Tahap Ghairah Berblog


Ditulis pada July 6, 2008 – 12:54 pm | Oleh nuaeman
Share

Cuaca hari ahad di JB pada minggu ni tak jauh beza dengan minggu sebelumnya, keadaan macam ni adalah lebih elok untuk habiskan masa dirumah tapi ada satu jemputan majlis perkahwinan untuk aku.. kena pergi tu.. Hari ni pun berlangsungnya karnival “Jom heboh” di danga, JB. Aku tak pernah pergi pun.. walau sekali, tak kiralaa jom heboh kee atau namanya sebelum ni sure heboh sebab pada aku kalau dah pergi.. sure kecoh, bersesak-sesak macamlaa ada durian runtuh.. tapi apapun itulaa tabiat orang kitakan.. pantang ada event-event camni.. huhu.. sure penuh dan sesak.. hari ahad lak tu.

Agak berbeza semasa aku di LA, suasana ahad disana tak terlalu sibuk kerana ramai diantara mereka yang lebih prefer duduk kat rumah untuk berehat kerana Isnin dah mula start keje balik.. biasanya sabtu ahad shopping complex pun tutup awal dari biasa.. kira-kira jam 7.30 malam. Pernah sekali tuu lepas aku berjalan sekitar bandar torrance aku singgahlaa kat satu shopping complex kat sana.. tapi dah lepas pukul 11 pagi masih tak buka-buka then aku cubalaa tanya orang kat situ.. jawapannya.. “memanglaa.. tak buka hari nikan.. hari easter.. ” owh.. baru aku tau.. hehe.. berbezakan.. kita kat sini tak kira hari perayaan apapun pasaraya masih buka cam biasa.. malah kadang-kadang tu… tutup lebih lama dari biasa..

ahah.. ada satu benda lagi aku nak share dalam kita bersantai hari ni.. benda ni pun just for fun.. trylaa tengok sejauh mana keghairahan atau ke”gian”an korang berblog.. ada 14 soalan kuiz yang perlu dijawab dan kemudiannya dia akan berikan keputusan berdasarkan jawapan yang telah diberikan.. nak test boleh test.. tak kena bayar pun.. dan ini adalah hasil yang aku dapat.. huhu..

81%How Addicted to Blogging Are You?

OnePlusYou Quizzes and Widgets

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Tahap Pembaca untuk Blog Nuaeman..
  2. Blog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 9 Responses to “Tahap Ghairah Berblog”

  2. By nasrun on Jul 6, 2008 | Reply

    Tak pernah sampai LA.. best dapat pegi sana yer.

    [Reply]

  3. By samdaddycool on Jul 7, 2008 | Reply

    LA… best tak kat sana… aku tak kesampaian nak gi big apple aritu….
    …nanti aku ada masa aku nak try jawab survey tu… jap lagi nak gi niaga… nak jumpa aweks2 – regular customer aku … :)

    [Reply]

  4. By nuaeman on Jul 7, 2008 | Reply

    Dah lama dah aku pi sana.. memang best LA.. kat sanalaa ada Universal Studios, hollywood, Disneyland.. ish.. kalau ada terlebih duit nak gak bawak anak bini aku pegi sekali lagi.. huhu..

    [Reply]

  5. By titan on Jul 7, 2008 | Reply

    aku paling jauh pun INdon dengan Australia..haha..tapi aku rasa paling jauh aku akan pergi. Mekah dengan Madinah je kot..

    [Reply]

  6. By Chuckies on Jul 8, 2008 | Reply

    Biler laa gamaknyer dapat gi LA…Australia ker…tunggu dapat durian runtuh kot…

    [Reply]

  7. By samdaddycool on Jul 9, 2008 | Reply

    LA sama cuaca cam california ? atau 4 season?

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jul 9, 2008 | Reply

    aik.. bukan LA kira dekat calirfornia gak ke sam.. :) tapi apapun sebenarnya bila pegi negara orang ni yang bagusnya kita dpt tgk keadaan dan budaya kat sana.. melancong tu kira sambil menyelam minum air.. sebab aku pegi mana2 pun atas dasar kerja… bila weekend jee.. ambik masa sikit pi jalan2

    kat sana pun tak lama.. dekat 2 bulan jee.. lainlaa ko sam.. 4 tahun kat UK kan.. :)

    semua company bayar.. hehe.. sebab tu aku kata kalau ada duit terlebih nak juga bawak anak bini jalan2.. kalau terlebihlaa..

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Jul 13, 2008 | Reply

    oooo ko gi sana company bayar.. best apa… mmg banyak air yg dpat diminum ketika menyelam….

    aku duk UK 4 tahun.. bosan tahap cipan! mmg tak best. Kalo gi sana sebulan pon , aku rasa korang mesti bosan… lainla kalo gi 2 minggu utk jalan2 je.. (tapi kalo bawak duit 2 briefcase..lain cite laa)..

    [Reply]

  10. By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply

    nanti kumpul-kumpullah hasil blogging insyaallah boleh bawak family ke sana,mat :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge