Cukup bertuah beserta skrip yang Indah…


Ditulis pada August 12, 2009 – 6:06 am | Oleh nuaeman
Share

Antara perkara-perkara yang indah dalam kehidupan apabila kita memperoleh sesuatu nikmat tanpa kita mengharapkannya serta langsung tidak tahu mengenainya sebelum itu dan sebelum terlupa ianya tidak berkaitan sama sekali dengan ‘gores dan menang’. Andai masih belum faham aku datangkan satu contoh:

“Adalah menjadi kebiasaan bagi Ali untuk berbelanja di kedai Pak Abu setiap kali melalui Jalan A. Pada suatu hari yang bertuah Ali sekali lagi melalui Jalan A dan seperti biasa beliau singgah ke Kedai Pak Abu untuk berbelanja sebagaimana selalu. Selesai membuat pembayaran tiba-tiba satu loceng kedengaran dan Pak Abu mengucapkan tahniah kepada Ali kerana dia merupakan orang ke-101 yang masuk serta membuat pembelian di kedai Pak Abu pada hari itu dan layak menerima hadiah…. Opss ok, rasanya cukup cerita ini berhenti setakat ini..”

Faham? Bertuah kan Ali ? dan ini cerita aku…

“ Setelah lama juga menyepi maka kini aku ingin kembali aktif untuk memberi komen pada blog-blog orang lain sebagaimana telah aku lakukan sebelum ini. Salah satu blog yang aku tak boleh lupa adalah blog Kak Jie. Jadi sebagaimana aku pernah komen diblog beliau setiap kali lawatan aku sebelum ini maka perkara samalah aku lakukan pada hari Ahad lalu. Di hari isninnya pula aku melawat sekali lagi blog kak Jie seperti biasa dan terpandang ada satu entri yang terpahat nama aku. Hah! Rupanya secara tak disengajakan aku telah menjadi pengkomen ke 25000 yang mana merupakan angka bertuah yang sedang diburu oleh beliau. Pedulikan tentang hadiah apa yang akan aku dapat tetapi apa yang berlaku buat aku rasa diri ini bertuah serta semakin bersemangat untuk kembali semula menulis diblog!”

“Tahniah Ayah!!” Tiba-tiba isteri aku mengucapkan tahniah subuh tadi.

“Tahniah apa?” Soal aku

“Sebab dapat ebook, Ayah dapat 3 ebook kan? Kak jie bagi”

“Hah! Kak Jie bagi ebook? Dia ada update kat blog ke?” Aku kehairanan

Kemudian dia ketawa “Takdela ayah.. Ibu mimpi jee malam tadi.” Jelasnya

Emm…perempuan… Ini mesti kes terlalu fikirkan apa hadiah Kak Jie nak bagi sampai ke mimpi perginya. Untuk aku tak kiralah apa hadiahnya yang pasti aku memang rasa bertuah dan ianya bertambah indah bila mengenangkan bagaimana ia berlaku.

Terima Kasih Kak Jie kerana buat diri ini rasa bertuah dan Terima Kasih jua padaMu Ya Allah atas jalan cerita yang indah ini.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Cukup ke Raya Sebulan..?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 13 Responses to “Cukup bertuah beserta skrip yang Indah…”

  2. By samdaddycool on Aug 12, 2009 | Reply

    .. memang menarik cerita ni..

    [Reply]

  3. By Mari Buat Blog on Aug 12, 2009 | Reply

    bini ko memang terbaik ! hahhahahhahha

    [Reply]

  4. By Kujie on Aug 12, 2009 | Reply

    uikk………siap dah mimpi tu…tidur sebantal pun boleh mimpi lain-lain ye…

    [Reply]

  5. By fathuri on Aug 12, 2009 | Reply

    Assalamualaiku. Terima kasih kerana singgah di blog. Best baca entry di atas tu. Rezeki…rezeki…

    Panggilan nuaeman memang unik. Terpaksa ulang berkali-kali untuk menyebutnya. Pun begitu, yang unik paling outstanding!

    Salam perkenalan & moga impian jadi kenyataan

    itu buku pertama tulisan Robert T.kiyosaki yang saya baca…

    Macam mana kak jie trace nuaeman pengkomen yang ke 25,000? ada software ke? Minat nak tahu sebab saya tengah kumpul kawan online juga ni…tapi update cara manual je..

    [Reply]

  6. By Tie on Aug 12, 2009 | Reply

    Ooo…….

    Inilah Nuaeman yang Jie war-warkan, ekekeke……

    Alhamdulillah……..

    Rezeki la tu….. sampai termimpi-mimpi isteri tersayang. Macam fesyen Tie je… bila teruja , terbawa2 dalam mimpi. Biasalah, orang perempuan ni banyak tenaga….hihi….

    [Reply]

  7. By Kujie on Aug 12, 2009 | Reply

    Tie..ayat banyak tenaga tu yg nak gelak ni…. :p

    [Reply]

  8. By Kujie on Aug 12, 2009 | Reply

    Salam fathuri, klik link yang diberikan tu, dan tengok screenshot bagaimana angka 25000 dicatit.

    [Reply]

  9. By nuaeman on Aug 12, 2009 | Reply

    Terbaik??

    [Reply]

  10. By nuaeman on Aug 12, 2009 | Reply

    Dah tak sebantal dah kak jie.. tapi berbantal-bantal.. dengan Ammarnya tambah pulak ngan dik Akram.. huhu

    [Reply]

  11. By nuaeman on Aug 12, 2009 | Reply

    Salam fathuri,

    salam perkenalan.. jemputlaa mai selalu ye :)

    [Reply]

  12. By nuaeman on Aug 12, 2009 | Reply

    Salam kak tie,

    mekasih sudi mai teratak buruk saya nih.. emm tenaga apa tu eak..?

    [Reply]

  13. By Tie on Aug 12, 2009 | Reply

    Shh….rahsia…. hanya orang perempuan je tahu, ekekeke….

    [Reply]

  14. By MyDailyBlog.Info on Aug 13, 2009 | Reply

    wah..siap mimpi lagi nie…mimpi yg indah xpe jgn mimpi yang buruk…sudah :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled