Mandi Wajib dengan 6 kali jirus…
Ditulis pada August 5, 2009 – 10:51 am | Oleh nuaeman Share
Dalam bersantai-santai semalam sambil membaca majalah Al-Islam keluaran Julai 2009 ada satu kisah yang sedikit menggelikan hati tetapi buat aku berfikir serta risau dengan nasib generasi-generasi seterusnya nanti. Janganlah esok-esok anak cucu kita jadi macam kisah yang aku ingin kongsikan ni.. kalau tidak..emm cerah masa depan.
Kisah seorang anak remaja, berusia awal 20-an yang ditangkap berkhalwat bersama ‘awek’ yang berusia belasan tahun, secara tidak sengaja membongkar tahap pengetahuan agamanya.
Kisahnya bermula begini. Pada hari tersebut, hari malang bagi dua remaja berkenaan apabila ‘kantoi’ ditangkap oleh pihak pengawal keselamatan sedang mereka asyik ‘memadu kasih’. Kedua-dua remaja berkenaan telah dibawa berjumpa kaunselor dengan tujuan perbuatan seumpama itu tidak lagi dilakukan. Maka bermulalah sesi kaunseling di antara kaunselor dengan pasangan remaja berkenaan.
Kaunselor :Awak sudah baligh ke?
Remaja Lelaki: Apalah encik ni Tanya soalan yang macam ni. Malulah saya dengan awek saya. Tengoklah badan saya ni. Takkan saya tak baligh lagi.
Kaunselor: Baguslah kalau awak dah baligh. Ini bermakna kamu dah tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam dan kamu tahu membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk. Ini awek kamu ke? ( Sambil menunjuk kea rah remaja perempuan tadi)
Remaja Lelaki: Baru kenal encik. (katanya tersenyum senyum sambil memandang kearah aweknya yang tunduk malu)
Kaunselor: Baiklah, tadi awak kata awak dah baligh dan mungkin sudah membuat perancangan untuk berkahwin kerana sudah ada teman wanita. Tapi sebelum itu, saya nak bertanya, awak tahu tak cara untuk mandi wajib? Ini kerana setiap lelaki yang sudah ‘mimpi basah’, dia kena mandi wajib.
Remaja Lelaki: Dah tentulah saya tahu! Encik ni Tanya saya soalan budak darjah dua. Kacang punya jawapan mandi wajib tu!
Kaunselor: Kalau awak tahu, mungkin kita boleh sama-sama mengingatkannya semula supaya kita tidak terlupa.
Remaja lelaki: Apa susahnya.Mandi wajib ni ada enam kali jirus. Air jirus tu perlu diratakan di seluruh badan ketika kita mandi.
Kaunselor: Enam kali jirus? Apa maksud awak?
Remaja Lelaki: Takkan itu pun encik tak tahu.Enam kali jirus air bersih. Dan akhir sekali satu kali jirus air tanah.
Kaunselor: Air Tanah? Maksudnya ada tujuh kali jirus la?
Remaja Lelaki: Laa.. bukan ke mandi wajib tu perlu enam kali jirus air bersih dan satu air tanah.
Kaunselor: Bila air tanah tu perlu dijirus?
Remaja lelaki: Rasanya encik lebih faham daripada saya.
Kaunselor: Saya sekadar bertanya sebab mandi wajib awak ni ‘istimewa’ sikit. Bila air tanah tu nak dijirus ?
Remaja Lelaki: Lepas kita niat nak mandi wajib, kita jirus dengan enam kali air bersih dan akhir sekali barulah jirus dengan air tanah!
Kaunselor: Laa, begitu rupanya. Nampaknya awak dah keliru antara mandi wajib dengan cara menyamak najis mughalazah!
Remaja Lelaki: (Terpinga-pinga tidak faham dengan maksud kaunselor tersebut. Manakala remaja perempuan tadi ternganga mendengar jawapan dari pakwenya)
Kalau ada sesiapa yang kurang jelas soal mandi wajib nih bolehlah singgah ke SINI.
Entri Berkaitan:





19 Responses to “Mandi Wajib dengan 6 kali jirus…”
By KampungBoy on Aug 5, 2009 | Reply
jauh betul ilmu brader tu
ada hikmah jugak dia ditangkap
sekurang-kurangnya
dia tak etrus hanyut dengan fahaman dia tu
[Reply]
By boy_bersahaje on Aug 5, 2009 | Reply
Hahahaha, lawak ar cte ni. Dah la konpiden, siap sound2 lagi pegawai tu. Kalau ade peluang nak aje aku berkenalan ngn mamat ni. Jotos2 kepala dia hahahaaha
[Reply]
By Shaffik on Aug 5, 2009 | Reply
hahahaha….Yang geram tu die siap sound ustaz tu..hahahah
[Reply]
By megat on Aug 5, 2009 | Reply
astagfirullah al azim. tiba-tiba teringat akan kisah rakan-rakan ketika di sekolah agama dulu.
aku rasa melihat pada keadaan skang ni, mungkin ada yang lebih teruk dari kisah diatas.
[Reply]
By titan on Aug 5, 2009 | Reply
hehe..jangan pandang sebelah mata bab mandi wajib ni. ramai orang kita yang masih tak tahu..
[Reply]
By zaryl on Aug 5, 2009 | Reply
haha. lawak betul. tapi tak dinafikan bak kata brader megat, dikalangan org Islam sekarang ni memang ada yg jahil mcm ni. ada yg memang malas nk amik tau dan ada yg ‘terlepas pandang’ untuk diajar.
moga keluarga aku dijauhkan dgn kejahilan seperti ini.
kadang-kadang yg sudah anggap tahu pn perlu diingatkn. bkn sbb jahil tp cuma terlupa
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
Itulaa ada baiknya dia kena tangkap.. kalau tak susah juga kalau lepas kahwin nanti sibuk cari air tanah nak buat mandi..
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
macam tak bersalah jee dia cara dia respon mula-mula tu eak.. heh
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
Aku masa first time baca memang tergelak dengan cerita nih.. tapi merisaukan jugak sebenarnya..
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
Betul tu Megat.. itu yang buat aku rasa risau sungguh… dengan generasi2 kita seterusnya.. bila al-quran dah ditolak ketepi..
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
Betul tu.. antara kita pun mungkin ada masalah remeh temeh yang kita tak tahu tapi segan nak tanya..
[Reply]
By Kujie on Aug 6, 2009 | Reply
td dah tulis komen berjela..failde utk post pula…
teruk tu nak mandi selut seminggu 2-3 kali..hehehe
apa yg kita belajar masa sekolah hanya pengetahuan asas, sepatutnya ibadat kita bertambah sempurna mengikut tambahnya usia.
ringkasan dr post tadi yg berjela2…hehehe
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
aiseh.. tulis balik laa kak jie.. hehehe
[Reply]
By nuaeman on Aug 6, 2009 | Reply
Haah.. kita sendiri pun mungkin ada benda lain pulak yang kita terlepas pandang.. bukan tak tau.. tapi mungkin belum dilaksanakan lagi dlm kehidupan.. macam soal qurban,haji dan faraid contohnya
[Reply]
By mydailyblog.info on Aug 8, 2009 | Reply
wakaka..lawak betul pakwe dia…kalau macam tue..bukan kena mandi tapi kena samaklah…
[Reply]
By samdaddycool on Aug 8, 2009 | Reply
… kalau mula-mula jirus air tanah boleh tahan lagi.. ni tak, yang last sekali air tanah.. mau jadi pasu bunga
[Reply]
By nuaeman on Aug 8, 2009 | Reply
Aha.. tau takpe.. mahu bertanah satu badan tuu.. heh
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 9, 2009 | Reply
tue yg lawak tue..
[Reply]
By Tie on Aug 12, 2009 | Reply
Adoi…….
Mujurlah mandi wajib sebenarnya tak gitu. Jenuh la nak gali tanah pagi-pagi, ekekeke………
[Reply]