Park Ji Sung: Pemain biasa yang memiliki kemampuan luar biasa


Ditulis pada March 23, 2010 – 1:08 pm | Oleh nuaeman
Share

Dia seringkali dipandang remeh. Ramai yang berpendapat dia tidak patut berada di dalam skuad dan banyak komen-komen sebelum ini yang memperlekehkan keupayaannya tetapi tetap timbul persoalan, mengapa Pengurus Bola Sepak yang hebat seperti Sir Alex Ferguson masih menaruh kepercayaan terhadapnya sehingga dia banyak diturunkan untuk perlawanan-perlawanan penting. Apa sudah butakah Pengurus Manchester United ini ketika menilai satu-satunya pemain Korea Selatan di dalam skuad beliau bernama Park Ji Sung.

Nama Park Ji Sung atau lebih mesra dipanggil Ji diantara rakan sepasukannya di Manchester United tiba-tiba menjadi sebutan minggu ini. Sebenarnya bukan baru pertama kali beliau membantu United di dalam perlawanan-perlawanan penting dan bukan juga baru pertama kali beliau menjaringkan gol ketika pasukannya bertemu gergasi-gergasi Eropah tetapi kali ini beliau benar-benar dipandang hanya kerana jaringan istimewa beliau berjaya membenamkan musuh tradisi kelab. Siapa lagi kalau bukan Liverpool.

Park menyertai United pada Julai 2005 dengan nilai sekitar 4 juta pound. Sebelum itu, diberitakan Sir Alex telah memerhatikan aksi beliau lebih dari 20 kali sebelum membuat keputusan membeli pemain yang berasal dari Seoul, Korea Selatan ini. Walaubagaimanapun kehadirannya di Old Trafford dipandang tidak lebih sebagai satu usaha untuk melariskan penjualan Jersey di Asia khususnya di negara kelahiran beliau dan ini jawapan Sir Alex untuk tanggapan itu:

“Ketika saya menonton aksinya untuk PSV Eindhoven di dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara Juara pada 2005 saya rasakan ini adalah pemain yang memahami bolasepak. Beliau bijak dan berdisiplin dan mampu bermain pada posisi yang berbeza. Tidak ada isu tentang penjualan baju.”

Ketika ramai yang meragui kehadirannya di dalam skuad Sir Alex, Park sentiasa cuba memberikan yang terbaik. Memang ada ketikanya pemain ini kelihatan hilang arah ataupun lembik di dalam padang tetapi pada hari-hari terbaik, beliau merupakan satu invisible weapon kepada Machester United. Inilah yang dilihat oleh Sir Alex ketika ramai pemerhati seakan memandang rendah keupayaan pemain yang baru sahaja menyambut ulangtahunnya yang ke 29 pada 25 Februari lalu walhal beliau telahpun membuktikan kehebatannya ketika kempen Liga Juara-Juara 2008/2009 sehingga diberi penghormatan bermain pada perlawanan akhir dan pernah diberi jolokan ‘lucky charm’ pada musim 2007/2008 kerana dari 13 perlawanan yang disertainya, United tidak pernah tewas dan hanya dibolosi dua gol!.

Musim ini pula apa kurangnya. Pemuda setinggi 1.75 meter ini telah berjaya menjaringkan gol waktu bertemu Arsenal dan AC Milan tetapi dunia hanya menyaksikan beliau selepas merebahkan diri untuk melakukan tandukan terbang diantara Glen Johson dan Agger sehingga menterjemahkan gol kemenangan buat United. Gol itu mewujudkan satu fenomena baru di Old Trafford hanya kerana ia dijaringkan keatas Liverpool sebagaimana kata rakan sepasukannya Rio Ferdinand:

“Bagaimanapun, sekarang orang ramai telah mula melihat betapa berbakatnya beliau. Mungkin kerana dia menjaringkan gol tetapi kami sentiasa menghargai beliau.”

Park Ji Sung adalah satu contoh pemain biasa yang dibimbing oleh pengurus luar biasa seperti Guus Hiddink ( ketika bersama skuad piala dunia Korea Selatan 2002 dan PSV Eindhoven) dan tentunya Sir Alex Ferguson yang percaya bakat yang ada pada anak muda Korea Selatan ini.Apa yang dikecapi beliau sekarang hasil dari usaha gigihnya untuk memajukan diri. Itulah kemampuan luar biasa Park Ji Sung yang pernah di sisihkan oleh banyak kelab professional  pada awal kariernya oleh kerana saiz badannya yang agak kecil. Tetapi tidak siapa tahu beliau mempunyai semangat dan keinginan yang cukup besar.

Beliau bukan seorang jeneral hebat sebagaimana Roy Keane, tidak juga seorang pakar gelecek seumpama Ryan Giggs, tidak mempunyai larian pantas dan ligat sepertimana ChristianoRonaldo serta bukan dilahirkan sebagai penggempur berbisa ibarat Wayne Rooney tetapi beliau mempunyai kerajinan dan kemampuan untuk berlari sekeliling padang tanpa henti tak ubah seperti Carlos Tevez. Paling hebat adalah….

….waktu pihak lawan menjangkakan beliau bukanlah satu ancaman pada ketika itulah beliau membuktikan nilai dirinya….

Sweet sweet victory..

Tahukah anda..

Segalanya bermula disini…

Harap cik Dila berpuas hati dengan entri ni.. :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kemenangan tipis Man Utd dan Laptop baru
  2. Ronaldo Leaves United..? Ah! Lantokleee..
  3. Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank
  4. Terima Kasih Arshavin, Terima Kasih Gunners!
  5. Harimau Malaya, Pancaran laser, dan Lisa Surihani

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Park Ji Sung: Pemain biasa yang memiliki kemampuan luar biasa”

  2. By Shafawi on Mar 23, 2010 | Reply

    Hanya jauhari yang mampu mengenal manikam. :) Ji adalah pemain Asia yang hebat di Europe. Dan di kelab yang hebat seperti Man Utd. Bravo!

    [Reply]

  3. By zaryl on Mar 23, 2010 | Reply

    seram sejuk bila aku baca post ni.
    aku penah baca perihal kisah hidup beliau tapi dah tak ingat kat mana.

    aku bangga dgn ManU dan semua pemain2nya. walaupun tak sama seperti era 90an tapi masih hebat dan masing2 tetap punya karektor yg unik…

    glory glory! haha

    [Reply]

  4. By Nadri on Mar 23, 2010 | Reply

    pemain drp benua asia pun tak kurang hebatnya spt pemain2 drp benua eropah/afrika/amerika..jd jgnlah pandang org asia nie tak hebat w/pn bilanganya tak ramai..

    p/s: teringat akan kelibat Eric Cantona semasa beraksi brsama MU..

    [Reply]

  5. By nuaeman on Mar 24, 2010 | Reply

    Yezzer, tapi player Korea yang main dengan Bolton tu pun ok jugak eak..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Mar 24, 2010 | Reply

    Aku cuma tak masukkan kisah dia makan sup katak bro.. hehe.. Glory-glory

    [Reply]

  7. By nuaeman on Mar 24, 2010 | Reply

    betul tu bro.. wah eric cantona eh.. si kolar tegak berdiri tu.. :)

    [Reply]

  8. By khairolghani on Mar 24, 2010 | Reply

    Park memang terbaik..waktu kat PSV,dia memang kencang giler..paling suka work rate dia..

    [Reply]

  9. By Dila.13 on Mar 24, 2010 | Reply

    Aha.. ade entri yg didedikasikan kepada saya? wow! thank you very much Bro Nuaeman.

    memang kebanyakkan pihak salah anggap masa SAF belik PJS. mereka ingat sebab nak kembangkan fanbase Man Utd kat Asia.

    dan membuatkan saya bertanya kat diri sendiri.. “Nak kembangkan besar mana lagi??” LOL!

    [Reply]

  10. By cyza on Mar 25, 2010 | Reply

    memang park ji sung sebenarnya lebih lanyak main first 11…
    Since ko dah sentuh pasal teves, aku rasa, silap man u jual dia, atau biarkan dia blah ke man city…dia pun sgt rajin…
    babatov pulak bagi aku waste of money…

    [Reply]

  11. By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply

    Memang penyokong setia Man Utd juga yee.. :)

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply

    dia memang rajin..

    [Reply]

  13. By Dila.13 on Mar 25, 2010 | Reply

    Saya pun frust MU tak jaga tevez baik2. tp nak jual berba mmg out of question dah. too costly dan kalau jual sure rugi. tgh tggu the next #7 ke MU. villa, silva, or di maria. hehe… satu lagi prolific striker pun takpe. hehe :)

    [Reply]

  14. By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply

    Villa on his way to OT.. jangan jadi macam kes si Karim sudah.. ye tak? :)

    Ada komen untuk Joe Cole become United #7?

    [Reply]

  15. By fiezaradzi on Apr 1, 2010 | Reply

    saat org mempertikaikan keputusan ferguson, de je keajaiban yg terjadi.. hehe..
    mungkin pbangunan sukan di MU bagus..

    [Reply]

  16. By Dila.13 on Apr 6, 2010 | Reply

    Joe Cole as new #7.. waiting with arms wide open!! biar dia flick ole byk2 kat lawan kite season depan. owen kasi number jauh2 pun takpe.. once a sc*m, always a sc*m?? hehe..

    btw, saya baru dapat jersey away season 07/08 Man Utd (black pearl). lama betol tunggu.. 2 bulan tuh! huhu..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge