Melaka memang best!


Ditulis pada July 13, 2009 – 1:06 pm | Oleh nuaeman
Share

Pada tengahari sabtu lepas aku berangkat ke Melaka menemani Rohaizad.com bersama dua lagi blogger Selatan Syafik dan Boy bersahaje ( memang bersahaje mamat nih!). Pemergian kita orang ke Melaka ni bukan saja-saja tetapi ada sebab yang mana sebagai pembantu kepada program Bengkel + Seminar Blogging bersama Rohaizad.com.

Kami sampai Melaka lebih kurang pukul 3 petang dan selepas check in Hotel dan set up bilik seminar sempat jugaklah untuk kami bersantai-santai melihat Bandar Melaka disamping melayan kisah-kisah sentimental Rohaizad.com yang pernah satu ketika menuntut di salah sebuah institusi pelajaran disini.

Tak silap aku kali terakhir aku melawat Bandar Melaka semasa aku di darjah enam sekolah rendah. Itupun sebab ikuti program lawatan sambil belajar anjuran sekolah. Punyalah lama.. buat malu betul..! negeri sebelah menyebelah pun susah nak datang melawat . Dah jauh berubah Bandar Melaka ni aku tengok almaklum hampir 20 tahun tak menjejakkan kaki kesini. Bila lihatkan keadaan kat sini terkeluar satu perkataan dimulut aku “ JB pun tak hebat macam nih!” . Bukanlah maksudnya bandar JB tu teruk sangat cuma ada sesuatu yang aku dapati di Bandar Melaka yang seolah-olah kena dengan jiwa aku.

Malamnya kami bersantap di Barkat Roti John yang terletak di Pantai Kundur. Tempat ini juga ada nilai sentimental kepada orang yang membawa kami kesini. Siapa lagi kalau bukan driver kami encik Rohaizad.. heh!

Ikutkan banyak lagi tempat nak dilawati tetapi oleh kerana kesuntukan masa maka adalah lebih baik untuk kami pulang ke hotel sahaja. Kalau diturutkan rasa hati nanti tak jadi berseminarlah keesokkan harinya sebab semuanya dah lepak. Lepas tu mahu kena kapak dengan peserta – peserta yang dah buat pembayaran. Huh!

Ini diantara posing-posing yang perasan hensem

Depan A Famosa.. emm perut siapalah yang paling besar kat sini..

Kalau tak kerana diorang nih tak reti aku nak berposing-posing nih.. ini ok lagi.. cuba tengok yang bawah ni..

Dah lepak berjalan pi pekena Ayam Golek, Roti John + Nasi kat Pantai Kundur… Aku rasa kalau pinggan tu  boleh ditelan pun mesti habis punya..

Wajah-wajah kekenyangan..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Corat-Coret Trip dan Seminar Blogging di Melaka

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 24 Responses to “Melaka memang best!”

  2. By Mindaku Di Sini on Jul 13, 2009 | Reply

    hohohoho…dengan pantas nyer mengupdate blog yer…bagus2…tercapai gak hajat aku nak jumpa orang2 yg dikenali kat sana..haha…

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Take a good care of your pet

    [Reply]

  3. By rohaizad on Jul 13, 2009 | Reply

    Aku pun sama. Aku memang sangat nak jumpa dengan blogger yang bernama Life4Hire. Yang pasti… dia memang coooooool …. !!!!

    Tak puaslah lepak ngan ko bro….!!!!

    Insya Allah ada rezeki.. aku teringin nak duduk lepak ngan ko lagi!!!

    [Reply]

  4. By Mindaku Di Sini on Jul 13, 2009 | Reply

    haha..insya allah bro..ko datang area KL, aku ada jer kat sini..kecuali la kalau aku balik kampung kat kelantan…haha

    Mindaku Di Sini’s last blog post..Take a good care of your pet

    [Reply]

  5. By rohaizad on Jul 13, 2009 | Reply

    Memang…. kalau ada masa, memang aku nak duduk ngan blogger brutal macam ko nih… best !!!

    [Reply]

  6. By nuaeman on Jul 13, 2009 | Reply

    sama ngan aku.. rasa cam jumpa member lama jee.. walhal baru bersemuka semalam.. apa-apa contact bro

    nuaeman’s last blog post..Melaka memang best!

    [Reply]

  7. By nuaeman on Jul 13, 2009 | Reply

    betul.. betulll

    [Reply]

  8. By Callister on Jul 14, 2009 | Reply

    hm…tumpang lalu…
    dh beli pampers?

    Callister’s last blog post..Anime Chat Room

    [Reply]

  9. By hazman aka species1980 on Jul 14, 2009 | Reply

    mula2x aku tengok nueman nie cam garang je….tapi tak lokek ilmu upernya…..mmg best

    hazman aka species1980’s last blog post..Spam masalah sosial

    [Reply]

  10. By nuaeman on Jul 14, 2009 | Reply

    haha.. kat jb baru beli…

    [Reply]

  11. By krulayar on Jul 14, 2009 | Reply

    ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

    [Reply]

  12. By Shaffik on Jul 14, 2009 | Reply

    memang best..tapi yang aku hangin tu madang die jer gambar sebelah awek…

    Shaffik’s last blog post..Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog – Rohaizad.com

    [Reply]

  13. By pcuserz on Jul 14, 2009 | Reply

    abis sumer org kat seminar tu cop to blogger brutal.
    hahahahahha

    pcuserz’s last blog post..The Best (Musical) Wedding Proposal Ever

    [Reply]

  14. By nuaeman on Jul 14, 2009 | Reply

    Garang ke muka aku nih.. hehe..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Jul 14, 2009 | Reply

    sapa yang gambar sebelah awek tuh..?

    [Reply]

  16. By rohaizad on Jul 14, 2009 | Reply

    Ni apa kes ni?
    Kalau nak promosikan blog pun, biarlah bertempat dek. Adehhh…

    p/s: kalau kena delete komen tu kang, marah pulak.

    [Reply]

  17. By Shaffik on Jul 14, 2009 | Reply

    Eleh wat2 tanyer pulak…awk laa orangnya En Nuaeman Oi…

    [Reply]

  18. By abrablog on Jul 14, 2009 | Reply

    haha. best la korang..

    [Reply]

  19. By boy_bersahaje on Jul 14, 2009 | Reply

    Ok la gak ngn nuaeman. dari seorang mamat yang pada mulanya enggan dan berpura2 jual mahal seraya berkata ‘Kita ni orang x glamer, x yahlah bergambar dengan diorang (dj hot fm)’ Tapi di penghujung babak fotograf (dah nk balik)…’Oit tu kan zura (walhal itu adalah An) jomlah bergambor dengan dia sekali!!!’ kata mamat yang jual mahal tadi…kih kih kih kih. Shaffik, sape tu agaknye ek?

    [Reply]

  20. By Shaffik on Jul 15, 2009 | Reply

    Entah laaa….hahahaha…jgn pecah lobang laaaa bebb…

    Shaffik’s last blog post..Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog – Rohaizad.com

    [Reply]

  21. By KNizam on Jul 15, 2009 | Reply

    perghhhh semua otai2 neh. hehe :)

    KNizam’s last blog post..November Rain (live) – Gun N’ Roses & Sir Elton John

    [Reply]

  22. By zool on Jul 15, 2009 | Reply

    Lain kali nak melawat Melaka lama2.. boleh beritau aku.. boleh je jadi travel agent tak berdaftar…
    Huhuhuhuhuhuhu..

    zool’s last blog post..Sedapnya cempedak goreng

    [Reply]

  23. By chokilala on Jul 15, 2009 | Reply

    aku pun boleh jadi gadis pemandu pelancong. nak suruh bawa bendera macam cerita korea pun boleh. ala2 comel gitu pegang bendera. hehe

    p/s : aku jeles gile dgn post yang berkaitan seminar rohaizad T___T

    [Reply]

  24. By pcuserz on Jul 17, 2009 | Reply

    ape projek baru korang?

    [Reply]

  25. By AMS on Aug 16, 2010 | Reply

    Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge