Raya pun ada TAG?

Aku rasa macam semalam jee baru balik raya.. dah seminggu rupanye yek. Mana yang bekerja tu dah tentu ramai dah masuk balik opis ari nih. Untuk aku pulak masih lagi berehat kat rumah.. lajakkan cuti satu hari lagi untuk berkemas dan berehat. Kalau masuk ofis pun rasanya takde apa sangat lagi hari ni. Mood Raya tu masih kuat walau tak semeriah mana. Hari ni aku ingat nak settlekan hutang Tag Raya dari sorang mamat yang bergelar Senapang.Tag ni sebelum raya sebenarnya tapi oleh kerana tak bekesempatan nak jawab masa tu maka aku tangguh sehingga sekarang. Ok tanpa berlengah lagi aku cuba jawab satu persatu..

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Kalau baju melayu tu sepasang je.. itupun wife aku yang beriya suruh beli supaya sedondon dengan anak aku. Kalau ikut aku pakai baju lama ngan kain pelikat jee raya sebab selalunya time nak beli barang-barang raya ni aku lebih utamakan mak dan abah aku dulu. Kalau ada bajet lebih barulah beli untuk diri sendiri pulak. Warna pulak tahun ni wife aku ambil tema warna oren jadi pagi raya pertama tu kami anak beranak semuanya berkaler oren. Dah lebih kurang sama ngan air minuman yang dihidangkan untuk tetamu.

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Dah tentulah ketupat dan rendang. Ketupat daun palas pun aku suka gak. Semestinya semuanya disediakan oleh mak aku. Biasanya time raya umah aku memang tak pernah miss sate. tukang bakarnya akulaa.. heh. Lemang aku agak kureng sikit. Sejak kahwin ngan anak orang bugis ni.. aku baru belajar-belajar makan burasak. Depa selalu makan dengan asam pedas tapi cam tak best lak aku rasa so aku lantak ngan serondeng jee.

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Emm.. kalau dulu aku hantu kuih tart. Tak kiralaa tart bunga kaa, tart gulung ka.. asal sedap aku bedal. Sekarang ramai orang beli jee kuih jadi selalunya memang sedap dan secukup rasa. Tak cam dulu masa anak-anak dara ngan mak dara kampung rajin buat kuih. Haa.. time tu boleh jugak rasa kuih tart ataupun biskut-biskut lain yang baling kat dinding tak pecah. Selain tu aku suka jugak kuih semperit dan almond London (berpintal lidah nak menyebut huh!)

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Dah tua-tua camni.. tahyah tanyala berapa aku dapat.. konpemlaa takde punya.. cuma bila ada anak ni best sikit hehe.. pegi mana-mana bawak anak. Haa.. adalaa collection sikit. Buruk perangai kan :) . Spend untuk duit raya pulak bolehlaa.. harapnya cukup tapi nampak gayanya macam kena tambah lagi ni.. Aku kalau duk luar umah bebudak takut sikit nak mai.. mungkin diorang nampak jambang aku ni dah macam taliban kot.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Selalunya kalau dulu-dulu aku suka sangat malam-malam raya ni tukar langsir, tukar sarung kusyen ngan adik beradik lain. Masa tu baru rasa meriah sikit. Kakak-kakak pulak sibuk buat cake atau kuih raya lagi malam tu. Best je.. malam raya aku masa tu.. tapi untuk tahun ni malam raya aku memang sedikit memboringkan. Semua dah tido awal. Aku yang masih belum boleh lena perlahan -lahan pergi ke belakang rumah dan bakar satay sorang-sorang dalam pukul satu pagi. Masa tu layan perasaan jelaa.. kalau broadband ok boleh gak aku update blog. Hehe..

Itulah serba sedikit soalan Tag yang dah cuba aku jawab sebaiknya.. seterusnya aku cuba sampaikan pulak TAG ni kepada beberapa rakan yang bertuah di Bulan Syawal mulia nih. Kalau berkesempatan jawablaa ye.. :)

Syam aeropama dot com

Famia

TitaniumHijau

Muhafis

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ucapan SMS Raya 2009 Entri ini bukanlah bertujuan untuk membuat ucapan raya sebenarnya tetapi...
  2. Cukup ke Raya Sebulan..? “Rumah Zul tak pegi lagi, Jiran-jiran sini pun tak habis...
  3. Iklan Raya TM 2009 Selalunya kalau tiba musim raya ni antara yang menjadi perhatian...
  4. Kasih Tanpa Syarat Ramadhan 1404 “Mak…. Mak wat kuih apa tu?” “*Bunga Durian…”...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

7 Comments

  • At 2008.10.06 14:37, ihateher said:

    tag. kene jawabla ni rupanya. hehe..cam best aje.

    • At 2008.10.07 05:05, Kujie said:

      almond london tu….thn dpn kita wat kuih paris hilton lak

      • At 2008.10.07 12:30, aeropama dot com said:

        aiyaaa… entri ry pn ada tag ke? sp punya keje la ni? wuhuhu…

        • [...] yang patut. Oklah. Sebab aku nak lepak sikit hari ini. Aku jawab TAG yang telah dikenakan oleh Nuaeman. Mamat ni memang keje dia menembak aku je kalau dapat TAG. Dengarnya, Nuaeman kene tembak dari [...]

          • At 2008.10.09 16:51, Uncle G said:

            huhu.. senapang tuh tembak tepat….

            • At 2008.10.11 13:22, Tag Backlinks Hari Raya AidilFitri 2008 said:

              [...] Raya pun ada tag? [...]

              • At 2008.10.14 12:52, famia said:

                ehh pacik.
                tak perasan pule ade tag.
                haha.
                oke nanti buat.

                (Required)
                (Required, will not be published)