Harry Potter + Home Alone = Hari Puttar


Ditulis pada December 22, 2008 – 3:27 pm | Oleh nuaeman
Share

Inilah jadinya bila banyak sangat meniru sampaikan isu tajuk filem pun boleh jadi kes saman menyaman.  Hari Puttar adalah tajuk sebuah filem bollywood dan mengikut kepada sinopsis tak sama langsung dengan filem Harry Potter keluaran Hollywood tetapi oleh kerana Bollywood ini dah memang terkenal dengan kaedah mencedok idea orang lain untuk buat filem maka Warner Bros mahu menyaman syarikat perfileman yang menerbitkan filem ini atas sebab tajuk yang hampir-hampir sama bunyinya.

Walaubagaimanapun bila aku baca sinopsis filem ni nampak pulak persamaan dengan filem yang aku minat sangat masa kecik-kecik dulu, Home Alone. Ianya mengisahkan seorang budak berusia 10 tahun bernama Hari Puttar yang tinggal berseorangan di rumah ketika semua ahli keluarga mereka pergi bercuti. sepertimana Home Alone , Hari Puttar juga berhadapan dengan perompak yang cuba memecah masuk ke rumahnya bagi mencuri formula rahsia yang dimiliki ayah Hari. Emm.. nampak lebih kurang jee kan..? Maksudnya walaupun tak tiru Harry Potter mereka masih juga meminjam jalan cerita Home Alone.

Macam-macam hal.. teringat aku satu tika dulu masa tengah panas cerita Terminator 2: Judgement Day, Malaysia pun ada buat filem dengan tajuk Thermometer 3. lagilaa entahhapahapa filem tu. Nasib baiklaa si Malek Noor tak kena saman dengan Arnold Susahnakeja sebab berlagak ala-ala robot terminator dalam filem yang tak laku tuh. Sinopsis aku memang dah lupa langsung.

Sesapa yang minat filem hindustan bolehlaa cuba tonton Hari Puttar ni nanti. Saksikan sendiri samada mereka meniru atau tidak. Kalau meniru pun memang dah perkara biasa untuk filem Bollywood kan.. apa nak heran.. Lepas ni filem melayu pulak tiru Bollywood. Tak dapat tiru cerita tiru tajuk pun jadi.. macam Kabil Khusry Kabil Igam tu.. haha!

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Seharian mencari ‘Emak ingin naik Haji’ untuk tontonan Hari Ibu

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 15 Responses to “Harry Potter + Home Alone = Hari Puttar”

  2. By Kujie on Dec 22, 2008 | Reply

    tak minat hindustan la…

    Kujie’s last blog post..Izinkan ku pergi

    [Reply]

  3. By Mohd Hafifi on Dec 22, 2008 | Reply

    samalah kita kak jie..

    bollywood ni besar, ramai orang yang terlibat..takkan dorang ni takde idea atau malas cari idea baru

    [Reply]

  4. By chuckiesd on Dec 22, 2008 | Reply

    hari puttar…nasib baik tak buat filem tajuk puter puter kaki mengayuh…cam lagu abang beca tu.

    [Reply]

  5. By nadinezuharra on Dec 22, 2008 | Reply

    emm,biase lah tu cerita hindustan meniru filem barat..rasenya dah banyak filem yang jalan ceritanya sama dengan cerita Omputih yang kite dah tgk..tp,seronok jgk layan citer hindi ni sekali sekala..terhibur!
    *minat kuch-kuch hota hai & SRK.. ^_^

    nadinezuharra’s last blog post..:: Kejamnya seorang Manusia..

    [Reply]

  6. By MaJa on Dec 23, 2008 | Reply

    haha.. tajuk dia sgt lucu sampai aku terasa mcm nak beli dvd dia..

    MaJa’s last blog post..My take on: Comolot

    [Reply]

  7. By ezad on Dec 23, 2008 | Reply

    Haha..mmg x leh belah, nasib baik dia xbagi tajuk “Putar Alam” atau “Cakra Alam” erk..haha..

    [Reply]

  8. By Richie on Dec 23, 2008 | Reply

    haha..ni dah putar belit ni..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    Alamak tak minat ke kak jie.. baru nak hadiahkan cerita nih.. hehe.. terfikir juga apakah cerita keluarga macam ni pun akan dipenuhi dengan lagu bersama tarian wanita yang yang tak cukup pakaian. heh

    [Reply]

  10. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    Diorang lebih senang meniru..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    itu nanti cerita vesi melayu pulak.. haha

    [Reply]

  12. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    alamak kuch kuch hota hai tu.. ingat zaman-zaman study kat Kelantan dulu.. waktu tengah panas dengan cerita ni..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    Dah keluar ke DVD dia eak.. nak juga try tengok.. heh

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 23, 2008 | Reply

    Itu nanti si Arief yang berlakon..

    [Reply]

  15. By samdaddycool on Dec 23, 2008 | Reply

    mak aku suka gila hindustan.. tapi aku kontra

    samdaddycool’s last blog post..Mawi & Ekin – the Impact to Tudung seller

    [Reply]

  16. By titan on Dec 26, 2008 | Reply

    haha. tak kesahlah..hari puttar ke apa ke..janji sonok tengok..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge