Apa bestnya menonton Bola Sepak?
Ditulis pada December 14, 2008 – 7:39 pm | Oleh nuaeman Share
Aku bukannya nak cerita pasal perkembangan bola sepak Malaysia yang sememangnya semakin lama semakin melingkup dan tenggelam tapi sekadar berkongsi cerita tentang aktiviti hujung minggu aku. Salah satu darinya adalah menonton perlawanan bola sepak dan tentunya perlawanan yang menjadi pilihan aku adalah yang membabitkan Man Utd. Mungkin lain hari aku boleh cerita kenapa aku begitu setia dengan sang “Iblis Merah” ni sejak dari kecil lagi.
Bagi yang tertanya-tanya apa bestnya menonton bola sepak terutamanya para isteri yang tidak langsung meminati bola sepak dan geram tak dapat menonton siaran lain kerana terpaksa akur dengan minat sang suami maka aku akan berikan sebahagian sebabnya. Mungkin pada mereka buat apa sebiji bola direbutkan oleh 22 pemain , bagi jelah setiap sorang satu biji bola. huh! Jadi ini antara yang membuatkan Bola Sepak begitu istimewa ditonton..
1. Seni
Apa seni yang ada pada bola sepak? Ok. Skill individu yang dipamerkan oleh pemain-pemain ulung. Apakah itu tidak boleh dikategorikan sebagai penuh berseni? Kita tengok video nih..
2. Gol
Ini salah satu kepuasan bila menonton perlawanan bola sepak. Lebih best bila gol itu dihasilkan oleh team yang kita sokong. Kemuncak kepuasan apabila gol itu berjaya membuatkan satu-satu team yang kita skong itu menang. Lagilah kalau gol-gol itu terdiri dari gol hebat macam nih..
Tapi kalau takde gol bengang jugak. Macam game Man utd dengan Spurs tadi malam. sampai pukul 3.30 pagi takde gol.. apa kes? Mata aku juga yang lebam kerana berjaga malam..huhu
3. Drama/Lawak/Aksi/Ngeri
Menonton bola juga kadangkala macam menonton sebuah cereka . Ada drama, ada lawak, ada aksi. ada juga lagak ngeri. Kalau tak takkan ada yang ter’emo’ hingga bergaduh kerana bola sepak. Adakala ianya boleh buat kita tersenyum atau tergelak sendiri. Macam sesetengah adegan dalam video ni.
Okeh, ini hanyalah sebahagian sebab tapi apa yang pasti semuanya datang dari minat. Kalau dah memang minatkan.. macam juga sang isteri yang minat nak tengok cerekaramalah, sehati berdansalah, AF, Raja Lawak dan pelbagai lagi.. jadi paham jugalah minat sang suami ye
Entri Berkaitan:





41 Responses to “Apa bestnya menonton Bola Sepak?”
By menteil on Dec 14, 2008 | Reply
hehe.. dah lama aku tak tengok video bola nie..
paling aku suka video satu minit 1:02
susah gak nak wat tu..
hehe
video lawak tu memang sengal jer.. haha..
menteil’s last blog post..Bertegas Baru Nak Waras!
[Reply]
By hafiz on Dec 15, 2008 | Reply
macam2 style orang main bola ek…zaman bola sepak ku sudah hambar sekarang..oh!
[Reply]
By Taukey on Dec 15, 2008 | Reply
hahaha. lama dah tgk main bola. tatau sapa plak menang. sapa plak kalah. hehehehe
[Reply]
By titan on Dec 15, 2008 | Reply
ni yang rasa nak main bola esok nih..
[Reply]
By Callister on Dec 15, 2008 | Reply
masa mula2 dulu aku tgk bola sb bf aku kaki bola..
tapi lama2 baru aku rasa tgk bola memg best..
sebab??
goal..
kalo game 2 xda goal,memg aku jadik bosan..
skill..
kdg2 terpegun dgn skill derang..
walaupun bola 2 bulat tp still derang leh kawal bola 2 mcm bola 2 petak..
keke..
Callister’s last blog post..Keys and worm
[Reply]
By mazuki selangor2u on Dec 15, 2008 | Reply
sib aku tak pegi tgk semalam game man u….lepas game liverpool terus balik tidoooo…
tapi aku penyekong arsenal
mazuki selangor2u’s last blog post..Masalah Dengan Celcom Broadband??
[Reply]
By Rizal on Dec 15, 2008 | Reply
tambah lagi satu… kepuasan menjerit ketika gol dijaringkan oleh team pilihan…haha (sambil lepas tension la tuh)…
[Reply]
By samdaddycool on Dec 15, 2008 | Reply
Aku tak minat bola.. kalau world cup ke, EURO ke, EPL ke, aku buat dek… (walaupun umah aku sewa dulu 2 minit je drive.. MU, Arsenal, Chelsea turun lwn Pompey).. sekalipun aku tak pernah gi stadium….
Mesti korang kata rugi kan?
samdaddycool’s last blog post..Sincere smile
[Reply]
By Blog Buat Duit on Dec 15, 2008 | Reply
satu lagi ko perlu tambah..mmm..perlu ker?
kehemseman pemain dia..tue kalau blog nie..blog pompuan huhuhu
Blog Buat Duit’s last blog post..Mitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet
[Reply]
By chuckiesd on Dec 15, 2008 | Reply
hahahaha..aku suker tgk yang part lawak tu…kesian pengadil tu …tak pasal2 kene rembat…hahahahahhaha
[Reply]
By shaxx on Dec 15, 2008 | Reply
tanya sket. threaded comment ni guna plugin apa? thanks
shaxx’s last blog post..New Year… New What?
[Reply]
By KampungBoy on Dec 15, 2008 | Reply
Hai…kalau nak bilang cite psai bola sepak msia mmg haru r jawabnya….kejap aje naek, kejap ag turun balik. Neway, MU is the great. Hoho…
[Reply]
By Kujie on Dec 15, 2008 | Reply
owh….. anti Mu!
Kami sekeluarga Liverpool. Tgh sarat mengandung anak sulung pun masih ke stadium tengok bola.
Kujie’s last blog post..Hari Bertemu Pelanggan – Vol 2
[Reply]
By ezad on Dec 15, 2008 | Reply
Nampaknya blogger kena ada team bola sepak camni atau team utk futsal..hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Eh.. video satu minit tu yang mana yek meintel? hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Kamu main utk team mana Hafiz?
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Dulu ko tengok bola mana taukey.. tempatan ke antarabangsa..?
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Bukan ko minat badminton ke titan?
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Tak sangka ko pun minat bola sepak.. hehe.. ko tak main sekali ke?
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Arsenal kee.. aiseh.. musuh ketat tu.. tapi season ni Arsenal tak mengancam lah.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Itu kalau masa time-time study dululaa. tengok ngan kengkawan satu umah. Tapi skrg tengok sensorang takde dah nak menjeritnya..
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Ye laa Sam.. tapi tiket mahal gak kan kat sana.. apapun stadium still penuh
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Haha.. sapa yang tengok dr segi kehenseman tu.. biasanya yang hensem ni player2 italy
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Aku kesian player Newcastle tu.. yang kene rembat dengan team sendiri.. wakakak
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Yang commentluv ni ke shaxx?
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Wahh Man U gak kee.. ? Hehehe..
[Reply]
By nuaeman on Dec 16, 2008 | Reply
Aiseh Kakjie Liverpool yee.. geram ngan Liverpool season nih.. liat nak dikalahkan.. huhu..
[Reply]
By Callister on Dec 15, 2008 | Reply
haha..xmain skali la..
mana reti wey..
Callister’s last blog post..Keys and worm
[Reply]
By shaxx on Dec 15, 2008 | Reply
yang untuk reply ni…
shaxx’s last blog post..Post and Get Paid
[Reply]
By samdaddycool on Dec 16, 2008 | Reply
… stadium memang penuh, sampaikansyarikat tv berbayar terpaksa bungkus pasal orang tak tgk bola kat tv (sky) tv, pada waktu yang sama , senario di Malaysia lain pula.. siaran langsung terpaksa ditukar kepada siaran tertunda bagi mengelakkan stadium kosong..
samdaddycool’s last blog post..Shoes thrown at Bush on Iraq trip
[Reply]
By mazuki selangor2u on Dec 16, 2008 | Reply
kita orang arsenal la bro…huhu tapi xkesah tak mengancam…janji menang ngn man u aritu…walaupon permainan agak hambar…hampeh tol
[Reply]
By taukey on Dec 16, 2008 | Reply
masa sekolah rendah dan menengah tgk sikit sikit jer bola sepak tempatan. lepas aku habis belajar dan tengah menganggur aku tgk EPL. lepas tu minat tgk EPL jer. Sekarang astro aku dah takder aku tak tgk dah sekarang. baca newspaper jer la jwbnya
taukey’s last blog post..Jom Tingkatkan PR Blog Anda
[Reply]
By abdfatah on Dec 16, 2008 | Reply
tak best pun tengok bola… sepak bola pun tak best. bebola sotong best laaa…
[Reply]
By nuaeman on Dec 17, 2008 | Reply
Team bola..? ko laa jadi kapten zad.. heh
[Reply]
By nuaeman on Dec 17, 2008 | Reply
Rasanya aku download commentluv punya plugin jee
[Reply]
By nuaeman on Dec 17, 2008 | Reply
Malaysia ni buat siaran langsung pun orang tak tengok..
[Reply]
By nuaeman on Dec 17, 2008 | Reply
Cit! itu yang tak best tu.. camne bleh kalau ngan budak hingusan.. heheh
[Reply]
By nuaeman on Dec 17, 2008 | Reply
Bebola sotong? bebola ikan.. best tak.. apa-apa ajelaa ko fatah
[Reply]
By samdaddycool on Dec 17, 2008 | Reply
Aku tetap sokong Pompey!!!!
samdaddycool’s last blog post..Cooking oil vs Engine oil
[Reply]
By Sweet Thinker on Dec 17, 2008 | Reply
tonton bola la best. tp akoo xnk masuk stadium. yg kagum skang. pemain oz tue. ppuan. baling bola. sgt akrobatik n fantastico cpanel. hee!
Sweet Thinker’s last blog post..Ukuran Iman Dari Pemakaian
[Reply]
By titan on Dec 17, 2008 | Reply
hoho..aku minat semua sukan. termasuklah netball..
[Reply]