279.5usd @ RM 950.30 Hanya dari Blog PR0


Ditulis pada February 1, 2009 – 12:29 pm | Oleh nuaeman
Share

Cabaran RM 1000 dari blog telahpun berakhir semalam dan sedikit mendukacitakan aku tak dapat capai angka yang telah diletakkan iaitu RM 1000. Walaubagaimanapun 279.5 usd atau RM 950.3 sekiranya ditukarkan ke nilai RM mengikut kiraan 3.4 adalah satu pencapaian yang boleh kata baik untuk aku sebagai permulaan. Ditambah pula ianya adalah dari blog-blog PR0 yang baru sebulan usianya.

Sebenarnya cabaran ini tak berkait dengan sesiapa pun ianya sengaja diberikan untuk aku dalam mencapai matlamat. Yang tahu tentang ini hanya aku dan tuan guru aku. Siapa?? heh! akan diketahui sekejap lagi. Sebenarnya aku bukanlah pakar dalam bidang pemblogerran dan baru sangat sebenarnya dalam hal menjana pendapatan dari blog ni.

Sebelum ni aku hanya tertumpu pada kerja-kerja freelance sahaja sehinggalah ke bulan Oktober 2008 aku mula terasa untuk mencuba satu skop lain bagi menjana pendapatan. Cari punya cari aku tertarik dengan kaedah menjana pendapatan dari blog dan dari situ juga aku bertemu dengan blog Rohaizad.com, Chan Lilian dan beberapa lagi yang telah selesa menjana dari blog.

Setelah meneliti kesemuanya aku terasa perlunya untuk berguru dan yang paling sesuai dimata aku ketka itu adalah saudara Rohaizad kerana beliau tinggal di JB. Dalam mencari-cari masa yang sesuai akhirnya pada awal Disember 2008 aku telah mengikuti tutorial dengan beliau. Tak menunggu lama aku terus membeli domain dan praktikkan segera apa yang telah di tunjuk ajar oleh beliau.

Masuk Januari 2009 aku saja-saja cuba menilai pasaran dengan mempromosikan blog-blog aku disamping menyertai beberapa program. Aku sedar blog ini masih PR0 tetapi apa salah kita mencuba. Kalau tak cuba kita tak tahukan.. Cuba ingat balik kisah Nabi Daud.Siapa sangka seorang gembala seperti Nabi Daud mampu menewaskan Jalut yang sasa kalau Nabi Daud tak menawarkan diri dengan Raja Thalut untuk memcuba dan seterusnya diberi peluang. Begitu juga dengan apa yang aku lakukan ni. Orang asyik kata blog yang baru ditambah pulak hanya PR0 tak mampu buat duit.. akhirnya aku dah buktikan tanggapan tu salah.. Hasilnya.. walau tak seberapa tetapi berbaloi segala penat lelah..

Sedikit paparan dari apa yang aku katakan membuktikan ini bukan omongan kosong

Aku amat berterima kasih pada Rohaizad kerana sudi memberi tunjuk ajar. Tetapi perlu diingat ianya bukan percuma. Kalau kita tak sanggup bermodalkan wang untuk memperolehi sesuatu maka elok lupakan sahaja hasrat dihati tu. Satu lagi apa yang penting segala ilmu yang diperturunkan haruslah dipraktikkan segera serta jangan takut untuk melakukan ujikaji sendiri ( trial n error ). Segalanya bukan datang dengan mudah dan bergolek kepada kita.Kalau tak usaha kita juga tak kemana. Aku teringat kepada kata-kata pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, semalam “Anda tidak akan mendapat sesuatu yang mudah dalam hidup tetapi anda perlu bekerja keras !.”

Sementara aku sibuk memaksimumkan method yang telah aku pelajari dari rohaizad, aku juga ingin mencuba bidang website flipping sepertimana yang tertulis dalam ebook yang aku baru beli ini iaitu “blogcashblueprint” . Insya Allah aku akan cuba dengan cara yang lebih smart. Modal pun tak besar… beli satu domain, update dan optimize blog tu.. then cuba untuk langkah seterusnya.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Wah! Income dari blog-blog aku dah mencecah usd 519 bulan ini!
  2. Ini Hanya Suatu Cerita…
  3. Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?
  4. Meh ke ruang angkasa Gaban dari blog Nuaeman
  5. 348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 36 Responses to “279.5usd @ RM 950.30 Hanya dari Blog PR0”

  2. By KNizam on Feb 1, 2009 | Reply

    aku belum terfikir lagi nak buat duit besar2an. hehe cukuplah dengan nuffnang dulu. hehe :)

    [Reply]

  3. By izzat on Feb 1, 2009 | Reply

    hohoho..masyuk tu.. ada jugak sket cari2 duit ni, x banyak la..lepas2 hosting ngan domain..kira ok la tu.. huhu..

    izzat’s last blog post..2008 Is A Memory, 2009 Is A New Book

    [Reply]

  4. By mazuki selangor2u on Feb 1, 2009 | Reply

    lama tak mngomen blog ko…kehkeh kena menuntut ngn ko la nampaknya lepas nie…

    [Reply]

  5. By topo on Feb 1, 2009 | Reply

    hohoh aku dah lame nak mencari duit secara besar-besaran kat internet ni.. tpi kekangan masa.. hohoh nak kena tunggu aku bersara dulu kot…

    topo’s last blog post..virtual keyboard.. untuk keselamatan atau kemalasan???

    [Reply]

  6. By dzul on Feb 1, 2009 | Reply

    wah…banyak tu untuk blog sahaja…

    ni kena belajar ni….kat mane nak beli ebook tu?

    semua yang teknik bro pakai ada dalam ebook tu ker?

    [Reply]

  7. By Kujie on Feb 1, 2009 | Reply

    TAHNIAH.. utk org yg berusaha mencari wang di internet kena belajar.

    Kami bagi sokongan

    [Reply]

  8. By Raja Kamil on Feb 1, 2009 | Reply

    Wah hebat bro. Dah lama tak singgah, rupa-rupanya ada sumber pendapatan baru bro kita ni.

    Dasat

    [Reply]

  9. By Shaffik on Feb 1, 2009 | Reply

    Tahniah bro…masa aku akan sampai nanti…thanks atas pemberi semangat. Dengan membaca entri aku semakin bersemangat..Mission masih jauh lagi..

    [Reply]

  10. By samdaddycool on Feb 2, 2009 | Reply

    Syabas.. syabas…. memang guru tu power… aku pun tgh nak berguru dgn dia. Cuma nak aturkan masa sahaja & cari masa yang sesuai..

    …Berapa RM pula target utk Februari??

    samdaddycool’s last blog post..Muar Sunset.. My new Life (Invitation)

    [Reply]

  11. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Boleh gak cuba-cuba benda lain lepas ni bro.. heh

    [Reply]

  12. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    haah, dapat lepas kos hosting ngan domain tu kira bagus jugaklaa..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Bila agak-agak nak bersara Topo ??

    [Reply]

  14. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Taklaa hanya secebis sahaja.. dalam blogcashblueprint tu ada banyak perkara lagi yang belum aku terokai..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Mekasih Kak Jie.. suka tengok kak jie dah kembali aktif berjalan dan tinggalkan komen.. :)

    [Reply]

  16. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Sedang mencuba-cuba… baru buka langkah jee ni..

    [Reply]

  17. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Eh Pengantin, sempat lagi online yee.. ingat cuti sebulan.. hehehe

    [Reply]

  18. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Yep, mission sebenar masih jauh tapi kita on track lagi takpe..

    [Reply]

  19. By Shaffik on Feb 2, 2009 | Reply

    Betul nuaeman..aku sentaisa pergi ke blog yang dah lama dalam arena ni. Macam ijad cakp selalu ker problogger.com..memang betul bila baca sana, lebih bersemangat jadinya…

    Shaffik’s last blog post..Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)

    [Reply]

  20. By samdaddycool on Feb 2, 2009 | Reply

    Online tetap online beb.. tgh honeymoon pun online lagi.. dah nama cari makan online… surfing tetap diteruskan… mauahahaha

    samdaddycool’s last blog post..Muar Sunset.. My new Life (Invitation)

    [Reply]

  21. By spatt on Feb 2, 2009 | Reply

    fans MU ek?hehe
    aku pun nk start website flipping bro…
    leh la kite share tips2, n niche ek… :P

    spatt’s last blog post..Microposting. Dan Sangat Mengarut. Tiada Hala Tuju? Ya…

    [Reply]

  22. By muhafis on Feb 2, 2009 | Reply

    actualy, cemana nak dpt income usd tuh? jual ebook ke? ape ebook yg kne beli.. takpost pasal birth baby kedua enko pun numan.. nak tgk jugak muke nye..

    muhafis’s last blog post..Tolong lajukan masa..

    [Reply]

  23. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    Boleh.. aku pun sedang belajar-belajr nih..

    * ko Man U fan gak kee?? hehe

    [Reply]

  24. By nuaeman on Feb 2, 2009 | Reply

    aiseh nak tengok yee.. nanti aku post keh.. aku mmg jarang letak gambar sendiri dan family kat blog nih.. maklumlaa hensem sangat..

    [Reply]

  25. By amoi on Feb 2, 2009 | Reply

    mantap…teringin jugak nak dapat duit dari internet ni..huhu…

    amoi’s last blog post..Cameron Highlands – Day 3

    [Reply]

  26. By zool on Feb 2, 2009 | Reply

    Baguslah tu.. Rezeki ada di mana-mana.. Bulan depan mesti ko capai RM1000

    zool’s last blog post..Process In Internal Combustion Engine

    [Reply]

  27. By |1f34|-|1r3 on Feb 3, 2009 | Reply

    fuh..mantap giler income…lain kali aku turun jb..kena berkongsi pengetahuan gak nii..hehe

    |1f34|-|1r3’s last blog post..How to send a fake email to your friends

    [Reply]

  28. By azwan on Feb 3, 2009 | Reply

    not bad, aku pun jelous baca ni, bersemangat lagi nak tambahkan lagi pendapatan di internet.

    azwan’s last blog post..Lost?

    [Reply]

  29. By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply

    Insya_Allah kita berkongsi-kongsi ilmu..

    [Reply]

  30. By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply

    Hehe.. harap begitula.. cuma Celcom broadband membatasi sekarang ni.. servis makin teruk

    [Reply]

  31. By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply

    Semua boleh.. insya_Allah

    [Reply]

  32. By nuaeman on Feb 4, 2009 | Reply

    Datang JB nanti.. kontek2 laa Yam.. kalau ada pepehal aku boleh turun.. insyaAllah

    [Reply]

  33. By megat on Feb 4, 2009 | Reply

    tahniah bro! insya allah ikut belakang hehe

    [Reply]

  34. By |1f34|-|1r3 on Feb 5, 2009 | Reply

    ari tuh aku dh turun..tp megat busy ngan adik dia kawin…time2 tuh tak kenal ramai sangat bloggers nii..hehe

    |1f34|-|1r3’s last blog post..How to send a fake email to your friends

    [Reply]

  1. 3 Trackback(s)

  2. Feb 3, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Cabaran Berbogel di Sekitar Bandaraya Johor Bahru!
  3. Feb 9, 2009: rohaizad dot com » Bayaran dari TextLinkAds untuk bulan Januari 2009.
  4. Feb 14, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Jualan Pertama di Clickbank dengan Teknik Pakej Video

Post a Comment

CommentLuv Enabled