Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank


Ditulis pada March 16, 2009 – 1:16 pm | Oleh nuaeman
Share

Tak tahu apa nak cakap semalam bila melihat pasukan aku di perkotak-katikkan di tempat sendiri. Adeh.. masih tergamam camno Manchester United boleh tewas 4-1 di gelanggang sendiri. Prestasi tengah bagus-bagus tetiba jee boleh kalah mengejut. Kalah besar pulak tuh!

Habis jee tengok perlawanan antara Manchester United dengan Liverpool sabtu lepas ramaila yang bagi sms, mesej kat YM dan ada juga yang telefon semata-mata nak perli aku akibat kekalahan memalukan Man Utd ditempat sendiri. Takleh cakap apelaa sebab aku pun memang kaki panaskan diorang kalau team diorang kalah… hehehe.

Sebagai salah seorang penyokong setia yang telah lama meminati pasukan ni termasuk pernah menjadi ahli kelab One United satu ketika sememangnya kekalahan semalam agak pedih untuk diterima. Segalanya bagai tak kene untuk pertahanan United. Mungkinkah sebab dah berhempas pulas bertahan masa lawan Inter Rabu lepas sampai tak larat nak kejar si Torres dan Gerrard. Aku nampak yang bertenaga dan on-form semalam cuma Tevez, Rooney dan Park Ji Sung. Ronaldo pun dikawal rapi. Dua lagi pemain tengah Carrick dan Anderson nampak kurang berfungsi. Malang buat Vidic yang baru dicalonkan pemain terbaik musim ini bila menjadi petualang untuk gol pertama juga mengakibatkan kekalahan lebih besar bilamana dikenakan kad Merah. Arghh.. Apapun aku masih positif dan mereka masih berpeluang merangkul kejuaraan. Jika tengok pada sejarah dua musim lepas mereka pernah kalah dengan Arsenal tempat sendiri dan tempat lawan semasa musim 2006/2007 kemudian dimalukan dengan cara sama oleh Manchester City musim 2007/2008 tetapi tetap jadi Juara Liga. Jadi apa nak heran tak menang dengan Liverpool musim ni kan.. heheheh

Tengah-tengah hiba semalam aku cuba check akaun clickbank aku. Ahah! ada juga berita yang menceriakan aku apabila satu lagi jualan berjaya dihasilkan. Tak banyak mana komisennya.. cuma $33.88 jee.. oklaa.. kira ada hasil juga dari apa yang aku pelajari melalui produk Puan Lisa tu.. Modal dah lama balik dah pun..  Alhamdulillah.. lagipun lama juga aku tak upload video. Kiranya video lama-lama yang tersimpan di Youtube masih lagi boleh memberikan sales.

Sales terbaru ni buat aku kembali bersemangat untuk terus mempraktikkan teknik video markting dan tentang kekalahan Man Utd aku rasa ok jugak untuk mengembalikan momentum mereka. Mungkin sabtu lepas diorang terlalu yakin kot.. heh..

I Hate Liverpool!! <—- Ayat Rooney nih.. :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kita tak selamanya diatas.. (Susulan kekalahan Man Utd)
  2. Jualan Pertama di Clickbank dengan Teknik Pakej Video

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 21 Responses to “Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank”

  2. By zariel on Mar 16, 2009 | Reply

    dh 2 tahun rasanya aku ada akaun clickbank tp aku biarkn je sbb tak tahu cmna nk guna.. hehe… leh ajar aku tak bro?

    [Reply]

  3. By |1f34|-|1r3 on Mar 16, 2009 | Reply

    hehe..rilex john…kalah menang adat pertandingan…mmg btol last skali yg penting ujung season nyer result..tp sementara ni…kutuk dulu sepam…haha…aku pon tak sangka man u kalah camtuh skali….kt old trafford plak tuh..aduh !

    |1f34|-|1r3’s last blog post..Terjemahan dari Siri Bercakap Dengan Alien (Live in Planet F)

    [Reply]

  4. By rohaizad on Mar 16, 2009 | Reply

    Ada orang tu tadi panas bila aku “bakor” dia. Hahahahah…. aku budak Liverpool. Dari dulu lagi memang aku nak malukan MU kat gelanggan diaorang…!!!

    4-1 plak tuh…. buat malu kompeni jer… har..harrr.. harr…

    [Reply]

  5. By catzer on Mar 17, 2009 | Reply

    Letih gile aku jadi tukang sms berapa gol dah masuk kat kawan aku yg dok tgh siap2 nak jadi pengantin..ooo..lupe nak sms kat ko erk..apapun biasalah sesekali kalah biarlah di ingati bahawa kegagahan MU tidak mungkin kekal lama..hahahaha..suke aku wei.

    catzer’s last blog post..Spammer Jual Email

    [Reply]

  6. By Shaffik on Mar 17, 2009 | Reply

    Nak buat cam maner kan…resultnye pun dah keluar..tu laa aku suruh sokong The Gunners tak nak…hehehehehhehe…congrater dapat sales lagi kat clickbank..

    Shaffik’s last blog post..Yahoo! Aku Menang!!!

    [Reply]

  7. By eyeman on Mar 17, 2009 | Reply

    tahniah nuaeman. bukan senang tu nak jana duit dari clickbank..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    Insya_Allah boleh.. tapi aku pun bukanlah master sangat clcikbank nih.. masih cuba2 sebenarnya..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    Itulaa teruk tu kalah.. adeh.. pedih.. pedih..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    Takpa.. masih lagi di puncak dan ada harapan untuk muncul juara.. dan menang 5 piala musim nih.. heheh

    [Reply]

  11. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    Mekaseh mr eyeman.. tan.. eyeman ni memang dot biz kee atau sebelum nih dot cc kan..?

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    takpo.. sabar.. sabar…

    [Reply]

  13. By nuaeman on Mar 18, 2009 | Reply

    Gunners..? apa barang.. cam nak manopous jee team tuh… hehehe.. jangan mare… gurau jee..

    [Reply]

  14. By samdaddycool on Mar 19, 2009 | Reply

    . sungguh irihati dengan clickbank itu… Aku masih lum ada rezeki…

    samdaddycool’s last blog post..Bloggers POYO?

    [Reply]

  15. By Richie on Mar 22, 2009 | Reply

    huwaaaa!! malam tadi kalah lg

    Richie’s last blog post..Khasiat Air Barli Mendatangkan Kebaikan

    [Reply]

  16. By artzLEEN on Mar 24, 2009 | Reply

    i HATE LiverFOOL too…… =’(

    artzLEEN’s last blog post..PLEO – The Robotic Wonder Pet!!

    [Reply]

  17. By nuaeman on Mar 24, 2009 | Reply

    Huwaa….

    [Reply]

  18. By nuaeman on Mar 24, 2009 | Reply

    Huhu.. pastikan impian mereka musnah untuk merangkul juara..

    [Reply]

  19. By artzLEEN on Mar 24, 2009 | Reply

    kta tak mampu buat ape2…
    juz tggu & lihat… :)

    [Reply]

  20. By Sharkey on Mar 27, 2009 | Reply

    Salam..betul tu apai…aku pun penyokong kuat MU. kita tengok sapa yang kantoi..

    [Reply]

  21. By j_hafiz on Mar 29, 2009 | Reply

    ha3. syok post nih. klo yang fanatik, best la kutuk2 kt sni.ha3. saya chelsea. tp syok tgk lvpool maen aritu. lvpool ade can agi nk beat man u utk juara liga thn ni. wait n see yea…he3

    j_hafiz’s last blog post..Testing AW Survey

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 24, 2009: Hingar Bingar Manchester United Kalah

Post a Comment

CommentLuv badge