Piala Malaysia dan aku


Ditulis pada November 7, 2009 – 9:04 pm | Oleh nuaeman
Share

Malam ini menjadi penentu siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia. Kelantan dan Negeri Sembilan akan berusaha membuktikan siapa sebenarnya lebih gagah untuk menjulang Piala kebanggaan bola sepak Malaysia itu.  Walaupun suasana Liga M sebelum ini tampak suram tetapi kelihatan ada sedikit kemeriahan apabila masuk sahaja kempen Piala Malaysia. Yang tak bestnya bila team aku Johor FC tak dapat pergi final.

Cerita pasal Piala Malaysia ni teringat aku masa zaman dulu-dulu. Aku memang penyokong setia pasukan Johor tapi kalau perlawanan akhir Piala Malaysia tak kira apapun pasukan aku akan pergi tengok tapi setakat di TV je laa.. bukan dekat Stadium pun. Masa tu TV3 sahaja yang biasa akan ambil siaran langsung untuk bola sepak tempatan. Oleh kerana kedudukan geografi rumah aku yang sedikit tertutup maka kami hanya mampu menerima dua siaran sahaja iaitu TV1 dan TV2. Astro semua mana ada pada zaman tu jadi untuk menonton Perlawanan Akhir Piala Malaysia ni aku akan tunggu abah sehingga balik dari surau sebelum bawanya aku kerumah mana-mana kawan dia yang dapat siaran TV3. Kitaorang pegi jalan kaki atau naik basikal saja. Itulah sahaja kenderaan yang kami ada waktu tu.

Paling tak boleh lupa ialah Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun 1991. Tahun tu Johor dapat masuk final untuk berentap dengan Selangor. Bangga betul aku johor masuk final. Lepas Isyak abah bawa aku ke rumah Arwah Haji Serop (peminat bola sepak jugak ni). Johor ketika ni dibimbing oleh Michael Urukalo dan barisan import dia pun mantap terdiri dari Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edward. Johor berjaya benam Selangor 3-1 dimana ketiga-tiga gol tu hasil jaringan Ervin Boban. Tak heranlaa bila dia diumumkan pemain terbaik perlawanan. Pemain tempatan yang aku ingat untuk skuad Johor masa tu ialah Prof Nasir Yusof, Khalid Shahdan,Anuar Abu bakar (supersub nih) dan Hassan Miskam. Apapun masa aku buat carian kat internet tentang Piala Malaysia rata-rata orang kata zaman Johor jadi Juara berganda ni memang best!

Sebelum perlawanan akhir tu biasanya aku dengar radio je setiap sabtu dan selasa. Selalunya memang akan ada siaran langsung untuk perlawanan yang melibatkan team Johor. Kalau pukul 10 malam ada laporan dari venue ke venue di radio Johor. Pengulas yang masih aku ingat sehingga sekarang ialah Madevan. Dia ni India tapi bahasa melayu dia memang tip top. Aku suka lagu “Ole.. ole ole ole… kita juara.. kitalah JUARA..!. memang akan sentiasa berkumandang masa laporan bola sepak kat radio time tu.

Sekarang ni walau ada live kat TV tiap-tiap minggu pun susah nak tengok. Sebab yang utama adalah kurang kualiti menjadikan liga bola sepak Malaysia tak meriah seperti dulu. Lagilah bila Astro dah tayangkan siaran langsung EPL setiap minggu. Terus suram sambutan terhadap bola sepak Malaysia cuma hari ni memang lain macam sikit bila Kelantan masuk final sebab aku tengok penyokong dia fanatik betul. Aku sendiri memilih Kelantan sebagai JUARA walaupun ada beberapa orang Johor dalam team Negeri Sembilan.

Ahah! Perlawanan baru bermula.. kita lihat siapa yang kena.. JOM!

UPDATE: Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kelantan 3-1 secara langsung dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2009. Tahniah!!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Apa bestnya menonton Bola Sepak?
  2. Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners!
  3. Semalamku di Old Trafford
  4. Deco Ke Chelsea: Scolari dah mulakan pemburuan..
  5. Dah takde cerita lain agaknya Malaysia ni.. selain dari RASUAH dan Gila KUASA

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Piala Malaysia dan aku”

  2. By farahaznil on Nov 8, 2009 | Reply

    huhuh..wlupun aku tak dpt tgk tv mlm td..tp suma org sibuk dgn kehangatan perlawanan bola ni..aku kat pj ni pd ms yg ssama,pun ada lwn bola gak..huhu..u buat pljr nilai lwn pj..aku sndr pun xtahu siapa yg menang..hahhaa..tp masa tgh tgk perlawanan bola kat campus aku ni..kol ibu aku jap..skali dia ckp n9 suda 2-1 suda..huhuh..apa2 pun tahniah kpd pemenang..

    p/s-ko sokong klantan ke n9 aaaa?hehe

    [Reply]

  3. By nuaeman on Nov 8, 2009 | Reply

    3-1 laa :) Aku pilih Kelantan tapi tak menang pulak.. Penyokong pun hampeh jee.. main bakar-bakar plak.. dah kalah dahlaa..

    [Reply]

  4. By farahaznil on Nov 8, 2009 | Reply

    bkn2..masa aku kol mak aku tu..dorang masih tgh main lagi…line xbrp jelas..2-1 ke 2-0 tah masa tu..huhuh..xsngka mlm smlm aku plak jd pemberita kat pj…yelah..nak tgk tv dah la ssh kat asrama dia ni..bilik tv 1 je..tv yg lain2 plak..blur je..huhhuu

    [Reply]

  5. By hafizmd on Nov 8, 2009 | Reply

    aku sokong ganu..tp dah kalah ngn n9..so aku sokong n9 la..n n9 menang..yeahh…xsuke giler tgk ade segelintir penyokong kelantan mcm tak leh terima dah kalah..kalahla..huhu..

    [Reply]

  6. By Kak Long on Nov 8, 2009 | Reply

    Tengok siaran langsung, tapi rasa kesal dengan sikap bakar-membakar tu..

    [Reply]

  7. By samanosuke_04 on Nov 9, 2009 | Reply

    hoho, aku orang kelantan, mesti rrr sokong kelantan.. tapi penyokong2 kelantan tak macam aku.. bodoh tul.. buat malu jerr aku tengok highlight haritue.. ish3…

    [Reply]

  8. By gofutebol on Nov 10, 2009 | Reply

    Memang syok time tu. Kalau sekarang kita dok tunggu2 ronaldo or kaka main. time dulu selalu dok tunggu player2 import ini beraksi. kelas dia lain masa tu.

    [Reply]

  9. By faizulamin on Nov 10, 2009 | Reply

    dalam facebook kawan aku, pergh.. abis bergaduh pasal kes penyokong2 kelantan nih.. adoh laa

    [Reply]

  10. By Ezad on Nov 10, 2009 | Reply

    Kalu masa dulu2 kalu dari rumah aku nampak jek stadium larkin menyala mesti ada bola pasukan johor main, memang syok walaupun xpegi tapi tahu..tp skang stadium menyala pun dah xperasan pasal malas nak amik tau, team dah macam pemain kelab2 jek…huu

    [Reply]

  11. By nuaeman on Nov 10, 2009 | Reply

    itulaa pasal hafiz.. ada pulak sampai brbakar-bakar.. tak senonoh betul

    [Reply]

  12. By nuaeman on Nov 10, 2009 | Reply

    teruk sangat diorang tu kak Long terlalu fanatik.. hish

    [Reply]

  13. By nuaeman on Nov 10, 2009 | Reply

    buat malu org kelantan jee eak..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Nov 10, 2009 | Reply

    Sekarang kadang-kadang stadium pun kosong aku tengok.. teruk betul tahap bola sepak kita

    [Reply]

  15. By nuaeman on Nov 10, 2009 | Reply

    Nasib baik diorang tak boleh bakar facebook.. hehe

    [Reply]

  16. By titan on Nov 14, 2009 | Reply

    betul. dulu, aku sanggup dengar radio. Sekarang, nak tengok tv pun susah..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled