Sebenarnya post ini nak disiarkan semalam tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan aku baru berkesempatan membuat kemaskini hari ini. Teruskanlah membaca pengalaman yang boleh kata indah juga buat mereka-mereka yang sekutu dengan aku..
Seperti yang dijangka hari Ahad tu manusia cukup ramai. Almaklumlah kerana perlawanan yang akan disaksikan adalah antara yang terhebat didalam jadual liga. Dua gergasi bola sepak inggeris bertemu dan mengulangi sekali lagi perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun lalu. Seperti biasa suasana penuh dengan warna merah dan biru iaini warna rasmi kedua-dua pasukan.
Tepat pukul 4 petang waktu di Old Trafford permainan dimulakan. Aksi memukau kedua-dua pasukan membuatkan penyokong tak senang duduk lebih-lebih lagi penyokong pasukan tuan rumah. Aku adalah antara penonton yang hadir bagi menyaksikan pasukan kesayangan aku bermain dan sudah tentu aku harapkan kemenangan pada perlawanan hari ni.
Detik yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Ronaldo menanduk gol pertama tuan rumah tetapi gol ini disambut dengan ‘boo’ dari penyokong pasukan pelawat kerana ianya tidak diiktiraf pengadil. “Apalaa punya pengadil.. tido..” Bisik aku. Seminit berselang suasana kembali gegak gempita bilamana Vidic mengulangi apa yang dilakukan Ronaldo dan kali ini aku tidak kecewa. Bekalan istimewa sebelum aksi separuh masa pertama berakhir.
15 minit masa rehat yang ada sempat aku habiskan membaca buku yang dibawa. Apabila separuh masa kedua dimulakan tumpuan aku kembali kepada perlawanan. Debaran tetap ada walaupun nampaknya permainan adalah milik United. Pada minit ke 63 Rooney mula merobek kubu Chelsea dan ini menguatkan lagi gerak hati aku bahawa malam ini adalah milik kami. Senyuman mula terukir dan nampaknya penyokong “the blues” dah mula terdiam tak berkata apa. Bagaikan tergamam dengan apa yang berlaku didepan mata. Tak cukup dengan itu Berbatov menambah derita anak buah Scolari pada minit ke 87 apabila menyumbat gol ketiga United. Gol ini terus membunuh harapan penyokong Chelsea. Ada yang terus meninggalkan bangku. Heh!
Tika wisel penamat dibunyikan, penyokong United terus gah dengan kemengan 3-0 yang diperolehi hari ini. Episod malang dan duka buat skuad “the blues”. Aku puas hati hari ni. Cukup puas hati dengan sepinggan mee goreng serta teo ‘o’ dan nescafe ‘o’. Old Trafford aku hanyalah di kedai mamak berdekatan oleh kerana Astro buat gila lagi apabila tiba-tiba memotong perkhidmatan aku walaupun aku tak pernah miss bayar setiap bulan.
Related posts:
- Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru Malaysia 2 – Manchester United 3 Wow! Man Utd hanya...
- Piala Malaysia dan aku Malam ini menjadi penentu siapa yang bakal dinobatkan sebagai...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.






















hahaha… patut la aku tak nmpak pun ko. sbb aku kat kedai mamak lain… tgk kat kedai mamak dgn rakan2 lebih enjoy
zariel’s last blog post..Lagi Penipuan SMS
Aku tengok sensorang jee..
tu pun terpaksa tgk luar..
oooo……..stadium astro kat rumah gate kena rantai ke?
huhuhu
Kujie’s last blog post..Bunga-bunga cinta
Tulaa kak jie…. sakit hati betul padahal malam tulaa baru balik rumah sejak wife bersalin.. tengok-tengok stadium bermangga.. paling sakit hati.. benda tu adalah silap di Pihak Astro dan lebih sakit hati bila kita bagitau tetap dia charge RM 20 utk sambung perkhidmatan.. ini kali ketiga dah terjadi kat akaun saya
Mati-mati aku ingat ko ke old trafford..congrates man u menang…
Haha.. ada gak berangan nak sampai sana..
yokyo-o je….
ChekguBH’s last blog post..Cara Nak Bantu Palestine?
Biasalaa chekgu.. berangan jee lebih ni..
imaginasi tinggi ni hehe..
tahniah deserve to win..
kesilapan scolari adalah menrunkan Drogba yg macam dah takder mood nak main..
baik letak si Kalou/Anelka..
Chelsea, malang sunguh nasibmu
lankapo’s last blog post..Add Twitter Gadget to your Gmail
Haha.. mekasih.. mekasih.. betul gak kata ko.. Scolari ni kadang turunkan player entah hape-hape.. masa kalah ngan Arsenal dulu dia pegi keluarkan Joe Cole padahal masa tu mamat tu main bagus tu..
haha…aku xtertipu sb aku baca komen dulu…
aku pun tgk kat mamak gak..
Callister’s last blog post..Rewards for Bush shoe thrower
waaa… peminat Man U gak ke nih.. :0
haha..mesti la tidak..
g tgk hari 2 sb nk tgk Man u kalah sebenarnya..
Callister’s last blog post..Darwin Award
nasib baik ada park ji sung..kalau takde dia..confirm man u kalah..org lain semua berat perut nak kejar bola !
|1f34|-|1r3’s last blog post..Use isthatsitedown.com to check site is down or not
hehe.. Ji membanggakan Asia..
ciss…aku ttipu…tipah tertipu..aku punyelah pecaya ko gi old trafott..
dendang’s last blog post..KEsibukan di Minggu selepas exam
Haha.. sesekali terkena apa salah.. kih kih kih
glory glory for M.U!!! hehe
Adry’s last blog post..Yeay!! M.U Won!!!
Peminat M.U mcm adik aku gak..
ijamidayu’s last blog post..Berhati-hati ketika memulakan sesuatu
ceh, mati2 aku igt ko gi old trafford btol2.. aku pun gi gak old “gerai makan gambang” trafford..
bd fabregas’s last blog post..Pemanduku Jutawan Episod 1 & 2..
Nanti kita wat rombonganlaa pegi old trafford.. atau ko nak pegi stadium emirates..?
mesti la emirates, pandai pun.. camtu la cara berfikir.. hahaha..