348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0

Alhamdulillah itu sahaja yang dapat aku ucapkan ketika mengira pendapatan bulan Februari aku dari blog. Dan yang semestinya semua blog-blog tersebut adalah masih PR 0. Aku harap ‘pagerank’nya akan meningkat akan datang. Setelah mengira-ngira jumlah yang diperolehi adalah sebanyak 348 usd atau kalau aku kira dengan kadar 3.6 ianya bersamaan dengan RM 1252.80. Tak banyak tetapi memang amat bermakna untuk aku.

Sebenarnya untuk bulan Februari aku sedikit lemah atas sebab talian Internet yang sering bermasalah. Sepertimana aku pernah sebutkan, sehingga 25 Februari jumlah pendapatan yang aku terima dari blog hanyalah sekadar 198 usd sahaja tetapi pada 26 Februari ada satu mesej yang tak disangka-sangka aku terima apabila ada customer sanggup membayar $150 untuk aku berblog di blog kesihatan aku. Aku tak tunggu lama untuk terima tawaran tersebut dan beliau juga terus sahaja memasukkan $150 ke akaun paypal aku. Fuh!! macam mimpi rasanya.. kerana blog aku masih PR 0 dan beliau sanggup membayar pada nilai sebegitu.

Dengan ini sasaran untuk Februari aku akhirnya tercapai. Sekali lagi aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada Rohaizad kerana memperkenalkan aku dengan blog networking ini. Sehingga kini aku telah mempunyai lebih 15 blog untuk di monitor setiap hari. Ya lebih 15 blog! bukan senang nak senang kan.. dan kesemua blog-blog tersebut adalah blog english. Aku harap satu masa nanti akan adalah peluang sebegini untuk blog-blog melayu. Tak mustahil tapi bila itu tak pasti…

Bagi sesiapa yang nak mempelajari ilmu-ilmu menjana pendapatan dari blog, korang masih lagi boleh mendapatkan pakej blogcash blueprint yang aku promosikan disini kerana didalam pakej tersebut sendiri banyak menghuraikan tentang peluang-peluang menjana pendapatan dari blog disamping beberapa program yang boleh korang ceburi seperti blogtoprofit, sponsor review, payu2blog dan banyak lagi. Insya_Allah aku akan buat satu review untuk pakej ini. Dengan harga yang masih 10.97 usd sehingga kini aku rasa ianya memang berbaloi.

Sekarang aku sedang cuba mendalami dan mempelajari ilmu affiliate pula. Andai berhasil aku tetap akan berkongsi disini. Rezeki tu Insya_Allah akan ada sekiranya kita tak henti berusaha. Kalau aku boleh.. orang lain PASTI BOLEH!!

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini! Minggu ni adalah minggu yang agak membosankan dan meletihkan untuk...
  2. 7 nasihat untuk Peserta Seminar SmartBlogging Gambar ihsan Rohaizad.com Seminar Smartblogging yang terakhir telahpun berlangsung...
  3. Hasil benih Matlamat yang dituai dengan Usaha “Tidak ada satu makhluk melata dimuka bumi ini, kecuali Allah...
  4. Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai Aku bukanlah Problogger yang telah mancatat keuntungan ribuan ringit setiap...
  5. Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi “Ya Allah ibu.. hari ni pun ayah tak boleh nak...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

14 Comments

(Required)
(Required, will not be published)