Upin dan Ipin Kembali..!
Ditulis pada September 1, 2008 – 1:35 am | Oleh nuaeman Share

Ahah! dalam aku berjalan-jalan kat ruang maya lepas subuh tadi aku melawat ke Blog Les Copaque sebab nak tahu apa cerita dengan nasib dua budak botak yang menghiburkan hati orang dewasa dan juga kanak-kanak pada bulan puasa tahun lepas. Siapa lagi kalau bukan si Upin dan Ipin. Bukan sahaja terhibur dengan gelagat mereka bahkan kartun ni mengimbau kenangan kita zaman kanak-kanak.

Nampaknya tahun ini mereka – mereka yang merindukan kemunculan dua adik beradik ini akan dapat menyaksikan kembali gelagat mereka di kaca TV dengan musim baru berjudul Upin dan Ipin Setahun Kemudian. Sekali lagi TV9 diberikan hak menayangkan siri ini yang keudara pada jam 7 malam setiap Jumaat hingga Ahad. Aku rasa iklannya dah mula dimainkan kat TV. Dibawakan khas oleh Colgate-Kayu Sugi.
Khabarnya mereka berdua dah bersekolah tahun nih.. aku bukan sahaja tertarik dengan animator yang cukup kemas dari Les Copaque nih tetapi jalan cerita kartun ni ada mesej tersendiri. Sesuai sangat untuk kanak-kanak apalagi orang dewasa. Sampai ada kawan dekat Indon pun mintak tolong carikan CD dia tapi pada aku nak download terus ke Komputer pun boleh sebab kat Youtube banyak yang upload siri ni. 6 episod yang ditayangkan tahun lepas rasa macam tak cukup jee.. mana taknya satu episod cuma setakat 5 minit jee..

Untuk mengetahui apa pulak yang akan disampaikan dalam episod kali ni.. sama-sama kita nantikan Jumaat nanti. Nampak macam gelap sikit budak dua orang ni tetapi masih cute dan comei .
Tengok jangan tak tengok.. tapi jangan sampai lupa berbuka ngan solat magrib lak! Heh!
Entri Berkaitan:























16 Responses to “Upin dan Ipin Kembali..!”
By Mohd Hafifi on Sep 1, 2008 | Reply
hoho..ini amatlah dinanti-nanti..mmg syok cite ni..
[Reply]
By Kujie on Sep 1, 2008 | Reply
Dulu-dulu kita tengok “Rumah kedai” ttp skrg mmg tunggu Upin dan Ipin.
[Reply]
By abdfatah on Sep 1, 2008 | Reply
wahahahaaa… sudah mendapat liputan terkini upin dan ipin rupanya… tengok jangan tak tengok…
[Reply]
By kakeru on Sep 1, 2008 | Reply
Hurm…suka tengok citer nih…memang comey…cute… Teringat zaman kanak2 dulu, lebih kurang camnih la gaknyer..haha..
[Reply]
By KNizam on Sep 1, 2008 | Reply
cam best je katun ni hehe
[Reply]
By ijamidayu on Sep 2, 2008 | Reply
cerita serta grafik dia memang power..
Apa pun kena tengok nie..
[Reply]
By abdfatah on Sep 2, 2008 | Reply
belum tayang lagi dah heboh nih… pastinya takkan dilepaskan peluang untuk downloadnya… belum tayang lagi dah nak download ke?
[Reply]
By nuaeman on Sep 2, 2008 | Reply
haha.. nak download kat mana fatah.. lepas tayang baru leh download heheh..
[Reply]
By rohaizad on Sep 2, 2008 | Reply
kalau engkau nak tahu, aku memang suka giler citer nie. nak-nak bila anak sedara datang rumah berbuka .. fuhh.. meriahnya… kelakau plak tuh
[Reply]
By Anas on Sep 5, 2008 | Reply
Website official Upin&Ipin with videos, uploaded after the premiere on TV9. Also available, wallpapers, avatars.
[Reply]
By syafiq on Sep 5, 2008 | Reply
cte mmg ak tggu2….tp cm ktorg dok hstel nk download ktne ek????
[Reply]
By nur fadzrina on Sep 6, 2008 | Reply
saya fadzrina boleh panggil fadz.cerita upin dan ipin ni best mcm gelagat adik adik saya kekadang dah buka puasa pun diorang nak tengok cerita upin dan ipin.saya suka giler dengan citer ni lagi2 ada tetamu lagi meriah
[Reply]
By muhafis on Sep 6, 2008 | Reply
hehe.. ak pun ade gak bwat cite pasal upin & ipin kat blog..
ak suke gler tgk katun nie.. smpai
ak convert format sng nak msuk empon..
weee~
[Reply]
By ana on Sep 12, 2008 | Reply
upin dan ipin best
[Reply]
By acap_89 on Sep 19, 2008 | Reply
mmg best la cite ni……sape yg pndai sgat bt filem ni….
[Reply]