Ronaldo Leaves United..? Ah! Lantokleee..


Ditulis pada June 25, 2008 – 1:55 am | Oleh nuaeman
Share

Eh! apasal aku masuk bab sukan lak hari nih..? emm.. macam dah aku katakan blog ni blog umum dan mungkin juga kalau sesapa nak gelarkan blog rojak pun aku terima.. sebab itulaa tema yang aku pilih bagi memudahkan aku untuk mencari bahan dan juga terus menulis.

Okeh.. berbalik pada cerita mamat kat atas tuh.. buat pengetahuan semua aku jugak salah sorang kipas susah mati (diehard fan) untuk team Manchester United dan akhir-akhir ni memang agak panas dengan isu pemain utamanya si mamat portugal ni nak berpindah ke Spain untuk menyertai Real Madrid. Sebagai seorang yang begitu mengikuti perkembangan team nih, agak geram jugaklaa aku.. bukan kerana dia nak berpindah tapi atas sebab statement nya yang sentiasa berubah-ubah macam mempermainkan perasaan penyokong dan juga rakan sepasukan. Apapun itulah lumrah bolasepak professional dan Ronaldo bukanlaa orang pertama yang buat hal macam ni..

Cerita sikit pasal mamat nih.. pada aku Sir Alex Ferguson yang bertangggungjawab sepenuhnya membawa dia ke puncak kemasyuran. Dari orang mengenali seorang sahaja Ronaldo iaitu mamat brazil yang botak tu.. kepada dua Ronaldo.. dan akhirnya kini satu juga yang diingati.. Cristiano Ronaldo !. Best sangat ke dia ni? emm.. aku akui pada hari-hari terbaiknya… memang dia bermain sangat bagus tetapi ada beberapa perkara yang aku kureng.. berkenan sikit ngan mamat nih.. antaranya… kalau korang perasan dia macam syok sendiri.. dan selalu mengharapkan lensa kamera tertumpu kepadanya ketika bermain.. kononnya dia pemain paling best.. ceh!! lagi satu aksinya bila dikasari.. tak kiralaa walau sedikit pun.. gayanya seolah-olah macam dialah satu-satunya pemain yang tak diadili dengan sebaiknya di atas padang.. huh!

Ada beberapa lagi tetapi tak elok gaklaa aku citer semuanyakan.. mungkin atas beberapa sebab dan alasan nilaa yang membuatkan dia belum layak lagi dicanangkan sebagai pemain lagenda untuk Manchester United. Secara peribadinya aku masih lagi menyokongnya kerana sehingga saat ini dia masih lagi menjadi hak milik United. Tetapi sekiranya dia benar-benar berjaya memujuk Sir Alex untuk melepaskannya beralih angin ke Sepanyol.. aku takleh kata ape.. ahh!! lantoklee.. lagipun bolasepak ni bukan permainan individu.. dan masih ramai lagi pemain hebat di Old Trafford. Bercakap soal isu perpindahan si Ronaldo ni.. ada satu video menarik yang aku nak kongsikan. Pada aku agak lucu tetapi ayat-ayatnya kurang cencor sikit.. kalau rasa lawak gelaklaa kalau takpun.. buat-buat jelaa gelak.. hehehe :) .. adioss..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru
  2. Pengharaman memakai Jersi Manchester United – Saya Akur…

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Ronaldo Leaves United..? Ah! Lantokleee..”

  2. By catzer on Jun 25, 2008 | Reply

    argh..mamat selenge ni perasan bagus..aku rasa satu masalah dia ni takde team work sgt..kekekekeke..maklumlah dialah raja padang..(kononnya)..Dengki sbb aku tak boleh main bola..kakakakaa

    [Reply]

  3. By nuaeman on Jun 25, 2008 | Reply

    sekarang tambah satu penyakit.. perasan macho.. ish.. aku lagi macho kot… :)

    [Reply]

  4. By johnbaem on Jun 26, 2008 | Reply

    Apapun, dia player MU so aku tetap fuck dia… hohohoho!!!

    [Reply]

  5. By nuaeman on Jun 26, 2008 | Reply

    Baem.. apapun.. tolong awasi kata-kata.. jangan ikut Hitler kat atas tuu.. :)

    [Reply]

  6. By Norhafidz on Jun 26, 2008 | Reply

    sebenarnya dia ni biasa je..bagi aku la, sebab dia popular je, tu yang media nak cerita pasal dia..kalo nak cite pasal bakat bola, tak grand sgt pun..tgk game masa barca lwn man u, tenggelam dia, messi je yang control game

    [Reply]

  7. By zool on Jun 27, 2008 | Reply

    Bior la dia nak pegi Madrid..
    Suka aku….

    penyokong Arsenal

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jun 27, 2008 | Reply

    Dengarnya ramai player Arsenal nak blah Zool.. betul ke? :)

    [Reply]

  9. By titan on Jun 27, 2008 | Reply

    aku suka tengok mamat nih main. Tapi kalau betul dia nak pindah real, aku harap dia tak jadi cam beckam..

    [Reply]

  10. By Rafhz on Jun 28, 2008 | Reply

    aku pom ske tgk mamat nie main… macam ade seni gitu.. leh gelecek sana sini… hehe… tp klu nk pindah… pindah la… nnt mst muncul lagi atlit baru kat MU hehe

    [Reply]

  11. By aNddy on Jun 28, 2008 | Reply

    ronaldo mmg best!yela mmg buyers cz aku fan man u.hehe tp,aku nak tmbh la satu lg kelemahan dia ni.korg mmg da tau aku rasa.dia ni klu big game mcm x bernyawa.final ucl dia main ok.tula 1st time aku nmpk dia main best kat big game.euro lwn jerman mati gak.huhu.tp ape2 pon kaki dia mmg laju.fast n furious gtu..btw,psl rumours dia nak g real aku rase mmg btl dia nak chow.tp man u xnak jual n hrga pon mahal.tp aku rasa ‘tgu masa’ ronaldo ni g real.klu bkn season dpn,nx 2 season.hehe video yg bro nuaeman bg tu mmg lawak.aku 1st time tgk mmg gelak habis!hahaha

    [Reply]

  12. By nuaeman on Jun 28, 2008 | Reply

    latest news.. Ronaldo call sir alex cakap dia balik 10 july nanti.. hehe takde harapanlaa real nak sign dia on 7 july.. tapi apapun.. semua boleh jadi.. tunggu jee laa..

    [Reply]

  13. By aNddy on Jun 29, 2008 | Reply

    yela..rumours won’ stop la.pa lg dia ni calon utma utk jd fifa plyr of d yr.i really sure that he is d man hehe

    [Reply]

  14. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    akhirnya MU kehilangan CR ni.

    aku nak ulas lebih-lebih pun,aku bukan kaki bola sangat :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge