Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners!

Nampaknya peluang Manchester United untuk mencipta hatrik dalam memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris semakin hampir. Terima Kasih tak terhingga buat penyerang Arsenal dari Russia Andrey Arshavin yang menyumbang 4 gol dalam perlawanan malam tadi manakala Rafa Benitez serta konco-konconya harus  berterima kasih dengan mamat Israel si Bennayoun kerana sekali lagi menyelamatkan mereka dari kehilangan mata. Citt!

Walaupun seri Liverpool masih berupaya berada dikedudukan teratas liga kerana jurang perbezaan gol dengan Man Utd. Apapaun anak buah Alex Ferguson masih ada lagi dua perlawanan di tangan dan sekiranya menang kedua-duanya United boleh jarakkan diri dengan kelebihan 6 mata. Itupun kalaulah.. kadang diorang nih main dengan team lemau terikut-ikut pulak lemaunya. Tapi aku suka sangat tengok si Benitez serta anak-anak buahnya kempunan piala tahun nih. Hehehe..

Buat penyokong Liverpool jangan mare ok, huh. Walau aku tak suka Liverpool tapi aku tetap respek kat team korang musim ni cuma untuk menang piala tu.. lambat sikitlaa. Nak kata yakin sangat untuk menang  tu tidak tapi peluang nampaknya semakin hampir dan Benitez sendiri mengatakan United sekarang telah berada di “driving seat” bagi memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris. Kita tengok baki 5 perlawanan yang bakal ditempuh Liverpool. Agak-agak ada peluang tak..

25/04/2009 – VS Hull City (Away)
03/05/2009 – VS Newcastle (Home)
09/05/2009 – VS West Ham (Away)
17/05/2009 – VS West Brom (Away)
24/05/2009 – VS Tottenham Hotspur (Home)

Nampak macam semua Liverpool boleh makan tapi dalam bola sepak apa-apa pun boleh jadikan. begitu juga dengan Man Utd, walau peluang dah ada tapi kalau tak menang macam lawan Everton hari tu.. gigit jari juga akhirnya. Ini pulak 7 perlawanan yang bakal ditempuh United.

22/04/2009 – VS Portsmouth (Home)
25/04/2009 – VS Tottenham Hotspur (Home)
02/05/2009 – VS Middlesbrough (Away)
10/05/2009 – VS Manchester City (Home)
13/05/2009 – VS Wigan (Away)
16/05/2009 – VS Arsenal (Home)
24/05/2009 – VS Hull City (Away)

Emm.. perit-perit jugak lawannya walaupun banyak perlawanan di halaman sendiri. Nampaknya kena tunggu sampai habis juga. Mana tau.. Liverpol dengan Manchester United berkira-kira nak menang tiba-tiba je Chelsea yang muncul Juara. Ish!!

Untuk peminat-peminat Liverpool aku bawakan khas drama pagi tadi.. heh

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Terima Kasih P1 Wimax Tapi… Senyum terukir di bibir aku apabila menerima bil terbaru...
  2. Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank Tak tahu apa nak cakap semalam bila melihat pasukan...
  3. Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru Malaysia 2 – Manchester United 3 Wow! Man Utd hanya...
  4. Kasih Tanpa Syarat Ramadhan 1404 “Mak…. Mak wat kuih apa tu?” “*Bunga Durian…”...
  5. Saatku melafazkan “Aku Terima Nikahnya…” Perempuan biasanya lebih terperinci dalam soal tarikh apalagi sekiranya tarikh-tarikh...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

17 Comments

  • At 2009.04.22 23:53, Mindaku Di Sini said:

    hehe…arsenal mungkin dah terlepas EPL season ni..tp UCL masih ada harapan..tp leceh nyer defence semua tgh hancur skang nii…ekekekekekekke

    setuju tak aku kata, kalau adebayour n van persie + back four asal ada smalam, harapan arsenal menang lebih cerah? letak bendtner tuh macam letak batang kayu jer..haha…

    anyway, aku tetap puas smalam…selamba bertapa di kubu liverpool dengan pakai baju arsenal…arsenal score semua senyap sunyi..liverpool score jer..cam nak runtuh kedai…haha

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    • At 2009.04.23 15:51, nuaeman said:

      Sememangnya Arsenal dah terlepas utk memenangi gelaran EPL tahun ni.. tapi untuk UCL masih ada peluang.. sayangnya Arshavin takleh main hehehe..
      Aku tengok si Fabianski ni cam tak bolehlaa… apa pendapat ko?

      • At 2009.04.23 17:22, Mindaku Di Sini said:

        hehe…Fabianski cukup gempak dah bg aku..memang tak salah Wenger amik dia..umur muda lagi…just takde luck jer malam tuh pasal defence hampeh sangat…tp time lawan chelsea ari tuh..dia mmg banyak silap..leh nampak dia nervous sangat…kalau ko tgk full game…banyak dh dia save tuh..kalau tak lg banyak bolos…player plg sayur….silvestre n bendtner…lalalalalala

        • At 2009.04.23 18:19, nuaeman said:

          Silvestre..?? hehe dulu masa kat Man Utd aku punyalaa geram selalu bagi penalti kkat lawan.. boleh pulak wenger amik dia.. heh

    • At 2009.04.23 01:20, Adry said:

      aku tetap yakin dengan MU!!! Go Go MU!!!

      Adry’s last blog post..Kebakaran di Bandar Tawau

      • At 2009.04.23 15:52, nuaeman said:

        yes.. Go MU !! semalam menang lagi!

      • At 2009.04.23 02:00, john said:

        frust dow game pagi smlm tapi semangat melawan tuh yg tak bleh tahan. takper.. jap gi MU kenalah ngn Portsmouth. Lu jaga la bro!!! Hahahaha…

        john’s last blog post..I Lost My Souls…

        • At 2009.04.23 15:47, nuaeman said:

          Hehe.. kenyang meratah semalam… 6 game lagi..huh

        • At 2009.04.23 08:22, bd fabregas said:

          memang gempak siot game ari tu.. tp tu la masalah arsenal ni, bek kaw2 teruk..

          • At 2009.04.23 15:53, nuaeman said:

            Keeper pun teruk gak aku rasa

          • At 2009.04.23 11:18, aleh49 said:

            halamak..rugi tak tgk smlm..
            yes!!..yes!! liverpool klah…heeheehee..

            aleh49’s last blog post..Aku Kembali……

            • At 2009.04.23 11:38, samanosuke_04 said:

              huhu, tak sangka bleh jumpa gak MU fans..

              Hidup MU!!!

              samanosuke_04’s last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)

              • At 2009.04.23 12:11, rohaizad said:

                Aku tak kira, tujuh keturunan aku pun akutakkan benarkan mereka sokong MU… hahahahah!

                • At 2009.04.23 15:53, nuaeman said:

                  hahah.. rileks.. insya_Allah 20 tahun lagi bolehlaa Liverpool juara.. kehkehkeh

                • At 2009.04.24 17:04, Shaffik said:

                  Aper2 pun Arsenal the best….hahahahahahah…Jat jangan marah…yer

                  Shaffik’s last blog post..Marketing Secara Percuma.

                  • At 2009.04.25 03:53, j_hafiz said:

                    perlawanan yg mantap.apepon, manchister gak yg dapat faedah. Chelsea? bazir kan peluang! seri plak ai ngn everton.. hampeh! amik la Man U. da xde org nk celen daa

                    j_hafiz’s last blog post..Post terakhir sebelum meninggal dunia…

                    • At 2009.04.28 11:26, lankapo said:

                      paper pun, aku suka arshavin..
                      player paling cool..laju gila walaupun katik cam messi..

                      main simple tapi placing cantikkk…tak sia2 beli mahal2

                      lankapo’s last blog post..Make Money Online with Streamyx

                      (Required)
                      (Required, will not be published)