantapkan blog kita. Perlu istiqamah dalam buat semua ni.. Jangan fikir duit dulu tapi datangkan feel berblogging tuh. Ingat! blogging itu cool… Tak perlu risau, rezeki untuk kita tu ada insya_Allah… Bila blog dah banyak entri dan backlink yang diterima pun ok maka bolehlah cuba-cuba marketkan sepertimana yang dah diberitahu dalam seminar. Dari situ kita akan nampak.. yang tawar perlahan-lahan jadi manis..

Dapatkan balik kos pergi coaching dan jangan kedekut.

Duit yang kita guna buat pergi coaching atau seminar ni bukan sedikit. Jumlah tu sangat cukup untuk belanja sebulan dan mungkin bagi yang dah berkahwin.. wang tu dah boleh digunakan untuk beli susu dan pampers anak-anak makanya bila dah dapat semula nilai yang dah dikeluarkan simpanlah dahulu kalau rasa nak disimpan. Bagi isteri pun ok supaya dia percaya apa yang kita buat ni bukan olok-olok. Pendapatan seterusnya selepas tu pula bolehlah difikirkan untuk reinvest macam beli domain baru ke. Jangan kedekut untuk itu semua sebab ianya akan berikan pulangan yang lebih untuk kita. Bila dah terlebih-lebih duitnya esok, baru boleh hadiahkan untuk diri kita ataupun keluarga macam beli hp, atau kasut dan beg tangan buat isteri. Tapi kalau banyak hutang lebih baiklah selesaikan hutang tu dulu. Hutang takde… hidup lebih enjoy!

Syukur jangan lupa supaya diri tak Alpa

Tengok skrin monitor ada duit masuk. US dollar lagi..! sape tak seronok tapi ingat-ingat sikit itu bukan Tuhan. Jangan benda ni semua melalaikan kita dan mengalihkan kiblat kita. 5 waktu tu tetap kena jaga. . Masa kita susah , dalam doa.. itu ini kita mintak jadi bila dah diberikan.. janganlah pula tikar sejadah kita dah buat-buat tak nampak! Rezeki kalau tuhan nak tarik sekejap aje.. Kita ni makhluk bertuhan.. maka syukur tu mesti ada. Ringan-ringankan tangan untuk bersedekah. Baru rezeki peroleh barakah dan insya_Allah akan bertambah-tambah. Tak Gitu?

Blog hanya salah satu cabang

Jangan terperangkap di ruang selesa. Rezeki Allah ni luas dan di internet sahaja terbahagi kepada pelbagai cabang. Blog adalah salah satu daripadanya. Kalaupun kita dah menjana banyak dari blog janganlah tutup pintu pada kaedah-kaedah lain. Tak salah untuk pelajari teknik-teknik lain kerana mungkin juga ianya boleh berikan satu lagi saluran pendapatan buat kita. Andaikata tiba-tiba tiada peluang lagi untuk menjana pendapatan dari blog sekurang-kurangnya kita dah ada ‘back up’.

Belanja Nuaeman Makan..

Bila dah berjaya buat duit esok-esok… aku taknak apa-apa.. tapi cukuplah Nasi Ayam Penyet satu.. haha.. gurau je.. oklah kawan-kawan.. selamat datang ke dunia smartblogging dan semoga berjaya menjana pendapatan dari blog!

Salam..
nuaeman

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Semangat-semangat kental peserta Bengkel Blogging
  2. Sekitar Bengkel + Seminar buat duit dari aktiviti blogging

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 33 Responses to “7 nasihat untuk Peserta Seminar SmartBlogging”

  2. By boy_bersahaje on Dec 21, 2009 | Reply

    Aik, boy plak cene? Tak kan xde orang nk belanje? Kihkhihkhihkih

    [Reply]

  3. By msarbin on Dec 21, 2009 | Reply

    Saya masih lagi buntu. Belum dapat pecah telur lagi. :)

    [Reply]

  4. By alan tan on Dec 21, 2009 | Reply

    Nasihat yg bagus…

    mesti kena ikut…

    kalau tak Cikgu Rohaizad akan datang dgn “Rotan” :D

    [Reply]

  5. By Mari Buat Blog on Dec 22, 2009 | Reply

    aik..manjang senyap jer pasal bola skang…mentang2 la Man U kalah..haha

    [Reply]

  6. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Balik sini laa.. baru boleh cerita.. hehe

    [Reply]

  7. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Blog dah ade.. ? kalau ade finance ngan health sila submit pada saya di forum FDB.. saya tgk kalau2 boleh kasi pecah itu telurlaa.. :)

    [Reply]

  8. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Biasalaa kalah.. adat permainan.. aku masih follow.. Man Utd dulu kini dan selamanya..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Ni ALan yang sekali deal 200 usd tu yee..? mintak autograf.. hehe

    [Reply]

  10. By Mari Buat Blog on Dec 22, 2009 | Reply

    fuh..mmg ayat standard penyokong man u…hahahhahahha

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Baru 4 mata tertinggal.. apapun aku suka Liverpool semakin jauh kebawah.. hahaha.. Arsenal oklah.. utk bagi cabaran sikitkan.. budak2.. bagi peluanglah..

    [Reply]

  12. By Mari Buat Blog on Dec 22, 2009 | Reply

    ejad pon senyap jer sbb liverpool kalah gak..kalau menang…confirm ko kena punya..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Dec 22, 2009 | Reply

    Aku baru jumpa dia tadi.. depan-depan aku sound Liverpool team yang takde harapan.. heheh

    [Reply]

  14. By Mari Buat Blog on Dec 22, 2009 | Reply

    haha…giler kerek wei!

    [Reply]

  15. By motokriss on Dec 22, 2009 | Reply

    Mat, thank atas nasihat yang tersenarai diatas. bab yang last aku sangat suka. nnti aku blenja ko kita bleh sembang panjang pasal dunia blogging.

    p/s: bleh ker aku panggil ko mat nih. hahahha

    [Reply]

  16. By miziology on Dec 22, 2009 | Reply

    Thanks nuaeman utk info yg sggt berguna ni..hmm kena tgk balik mna yg tertinggal ni

    [Reply]

  17. By Ezad on Dec 22, 2009 | Reply

    Boy ko mkn aje kat dlm Gua Kelam..hahaha

    [Reply]

  18. By titan on Dec 22, 2009 | Reply

    hehe. nasihat yang sangat baik. Semoga semua orang boleh buat duit dengan blog. :D

    [Reply]

  19. By samanosuke_04 on Dec 22, 2009 | Reply

    betul2.. aku setuju ngan nasihat ko. Ape yang paling penting senanye kene start, jangan ader info jer.. tapi tatau nak guna..

    [Reply]

  20. By hafizmd on Dec 22, 2009 | Reply

    salam bro nuaeman..
    thanks utk entri yg mmg terbaik ni dan juge perkongsian ilmu hri tu..insyaAllah akan diambil tindakan dgn segera..moge bro murah rezki..

    p/s – kene rehat sat, sbb badan sgt letih,baru sampai rumah..

    [Reply]

  21. By jawatan kosong on Dec 22, 2009 | Reply

    Mesti dengar tu nasihat buat smart blogging. Jangan hanya blogging2x tapi tetap melakukan dumb blogging.

    [Reply]

  22. By Aqif on Dec 23, 2009 | Reply

    Akan ku patuhi segala nasihat bro walaupun nasihat yang terakhir tu agak sukar. Hahaha.

    p.s: tindakan ketiga amatlah kritikal. tapi kita kena maintain smart, cool dan relax dalam berblogging. x caya? cuba try. sedar2 dah dua post dalam sehari. :P

    [Reply]

  23. By nuaeman on Dec 23, 2009 | Reply

    set.. cakap jee bila hehe..

    boleh jee.. dah ramai panggil aku mad :)

    [Reply]

  24. By nuaeman on Dec 23, 2009 | Reply

    Salam mizi,

    Yang pebting terus berblog.. pasal advertiser tu.. apa2 info aku roger k, boleh pulak semalam kuota penuh

    [Reply]

  25. By nuaeman on Dec 23, 2009 | Reply

    Amin.. harap-harap begitulah..

    [Reply]

  26. By apes on Dec 24, 2009 | Reply

    Bro, mintak komen pasal site saya ni boleh tak?? Nak mintak komen dari segi theme tu.. Sesuai tak?? Theme ni tak boleh letak header tapi dah smart rasanya..

    Ni link site tu: http://cocabom.info/

    [Reply]

  27. By reezluv on Dec 24, 2009 | Reply

    bagus sekali nasihat tu..bagus2

    [Reply]

  28. By nuaeman on Dec 25, 2009 | Reply

    Saya dah reply apes.. tapi boleh tau apes ni yang mana eak.. :)

    [Reply]

  29. By nuaeman on Dec 25, 2009 | Reply

    nasihat yang terakhir saja-saja jee tuh.. tapi kalau nak bagi aku tak menolak.. har har har..

    [Reply]

  30. By nuaeman on Dec 25, 2009 | Reply

    harap berjaya ikut apa yang dah dipelajari.. blog dah set up?

    [Reply]

  31. By amzari on Dec 26, 2009 | Reply

    salam bro nuaeman…nasihat tuan amat berguna..saya akan mempraktiskan terutama kupon yang di beri…so long

    [Reply]

  32. By nuaeman on Dec 29, 2009 | Reply

    saya doakan awak berjaya hasilkan sesuatu dari blog nanti..

    [Reply]

  33. By cyza on Dec 31, 2009 | Reply

    CAya lah bro…

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Dec 23, 2009: Sekitar Seminar+Bengkel Smart Blogging Terakhir

Post a Comment

CommentLuv badge