Kita tak selamanya diatas.. (Susulan kekalahan Man Utd)


Ditulis pada August 20, 2009 – 1:28 pm | Oleh nuaeman
Share

Emosi aku sedikit terganggu seusai solat subuh pagi tadi apabila mendapat berita kekalahan 1-0 Manchester United keatas Burnley – sebuah pasukan kerdil yang baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris musim ini. Nampaknya ketiadaan Ronaldo dan Tevez benar-benar memberi impak kepada pasukan kesayangan aku ini.

“Baru perlawanan kedua je dah kalah, pulak tu di tangan pasukan kerdil. Ngerinya aku nak ikuti musim ni” keluh Fahmi, rakan baik aku di Bentong yang juga ikut sama menyokong Man Utd.

Waduh! Pasal bolasepak sahaja boleh bertelefon dari Bentong ke JB. Heh! Itu belum lagi dicampur dengan SMS atau panggilan telefon semata-mata untuk memberi ayat-ayat provokasi.

“APA DAH JADI” salah satu SMS yang aku terima dari rakan kerja lama. Aduh… tetapi menyeronokkan juga sebenarnya kerana sekurang-kurangnya tiadalah kami ini putus hubungan walau SMS dan telefon sekadar nak memperkatakan soal ini “Bagaimana Juara EPL tiga tahun berturut-turut boleh tewas dengan pasukan kerdil yang tiada pemain ternama?”. Emm.. Segagah mana pun Man Utd manakan bisa mereka menewaskan takdir tuhan.

Nasib yang menimpa Man Utd ini boleh juga berlaku kepada diri kita. Dalam soal kehidupan tak selamanya kita akan berada diatas dan adakala kena juga tunduk melihat rumput di bumi.( Cheewah..! ayat-ayat penyedap hati ). Kalau kita sendiri menghadapi perkara sebegini sebaiknya ditangani dengan cara muhasabah diri kerana mungkin juga ianya boleh memberi kita momentum untuk mencapai kesudahan yang lebih baik. Siapa tahu…

SEMALAM sudah menjadi sejarah maka tak perlu diungkitkan serta ditangisi segala kekecewaan. Lakarkan apa yang perlu dilakukan HARI INI bagi menjadi bekal untuk menghadapi HARI ESOK yang belum tentu.

“Kriiing !Kriiing !” Nama Rohaizad.Com terpapar jelas di skrin telefon lusuh aku.

“Mat, ko dah dapat berita belum?” soal beliau dihujung talian

“Berita? Berita apa? ” terfikir di kepala aku berita sensasi apa pulak bakal disampaikan ni.

“Berita Manchester United kalah 1- 0 pagi tadi”

Aduuhh.. baru aku nak lupakan..

Provokasi lagi..!!!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank
  2. Karikatur susulan Insiden Bush dilontar Kasut

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Kita tak selamanya diatas.. (Susulan kekalahan Man Utd)”

  2. By MyDailyBlog.Info on Aug 20, 2009 | Reply

    nuaeman ko dah tahu ke tak?
    semalan man u kalah!!!

    [Reply]

  3. By boy_bersahaje on Aug 20, 2009 | Reply

    Bro, sabar eh. Biasa la tu kehidupan kan umpama roda. Sekejap kat atas sekejap kat bawah. Klau MU je nk kat atas, dah x best la EPL…kihkihkih. Bagi la chance kat Chelsea yang power tu :P

    [Reply]

  4. By rohaizad on Aug 20, 2009 | Reply

    Jadahnya Chelsea… hahahaha.
    Liverpool laaaaaa…

    p/s: nak provok jugak!

    [Reply]

  5. By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply

    adeh… sabar.. sabar..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply

    Chelsea?.. aku lebih rela burnley tu menang epl

    [Reply]

  7. By nuaeman on Aug 20, 2009 | Reply

    Liverpool..? lagilaa aku anti walau itu pasukan ayah aku.. huhu..

    [Reply]

  8. By fikri{dot}com on Aug 20, 2009 | Reply

    nape lah MU… Arsenal laaa… Liverpool pon tak bleh blah gak… wahahahaha! :P

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Aug 20, 2009 | Reply

    Aku tetap setia dengan Pompey!

    [Reply]

  10. By Mari Buat Blog on Aug 20, 2009 | Reply

    respek ko sokong pompey! aku ada kawan2 fan spurs, villa n man city dari zaman dahulu kala lg…

    [Reply]

  11. By Mari Buat Blog on Aug 20, 2009 | Reply

    aku mmg ada teringat nak msg…tp wat rilex sudah…haha..hari ni bukan hari Man U kot..sampai penalti pn tak masuk…

    [Reply]

  12. By samdaddycool on Aug 21, 2009 | Reply

    Hero bukannya menang setiap masa… kadang-kadang ada masa hero kalah (kalau dalam cerita, hero kalah dulu.. ending baru menang) :)

    [Reply]

  13. By samdaddycool on Aug 21, 2009 | Reply

    aku sokong pasukan kecik je… (pekan Portsmouth)

    [Reply]

  14. By nuaeman on Aug 21, 2009 | Reply

    Betull betul! betull.. aku sokong kenyataan ni.. :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on Aug 21, 2009 | Reply

    Hero memang kalah dulu.. biasalaa…

    [Reply]

  16. By MyDailyBlog.Info on Aug 22, 2009 | Reply

    baik sokong stoke city samdaddycool…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled