Otak lelaki dan Otak Perempuan: Apa Beza??
Ditulis pada January 21, 2009 – 4:30 pm | Oleh nuaeman Share
Benarkah otak lelaki dan otak perempuan adalah berbeza? Maksud berbeza tu ialah bukan atas faktor fizikal tetapi dari segi struktur dan juga daya keupayaan. Kalau mengikut sains otak lelaki mempunyai lebih banyak sinaps yang di ‘link’ kan ke sel-sel lain berbanding dengan otak perempuan. Emm.. apa tu.. aku pun bab sains ni nak cerita panjang-panjang kurang ariff juga.
Walaubagaimanapun perbezaan ini sememangnya ada memberi kesan kepada kelakuan serta tindak balas lelaki dan juga perempuan. Seterusnya cara berfikir untuk kedua-duanya juga akan turut wujud perbezaan. Oleh kerana itu lelaki lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan mereka untuk bergerak dan daya imaginasinya juga tinggi manakala perempuan pula lebih baik dalam hal daya ingatan. Sebab tulaa mereka ingat sangat tentang tarikh-tarikh penting dalam kehidupan mereka. Kalaulah teman lelaki atau sang suami lupa nak ucap “Happy Birthday” masa tarikh lahir mereka.. huhu siaplaa hai..
Dr. Zulkarnain Muhamad Sori ada menulis beberapa aktiviti yang ada kena mengena dengan kemampuan otak lelaki dan perempuan antaranya:
[1] Lelaki yang menonton TV (terutamanya rancangan kegemaran seperti bolasepak) dan dipanggil oleh isterinya. Lelaki tersebut tidak mendengar dan tidak mengendahkan panggilan isterinya. Isteri pun mula naik marah kerana suami atau pasangan tidak mendengar!
[2] Seorang perempuan yang sedang berbual dengan rakan di hadapan televisyen, masih boleh mendengar orang mengumpat tentang dirinya.
[3] Lelaki mampu membaca peta dan dengan mudah menggambarkan perjalanannya.
[4] Perempuan agak sukar membaca peta, kecuali anda memberi kepadanya peta 3D (3 dimensi) seperti ada gambaran pokok, bangunan dan sebagainya.
[5] Beberapa orang perempuan yang duduk semeja, semua atau majoriti bercakap, berbincang tetapi semuanya faham dan mendengar sambil bercakap. Tetapi situasi ini tidak mampu dilakukan oleh lelaki.
Kalau nak baca lebih pasal hal ini aku cadangkan supaya dapatkan buku tulisan Allan Pease dan Barbara Pease yang bertajuk “Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Map“. Dalam tu ada lebih banyak info menarik.
Sebenarnya aku nak berkongsi satu soalan uji IQ yang mana ianya juga menguji keunikan otak lelaki dan otak perempuan. Kalau sesiapa yang dah tahu tak perlulaa menjawab.. heh. Ini hanya satu ujian ringkas sahaja untuk menentukan otak lelaki dan otak perempuan. Oklah soalannya.. Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Dah selesai..?? Ok sila bagi jawapan dengan ikhlas.. ye.. sebelum tengok jawapan..
Berapa jawapan korang..?
kalau jawapannya 3 anda memang seorang lelaki.. tetapi betul ke hanya 3?
Pegi baca sekali lagi!
Jawapan sebenarnya adalah 6, sila kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut adalah kerana otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN! Hoho..
Entri Berkaitan:























20 Responses to “Otak lelaki dan Otak Perempuan: Apa Beza??”
By muhafis on Jan 21, 2009 | Reply
ak dpt 5. adakah tue bermakna otak ak tak cukup jantina??
muhafis’s last blog post..Tolong lajukan masa..
[Reply]
By Azah on Jan 21, 2009 | Reply
pompuan memang hebat….eceeeh…
[Reply]
By nuaeman on Jan 21, 2009 | Reply
Eceeh… ye laa tuu.. lelaki pun hebat gak tapi dari segi lain pulaklah… heh!
[Reply]
By nuaeman on Jan 21, 2009 | Reply
Haha.. kena check tu muhafis
[Reply]
By eZad on Jan 21, 2009 | Reply
Aku nampak 3 jek, waduh boleh jadi giler aku, pastu aku cari lagi baru nampak 6..pendek giler jek tapi aku xnampak..
[Reply]
By ijamidayu on Jan 21, 2009 | Reply
Wah!! Aku nmpk 3 jugak.. Kit manipulate otak of kita lupa..
Apa pun best gak nie nih..
ijamidayu’s last blog post..FED UP LA WAT E-BIZ NIE!!! CAMNER ANDA ELAKKAN PERKARA NIE…
[Reply]
By nadinezuharra on Jan 22, 2009 | Reply
huhu,walaupun aku seorang perempuan,tapi aku cuma nampak 3 sahaja f, sowi to sayla ye.. :p
nadinezuharra’s last blog post..:: Bukan senang nak menang sejuta macam En. Samerin..
[Reply]
By taukey on Jan 22, 2009 | Reply
hahahaha. aku pernah terkena part yang tarikh penting. muahahaha.
aku dapat 3 gak. Aku rasa majoriti lelaki akan baca 3 dan majoriti perempuan dapat 6. Sebab itulah kesimpulan kajian tersebut adalah berikut.
taukey’s last blog post..Akaun Adsense Kena Invalid Klik
[Reply]
By KampungBoy on Jan 22, 2009 | Reply
Wanita nie mmg teliti dan itu sebab lagi satu dia boleh buat banyak keje dalam satu ms….kalau x, mana nak ingat barang dapur la….jg anak la, kurap kat telinga anakla….mcm2. itula kelebihan wanita…
KampungBoy’s last blog post..Tips dan Teknik Meningkatkan Ranking Alexa
[Reply]
By dendang on Jan 22, 2009 | Reply
wah ajaib seh..dah lame tak buat ujian aku..dan aku mmg lelaki tulen..aku nampak 3 je..auww..
dendang’s last blog post..5 hari tanpa internet dan komputer
[Reply]
By Shaffik on Jan 22, 2009 | Reply
wei aku dapat 5..kira lelaki sejati laa yer…hahahaha
Shaffik’s last blog post..Kena lagi 5-0
[Reply]
By chekguBH on Jan 22, 2009 | Reply
ye laa…
aku kire tak cukup 6 pun….
ini kire kecelaruan minda nih…
chekguBH’s last blog post..Tolong….Ada api, Pak!
[Reply]
By nuaeman on Jan 23, 2009 | Reply
Pelik gak kan.. tapi itulaa yang berlaku..
[Reply]
By nuaeman on Jan 23, 2009 | Reply
Otak lelaki kot.. hehehhe
[Reply]
By nuaeman on Jan 23, 2009 | Reply
haha.. ni dah kira separuh perempuan separuh lelaki ni.. wahaha
[Reply]
By areryp on Jan 23, 2009 | Reply
terkejut gak aku mula2…sbb jawapan aku 3 je..skali bace huraiannye…pelik..cmne la aku leh xnmpk lg 3 huruf tu.. garu kepala aku dibuatnye…haha
areryp’s last blog post..How to earn money from PTC?
[Reply]
By Fatin Pauzi on Jan 23, 2009 | Reply
Saya kira dapat 3..erk! tapi, ramai orang cakap, cara saya berfikir macam lelaki and i dont know y..hukhukhuk
[Reply]
By catzer on Jan 24, 2009 | Reply
akupun kira 3..so mungkin sbb otak aku technical..jgn segan Fatin kita budak engine mmg bypass jerk..kekekeke
[Reply]
By nuaeman on Jan 24, 2009 | Reply
Tulen kee bang.. heheh
[Reply]
By nuaeman on Jan 24, 2009 | Reply
otak technical..? macam terminator dah ni..
[Reply]