Jom Balik Kampung!


Ditulis pada September 5, 2009 – 4:04 pm | Oleh nuaeman
Share

Dua hari aku bercuti daripada aktiviti blogging. Masalah mengenai IC telah selesai yang mana aku terpaksa membuat permohonan untuk IC baru oleh kerana IC yang lama gagal dikesan. Terbang RM110 untuk kehilangan kali pertama.  Rm 100 adalah kadar kompaun yang dikenakan manakala 10 pula ialah kadar untuk permohonan kad. Andai selepas ini berlaku lagi kehilangan maka kadar kompaun akan meningkat lagi RM 100 dan begitulah seterusnya.

Ramadhan dah sampai ke peringkat pertengahan. Sebahagian daripadanya telah selamat kita harungi. Biasanya pada hari pertama hingga hari ke 15 suasana mengimarahkan Ramadhan itu masih ada tetapi bila masuk sahaja separuh masa kedua iaini sebahagiannya lagi sehingga ke 1 Syawal moodnya dah sedikit berubah bilamana majoriti masyarakat kita sudah lebih menumpukan kepada persiapan menyambut Hari Raya. Setiap tahun beginilah yang acapkali berlaku. Paling nyata kiranya kita melihat keadaan Masjid serta Surau, yang kekal berterawih selalunya adalah mereka-mereka yang sememangnya rakan Masjid manakala wajah-wajah yang kelihatan pada awal Ramadhan lalu seakan telah hilang ditelan waktu. Nak jumpa balik mungkin pada solat Aidilfitri ataupun Ramadhan akan datang. Itupun kalau diizinkan bertemu lagi.

“Jom Balik Kampung!”

Ramadhan ni rasa macam tak lengkap kalau tak ambil peluang pulang ke kampung dan merasai suasana berpuasa dengan ahli keluarga yang lain terutama sekali mak dan abah lah.

“Ammar nak jumpa siapa kat kampung?” Aku cuba menduga Ammar semasa memandu pulang tadi.

“Tok Ayah..” balasnya

“lagi?!” soalku lagi

“Tok mak!” Jawabnya keras

Ammar lebih rapat dengan Tok Ayahnya sejak kecil lagi. Ada satu ketika dipimpinnya tangan Tok Ayahnya dari bilik untuk diajak naik keatas rumah bagi menonton Bola Sepak. Berbeza pulak hubungan dia dengan Tok Maknya yang kerap meninggi suara akibat tak tahan dengan tingkah laku anak cucu. Apapun jeritan itulah yang buat dia ingat kepada Tok Maknya. Syukur Ramadhan kali ini kita semua masih dapat merasai kenikmatannya bersama.

Sesiapa yang ada kampung dan masih mempunyai kedua orang tua di sana ambillah kesempatan yang ada untuk menjenguk mereka dan hiburkan hati mereka tikamana suasana Ramadhan masih ada ini kerana kita tak tahu apakah kita akan diberi kesempatan yang sama pada Ramadhan akan datang.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Sepetang di Masjid Kampung Melayu Majidee
  2. Gores dan Menang : Siaplaa korang.. aku datang balik!!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 5 Responses to “Jom Balik Kampung!”

  2. By megat on Sep 5, 2009 | Reply

    dah lama rasanya tak balik kampung muar. pergerakan agak terbatas.

    [Reply]

  3. By fikri on Sep 6, 2009 | Reply

    aku ni memang mls btol balik kampung… ngan sedara sume x brape rapat. nak rapay cam ne kalo sume tu terlampau kecik dan terlampau besar?! aku je tengah2… kesian3x… :(

    [Reply]

  4. By fikri on Sep 6, 2009 | Reply

    pe lagi bro…? amek tiket bas, trus balik je lah.. :) bila lagi nak balik, btol x? saya pon malas sbenarnya nak balik umah atok ni… tapi, dah stahun skali je ngok muka dia… kesian plak. trus katakan ‘YA’ pada pulang ke kampung bila mak bapa saya ajak. wahahahaha! :D

    [Reply]

  5. By Ezad on Sep 7, 2009 | Reply

    Wah best2 balik kampung, tp aku balik kampung raya ke-7, raya Jb dulu sini..hehe

    [Reply]

  6. By samdaddycool on Sep 8, 2009 | Reply

    Saat paling menggembirakan bagi atuk dan nenek bila dapat jumpa cucu-cucunya..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled