Ahah! hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta-peserta Ramadhan Contest yang dianjurkan oleh blog nuaeman nih. Rupanya hari nih dah 10 oktober bersamaan dengan 10 Syawal 1429. Nampaknya aku perlu mengumumkan siapa pemenang contest ni hari.. erk! Camne dengan penjurian. Dah selesai ke? Ada ke yang menang atau kita simpan jee.. hadiah untuk contest yang sama tahun depan. hehehe..
Haa macam tak sabar nak tahu eak.. aku bagi suspen sikitlaaa kan. Pemenang dah ada. Juri membuat penelitian berdasarkan pengajaran dan juga pengolahan cerita. Bagi sesiapa yang dah terlupa apa hadiahnya. Aku nyatakan sekali lagi disini.
Tempat Pertama =>
Sehelai sweater, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 10 usd / RM 30.
Tempat Kedua =>
Satu China HandCraff, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 5 usd / RM 15.
Tempat Ketiga =>
Dua Rantai Kunci, Wang Tunai 3 usd / RM 10.
Emm.. itu jee laa hadiah yang aku mampu bagi setakat nii.., antara hadiah tu aku dah lama jugak simpan yang mana merupakan buah tangan ketika aku berkunjung ke Shanghai Mac lalu. Harap dapat memuaskan hati pemenang..
Oklah.. tanpa membuang masa aku umumkan pemenang Nuaeman Ramadhan Contest 2008.. setelah ditapis, ditelek dan diteliti oleh Juri-juri profesional maka inilah keputusannya..
Tempat pertama dimenangi oleh..
Jejaka dari Muar yang bernama pena Samdaddycool. Kisah Aku dan Ramadhan beliau telah berjaya memenangi hati juri..
Tempat kedua pula jatuh kepada..
Seorang kakak yang begitu dihormati dikenali sebagai Kujie. Agak seronok Juri membaca kisah cinta orang lama dalam entrinya yang bertajuk Ramadhan dalam hidup Saya yang mana turut menyelitkan kisah dibulan Ramadhan.
Tempat ketiga akhirnya menjadi milik..
Pelajar sekolah yang agak gila-gila dan popular dengan username farahaznil. Entri Aku dan Ramadhan terpanjang.. yang amat-amat memedihkan mata juri untuk membacanya..
Diharap para pemenang dapat menghubungi nuaeman di hbz.marketing [at] yahoo.com.my dengan menyerahkan alamat kediaman dan juga akaun paypal jika ada. Kalau nak duit masuk sampul bagitau..
Terima kasih kepada para-para peserta. Sebenarnya ada beberapa lagi kisah menarik seperti Aku dan Ramadhan dari likik tetapi pada saat akhir terkeluar senarai kerana ianya adalah cerita orang lain yang mana tak menepati syarat penyertaan. Memori Ramadhan dari menteil juga bagus tapi terpaksa akur dengan keputusan juri.
Antara entri-entri menarik lain ialah..
Aku dan Ramadhan dari Ijamidayu
Aku dan Ramadhan edisi Bubur Lambur dari Izzah
Aku dan Ramadhan dari Ilhamputera
Kepada pemenang tahniah diucapkan. Insya_Allah ada rezeki kita bertemu kembali pada contest Zulhijjah pulak.. kalau ada rezekilaa..
Salam mesra dari Nuaeman..
Related posts:
- Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 Setelah di semak dan dibaca berulang kali. Diteliti setiap...
- Ramadhan Contest datang lagi!!: Aku dan Ramadhan 2 Kredit gambar :menteil.net Ramadhan bakal datang lagi dan untuk...
- Hadiah dari contest di Bluedianthus.com Akhir-Akhir tahun ni ramai betul blogger tempatan buat contest dan hadiahnya boleh...
- Untungnya bersosial dan menyertai online contest Bersosial dan menyertai contest-contest atau cabaran yang dijalankan secara online...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





















Sape pemenangnya nuaeman? wakaka..aku xde join hehe..next time lah..
nuaeman: akan diketahui sebentar lagi.. tunggu…
huwaa…. Kak Jie menang ye…keh…cerita yg tak tersusun nahu dan tatabahasa itu pun boleh buat juri terpikat ke?
erk….siapa Juri ye..nak hantar hamper raya…hahaha
Nuaeman: haa nanti jurinya sendiri contact Kak Jie tuntut hamper.. haha
hohoho kisah samdaddycool mmg best… hohohoho aku akur dengan kekalahan ni.. hohoho tp post farah ni mmg aku belum baca lagi.. hoohoh panjang giler kaw2 nye.. hohoho
nuaeman: memang panjang betul karangan dia.. pedih mata membaca.. huhu..
aik?
contest apa kah ini?
hadiah menarik lah!
rugi tak join dulu
nuaeman: Takpe yonna.. InsyaAllah nanti ada rezeki kita buat lagi.. time tu jangan tak join pulak..
tahniah untuk para pemenang. korang semua memang best gila mengarang..
hehehe…yang sam dan farah aku ada baca. cuma yang kujie jer blm. tahniah atas pemenang
waa besh nyer.. rugi ak x join.. dah lar ngah takde duit nie.. ahaks..
hahaha..aku dah ckp dah..siapa baca confirm mata berair..huhhuu
salam nuaeman….
bagus betoi laa berblog dengan care macam ni!!!
sudi bertukaq link? Kalau sudi, bg tau ok~
TQ~
Kreuger®
nuaeman: no problem bro.. link dah diletakkan..
[...] aku kempunan lagi sekali.Sebab tak dpt pakai sweater si nuaeman ni.Hi hi hi..hadiah tu dirangkul oleh sam.Takpe la..dia berhak menerima seadanya. Kalau korang [...]
waaa… aku tak menang.. majuk ah.. haha…
ala.. citer aku memang tak bez pon.. hehe..
nuaeman: takpe boleh cuba lagi lain kali
huhuhu…..karangan aku tak menang la…igtkan berpeluang dapat adiah…tapi tak per
nuaeman: itulaa.. entri tu tak menepati syarat sebab pengalaman orang lain.. nanti kontroversi pulak..
… Terima kaseyyyyy bro bagi aku menang!!!
Harap maklum kepada semua… kemenangan ini sangat bermakna buat saya dan Adam Harith. tiada unsur-unsur paksaan, penipuan, rasuah, penyelewengan berlaku. Dalam masa pengadilan dijalankan, samdaddycool berada beribu-ribu batu di selatan tanahair menjalankan satu misi rahsia…
Kikikiki.. Yahhhhhooooooooo!!!
hooo rugi xsmpat join nih
hehe. bila tahu. tarikh dah luput.
So, tahniah kepada para pemenang. Hadiah memang menarik.
[...] Ini adalah hadiah yang saya terima kerana memenangi tempat ke-2 dalam satu peraduan yang dianjurkan dalam laman blog Nuaeman [...]
…………….. Thanks bro!
samdaddycool’s last blog post..Prizes and TAG from Mr. Nuaeman
[...] nak tambah bolehlah hubungi aku.. .Untuk melihat pemenang yang terdahulu boleh ke entri lepas DISINI. Bookmark Artikel [...]
hoho nk join tp bab2 mngarang ni cam ssh skit la plak..
hoho trasa nk join je, tp bab2 mngarang ni lemah skit