Malaysia 2 – Manchester United 3
Wow! Man Utd hanya mampu menang tipis keatas anak buah K. Rajagopal yang rata-rata dibarisi pemain muda. Melihatkan kepada keputusan perlawanan semalam bolehlah menerbitkan sedikit rasa bangga dengan skuad kebangsaan tetapi harus diakui masih banyak yang perlu dipertingkatkan dan perlu diingat ini sekadar PERLAWANAN PERTUNJUKAN.
Aku tak menjangkakan sebarang keputusan dalam perlawanan semalam kerana namanya pun perlawanan pertunjukkan. Bagi Man Utd mereka lebih kepada perlawanan pemanas badan dan juga mendapatkan keserasian antara pemain sebelum liga inggeris bermula. Aku pula nak lihat bagaimana permainan mereka tanpa Ronaldo dan juga kelibat pemain baru seperti Michael Owen serta pemain pelapis umpama Federico Macheda. Aku rasa andai Ronaldo adapun perlawanan semalam akan lebih nampak sebagai ‘exhibition game’ kerana dia mesti asyik nak tayang skill.
Dipihak Malaysia aku harapkan biarlah ada sedikit tentangan yang mana tidaklah kene kitai 6-0 macam dulu sampai Fabien Barthez pun boleh naik keatas. Walaupun aku nih penyokong kuat Manchester United, semangat patriotisme tu tetap ada dan bila melihat Amri Yahyah berjaya memperdayakan Van der Sar serta kemudian memanfaatkan sebaiknya kesilapan Ben Foster maka sebagai rakyat Malaysia aku turut bangga.
Aku harap Malaysia jangan terlalu bangga dengan keputusan daripada perlawanan pertunjukan ni, bukan apa takut nanti hanyut dibuai pujian sebagaimana skuad-skuad terdahulu. K.Rajagopal pun harus belajar atas apa yang berlaku kepada B. Sathianathan sebelum ni. Terima kasih buat pemain senior seperti Amri Yahyah yang bijak menghidu peluang serta Norhafiz Zamani Misbah yang tenang di benteng. Kehadiran mereka-mereka ini yang membuat barisan pemain muda semakin berani dan tidak terlalu menghormati lawan.
Secara keseluruhan perlawanan malam tadi tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada skuad negara cuma bolehlah kita katakan ada sedikit harapan yang mungkin boleh kita harapkan dari barisan muda K. Rajagopal. Perlawanan kedua yang akan berlangsung Isnin ini umpama satu bonus kepada skuad kebangsaan. Pastinya Man utd akan lebih berhati-hati dan ini peluang baik untuk barisan muda negara buktikan keupayaan mereka sekali lagi.
Dalam aku tengah baca komen Alex Ferguson tentang perlawanan semalam di Internet tiba-tiba laptop aku mati dan tak boleh dihidupkan lagi. Adeh…! habis segala khazanah yang aku simpan dalam tu. Hari ini aku sibuk mencari laptop baru dan akhirnya berkenan dengan HP Compaq, terus sambar satu.. itu yang boleh online dan teruskan update blog. Dah namanya blogger kan….
Related posts:
- Piala Malaysia dan aku Malam ini menjadi penentu siapa yang bakal dinobatkan sebagai...
- Perihal Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina “Ahmad, Nanti you naik atas ya, ambil you punya...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















fuh..tu dia…dah muncul dah..aku ingatkan mana menghilang…laptop rosak rupanya..hehe..jgn risau…aku yakin man u menang besar esok…diorang alpa time lawan malaysia smalam….hehe
Mindaku Di Sini’s last blog post..Perkara paling payah kalau nak buat blog
oooo ada laptop baru…hehehehe…lepas ni tak der masalah lagi…aper2 pun ader improvement untuk team malaysia
aku uka tengok gol malaysia aje..lawa dua-dua gol tu..