Ucapan SMS Raya 2009
Ditulis pada September 6, 2009 – 10:27 am | Oleh nuaeman Share
Entri ini bukanlah bertujuan untuk membuat ucapan raya sebenarnya tetapi hanya ingin mengabadikan dua ucapan yang telah aku reka bagi contest Ucapan Raya Original Yang Kreatif yang dianjurkan di Selangor2u.com. Tak susah mana pun contest tu yang mana kita cuma dikehendaki membuat ucapan ringkas yang kreatif pada ruangan komen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hadiahnya pun boleh tahan tetapi untuk aku hadiah itu perkara kedua cuma nak memeriahkan suasana sahaja. Teringat pulak contest yang aku sendiri anjurkan iaini “Aku dan Ramadhan“. Agak sejuk penyertaan pada tahun nih. Berikut adalah dua penyertaan dari aku. Kreatif ke?? itu juri mereka yang nilaikan…
Ucapan pertama ( kurang serius..)
Satu Syawal Menjelma lagi
Ucapan Dikirim Pengganti diri
Nak pergi beraya dah tak berani
Takut dijangkiti Selsema babi.
Salam dihulur Maaf Kupinta
Moga diberkati di hari Mulia
Andai kau masih berhajat nak beraya
Janganlah lupa pakai topeng muka
Ketupat,Rendang,dodol dan kuih suji
Hidangan raya yang sudah pasti
Bukanlah bermaksud diriku ini takut mati
Cuma berhati-hati demi semua dan pastinya famili
Ucapan dah kukirim, Kemaafan dah kupohon
Sebarang terlanjur kata harap diampun
Disini kusertakan sekali maybank akaun
‘Bank in’kanlah duit Raya ku tak kisah berapa pun amaun! ![]()
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Ucapan Kedua ( serius sikit..)
Fitrah kita sebagai manusia
Takkan lari dari lakukan kesilapan
Dalam kehidupan seharian
Tak semua orang mampu terima apa lidah tuturkan
Tak semua orang mampu tersenyum atas segala gerak perbuatan
Tanpa sedar ada diantaranya yang bisa mengguris perasaan
Dari itu
Di Hari yang mulia ini
Beribu kemaafan kupohonkan
Andai lidah ada terlanjur bicara
Andai perbuatan pernah buat hatimu terluka
Percayalah segalanya berlaku tanpa sengaja
Atas kelemahanku sebagai seorang manusia
Selamat Hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan Batin
Andai sesiapa ada ucapan-ucapan yang pernah direka atau mempunyai idea yang menarik untuk diterjemahkan marilah sama-sama memeriahkan contest ini. Mana tahu berpeluang tambah duit raya!
Entri Berkaitan:























3 Responses to “Ucapan SMS Raya 2009”
By megat on Sep 7, 2009 | Reply
semoga mendapat lebih barakah kpd blogger sekalian yang anjurkan contest tersebut. mungkin ini salah satu cara kita beribadah melalui blog selain menulis.
erk? aku lupa pula psl contest tu. sepatutnya entri aku sebelum ini psl kemalangan dah menjurus kpd penyertaan tersebut hu3.
ps – tajuk mesti nak kena “aku dan ramadhan” ke?
[Reply]
By nuaeman on Sep 7, 2009 | Reply
Tajuknya tu.. boleh di ubah ikut kreativiti tetapi tak lari dari mesej aku dan ramadhan macam kak jie dulu tajuknya Ramadhan dalam hidup saya. masih kena dengan syarat.
[Reply]
By samdaddycool on Sep 8, 2009 | Reply
.. Dua-dua ‘contest’ aku belum masuk lagi. Tengah sibuk online offline..
[Reply]