Puisi Buat Suami Isteri..


Ditulis pada October 23, 2008 – 10:46 pm | Oleh nuaeman
Share

Ada satu perkongsian menarik untuk suami-suami dan Isteri-isteri diluar sana.. heh! Aku dapat Puisi ni dari satu forum.. emm nampak cam boleh pakailaa yang mana maksud dia tu mudah difahami oleh para-para isteri.. Aku tak perlu cakap banyaklaa kan.. kita layan jee puisi nih.. :)

Okeh kita baca dulu satu pengakuan jujur dari sang suami

Isteriku..
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan bukan hanya  mencipta bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu…..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

betul apakan..

tapi kita tengok apa sang isteri jawab..  ish ish ish…

***Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu..
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan…
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Please lah…!!!

Ecececece… Isteri nih.. ok ada pertambahan sikit.. tak habis lagi puisi nii.. hehe

Aduhai isteri ku….

Sampai hati dikau merendahkan kemampuan ku
tergamak dikau mengatakan daku cuma lilin atau mancis
dikau lah orang yang paling tahu kemampuan ku
setelah sekian lama kita hidup bersama
dikau juga sudah masak dengan keinginan ku
tidak kah boleh dikau menganggap daku ini umpama mentari
walau kemampuan ku tidak seperti mentari
namun keinginan ku untuk menyinari yang lain
melebihi mentari….

hehehe..

Ditujukan buat para-para isteri diluar tuu.. :) Gurau jee nih..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Buku yang buat para isteri Resah
  2. Salam Akhir buat isteri tercinta..
  3. Duhai isteri, sejauh mana kekuatanmu..
  4. Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Puisi Buat Suami Isteri..”

  2. By samdaddycool on Oct 24, 2008 | Reply

    … best! macam-macam la sasterawan sekarang ni.. :)

    samdaddycool’s last blog post..Prizes and TAG from Mr. Nuaeman

    [Reply]

  3. By callister on Oct 24, 2008 | Reply

    haha,,kelakar puisi ni….

    tapi memg padan pun..

    [Reply]

  4. By ezad on Oct 24, 2008 | Reply

    Wakaka..baik2 nasihat biar berlapikkan..

    [Reply]

  5. By nikillas on Oct 24, 2008 | Reply

    haha.. berbalas2 puisi pulak ye.. apesal ramai sangat berpuisi sekarang ni.. musim puisi ke..??

    nikillas’s last blog post..Kiss Britney’s Boyfriend

    [Reply]

  6. By azza on Oct 25, 2008 | Reply

    salam..
    baru baca…dah ada entry lain rupanya..
    menarik skali..
    jika 5 watt je takyah la tambah bilik lain kan..satu bilik je pun lum cukup terang..eheheh

    azza’s last blog post..senyuman my merah…

    [Reply]

  7. By nuaeman on Oct 25, 2008 | Reply

    hehe.. itulaa pasal. Tapi bagus jugak kerana menambah khazanah yang kreatif..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Oct 25, 2008 | Reply

    Selamat datang callister.. mai-mailaa selalu yee.. :)

    [Reply]

  9. By nuaeman on Oct 25, 2008 | Reply

    betul tu.. nak kena berlapik.. yang penting message sampai.. hehe

    [Reply]

  10. By nuaeman on Oct 25, 2008 | Reply

    Ramai ke yang berpuisi nikillas.. sape lagi?

    [Reply]

  11. By nuaeman on Oct 25, 2008 | Reply

    emm.. kene check ni cahaya saya boleh menerangi berapa bilik.. keh3

    [Reply]

  12. By callister on Oct 25, 2008 | Reply

    hehe..insyaallah..

    callister’s last blog post..I had a dream.

    [Reply]

  13. By ezo on Oct 26, 2008 | Reply

    haha..kelakar..

    ada maksud tersirat di sebalik ayat2 tu..

    ezo’s last blog post..Makan2 di Rumah Ayein

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled