Seronok dan tak seronoknya Raya…


Ditulis pada September 26, 2008 – 4:51 am | Oleh nuaeman
Share

Hari ni dah 26 Ramadhan. Wah.. tinggal 4 hari saja lagi Ramadhan nak ditinggalkan. Sedih jugak, tak tau lagi sempat ke tidak untuk bertemu Ramadhan akan datang. Terlalu cepat masa berlalu.. rasa macam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa. Tup tup dah nak Raya.. kat office aku sekarang  pun semua dah  dalam mood Raya. Kerja pun dah takde ape sangat  tinggal tunggu nak balik jee nih.. . Tiap-tiap tahun macam tu lah kan.. bila tinggal beberapa hari nak menyambut Syawal dia punya perasaan  dan suasana tu lain macam sikit. Ada yang seronok dan tak kurang juga yang sebaliknya.. jom kita cuba selami satu persatu

Seronoknya Raya…

…Bila Ianya merupakan tahun pertama bagi seorang kanak-kanak yang baru nak mengecapi nikmat hari raya. Bermula dengan percubaan berpuasa kemudian meriah dengan permainan mercun serta bunga api dan kemuncaknya adalah mengumpul duit raya. Kalau boleh semua kampung mereka nak masuk bagi menambah collection.. heh!

…Kalau anda merupakan pasangan yang sedang asyik bercinta. Malam-malam raya dok bergayut lagi.. terasa indah sangatlaa masa tu . Kalau umah tak jauh atau duk satu kampung dah tentu raya pertama pegi umah buah hati dulu. Berbunga-bunga jee hati time-time raya. ceh!

…Bagi Seorang perantau yang dah terlalu lama tak pulang ke kampung samada kerana tanggungjawab kerja ataupun disebabkan melanjutkan pengajian ke luar negeri. Bila dapat peluang balik kampung  time raya dah tentunya amat menyeronokkan. Maklumlah sekian lama tak merasa masakan emak dan juga memohon ampun di pagi raya.

…Bilamana mereka yang bergelar ibu bapa dan sedang meniti hari tua.. mendapat tahu kesemua anak cucu akan pulang ke kampung Raya nanti. Tak kisahlah rumah tu nanti macam nak runtuh jadinya dengan gelagat cucu-cucu. Hati mereka dah tentu gembira. Dah tentu banyak yang akan disediakan untuk menanti kepulangan insan-insan yang bermakna didalam kamus hidup mereka.

Tak Seronoknya Raya…

…Bagi seorang yang salah menggunakan kreativiti yang telah dikurniakan dan akhirnya menjadi mangsa mercun buatan sendiri . Lebih parah bila nak menyambut raya tanpa jari. Adei!

…Sekiranya menjadi pasangan kekasih yang baru putus dan belum ada pengganti.. hehe.. Kalau sebelum ni malam raya bergayut sampai pagi tapi bila dah jadi camni terpaksalah tenung langsir takpun pelita raya kat luar umah tu sampai lena. Pagi raya pun lepak kat umah jee.. kuciwalaaa konon.. poodah!

…Bila terpaksa bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab kepada majikan takpun tak dapat balik kerana berada di perantauan. Tambah sedih kalau yang tak dapat balik sebab tiket-tiket bas semua sold out. Huhu..

…Andaikata raya nanti menjadi tahun pertama beraya tanpa IbuBapa atau orang-orang tersayang disebabkan mereka telah pergi dijemput ilahi. Raya akan terus dirasa hilang serinya.. :(   Kalau sebelum ni  aktiviti dipagi raya berkumpul memohon ampun di rumah maka kali ni bertukar pula lokasinya di Pusara.

…Bagi pasangan Ibubapa yang mendapat tahu anak cucu mereka tidak dapat pulang beraya Syawal nanti. Hari raya menjadi sunyi untuk mereka. Ketupat dan Rendang bagai tidak ada siapa yang ingin menjamahnya. Air mata menjadi peneman di pagi Raya.

Mungkin banyak lagi episod suka dan duka dalam menyambut kedatangan Syawal yang aku tak dapat nyatakan disini. Bagaimana pulak dengan korang? Sebelum terlupa adalah lebih elok aku mengucapkan…

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

untuk semua pembaca blog ni.. :)

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Raya pun ada TAG?
  2. Lawak Seram Hari Raya: Pocong!!
  3. Iklan Raya TM 2009
  4. Ucapan SMS Raya 2009
  5. Layan Iklan Raya Petronas

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Seronok dan tak seronoknya Raya…”

  2. By megat on Sep 26, 2008 | Reply

    banyak juga yang tak seronoknya eh.

    kena kerja time raya, sekali je berlaku dalam hidup aku huhu. putus cinta banyak kali huhu, time rayalah dapat tahu ada pasangan lain (yang ini byk tinggalkan memori time rasa huhu).

    selamat hari raya! pohon maaf jika ada salah silap.

    [Reply]

  3. By Mohd Hafifi on Sep 26, 2008 | Reply

    bdk2 skg ni kreatif sungguh buat mercun..sampai putus jari kena mercun buatan sndiri tu..dorang ni tak amik iktibar dari kejadian sebelum ni..

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..Maaf andainya ada salah dan silap

    [Reply]

  4. By famia on Sep 26, 2008 | Reply

    seronoknya raya pasal…
    - boleh anyam ketupat, burasak, ketupat palas
    - boleh masak ramai-ramai sekampung
    - boleh pasang pelita malam raya
    - boleh makan kuih raya
    - boleh jumpa sedara mara bugis jauh yang tak pernah tahu kewujudan mereka
    - tak payah nak susah2 update blog. haha.
    - dapat berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara serumah.. makan ramai-ramai.. gelak ramai-ramai..
    - dapat berebut bilik air dengan sedare mare..
    - boleh ambil gambar rayaa. yahuuu…~~

    tak seronoknya raya pasal…
    - kena drive balik johor.. abislah.. tol + minyak.. tol + minyakk..

    selamat hari raya pacik!

    [Reply]

  5. By izzah on Sep 26, 2008 | Reply

    anggap je semua positif. hari raya ialah satu masa untuk kita bersama dengan yang tersayang. setahun sekali tu. selamat hari raya kepada semua yer..

    [Reply]

  6. By Mr. Azman @ Kreuger on Sep 26, 2008 | Reply

    Salam… terima kasih kerana sudi berkunjung kat blog aku.
    So dikesempatan perkenalan yang singkat ni, aku nak ucapkan
    Salam Aidil Fitri yang bakal tiba tak lama lagi.

    Worait….. keep on contact and shout….
    Kreuger®

    [Reply]

  7. By tivitune on Sep 26, 2008 | Reply

    ish, teringat kisah lama dengan si dia..

    [Reply]

  8. By yonna on Sep 26, 2008 | Reply

    yang tak syoknya raya..
    bila mood dah hilang..

    selalunya bila besar ni, mood dah hilang la nk raya2 ni huhu

    [Reply]

  9. By aeropama dot com on Sep 26, 2008 | Reply

    raya sudah hilang nikmat utk aku. mungkin kerana aku sunyi atau mungkin kerana aku sudah semakin dewasa

    ps: harapan aku semoga raya kalian masih lagi meriah

    [Reply]

  10. By farahaznil on Sep 27, 2008 | Reply

    raya aku thn ni xbest..tak balik kg pun..tp ok gak tu…dan lg 1 yg tak bestnya..aku raya dgn buku thn ni..haha

    [Reply]

  11. By senapang on Sep 27, 2008 | Reply

    raya nih kureng sbb kejap sgt!!!!
    masuk ja raya ke 6 dah ada exam dah..hampeh :(

    p/s: bro nuaeman, anda di tagged..sila masuk my blog dan jwb..hehehehe

    [Reply]

  12. By Kujie on Sep 27, 2008 | Reply

    seronoknya raya… keseronokkan bila dewasa , bila bujang dan bila kanak2 tak sama….ada kelainan dlm hati

    selamat hari raya – maaf zahir & batin

    [Reply]

  13. By videousahawan guru on Sep 27, 2008 | Reply

    Ish.. banyak nyer yg tak best tu. Jangan ler cite benda2 yg tak best nak raya nie. Sedih ler..tapi hakikatnya ianya satu kenyataan. Kena bersiap sedia utk menghadapi sume tu…. Anyway, salam lebaran buat bro sekeluarga.

    [Reply]

  14. By farahaznil on Sep 27, 2008 | Reply

    Dah2..tinggal lg dua hr je nak raya..huhuhuhu…

    [Reply]

  15. By titan on Sep 28, 2008 | Reply

    haha..aku tak beli lagi baju raya ni..

    [Reply]

  16. By muhafis on Sep 29, 2008 | Reply

    nuaeman, nak dwit rayer? heheh.. =p

    [Reply]

  17. By bantingboy on Oct 3, 2008 | Reply

    hehe. yang tak seronotnya, duit habis kat minyak dan angpau..waa..dah terbang dekat 500 ratus..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled