Anggarkan pendapatan Adsense
Ditulis pada July 13, 2008 – 12:51 pm | Oleh nuaeman Share
Apa aku nak cerita bab buat duit lagi ke hari ni..? hehe.. tidaklah.. aku bukannya pakar bab-bab adsense nih dan dari awal juga dah aku perkatakan blog ni bukan blog pasal buat duit online sebab dah banyak sangat blog-blog pasal tu..kan.. pandai-pandai jelaa cari.. apa yang aku nak share hari ni adalah satu website yang tak kurang menariknya.. just untuk suka-suka.. andaikata kalau nak kenalpasti berapakah keuntungan yang dapat dihasilkan dari adsense berdasarkan tahap traffic untuk website atau blog korang.. boleh check kat laman ni yang dinamakan adsensemeter . Nak cerita lebih pasal meter ni pun.. tak guna.. korang pegi jelaa sendiri kat sini dan tengok berapa anggaran pendapatan adsense yang korang boleh dapat.. bukan betul sangat pun… tapi ok gak laa..

Kepala aku agak mereng sikit dari malam tadi bawak ke hari ni.. tak boleh nak fokus buat kerja.. penangan lagu tamil sepanjang malam.. hampir-hampir buat seluruh penduduk taman perumahan ni menjadi sewel! huh! Semuanya gara-gara India yang duk depan rumah aku buat majlis birthday.. ada dua India sebenarnya depan umah aku ni.. satu ok but yang satu lagi ni agak berlainan sikit dengan India-india yang aku kenal.. jenis tak makan saman.. bikin konsert sendiri dengan mabuk-mabuk sampai bawak ke pagi.. kalau dalam rumah takpe jugak.. ini diluar.. ditutupnya jalan.. sampai kereta aku sendiri takleh masuk laman rumah. Dahlah tu.. bikin havoc start dari magrib.. kalau tak buat polis report untuk suruh diorang stop tadi malam mau meracau aku dibuatnya..
Lepas polis suruh stop pun bukan depa hentikan betul-betul.. masih lagi mabuk-mabuk sampai pagi.. maaplaa kalau ada bangsa India yang baca post ni.. but aku tak terniat langsung nak burukkan korang aku tau tak semua yang jenis perangai camni… Apa yang berlaku depan mata aku ni memang melampau.. majlis camni memang tiap-tiap tahun diorang buat.. pernah sekali tu aku tengok bila dah sampai tahap mabuk.. ada yang dengan selamba pergi kencing kat kereta orang. Bagi yang parking kat luar umah habislaa.. cara diorang kencing tu korang boleh tengok camana anjing kencing kat tayar kereta.. hishh buruk!
Oleh kerana sikap tak makan saman ni yang buat wife aku takut nak balik umah tahun lepas masa kecoh-kecoh akan berlaku rusuhan pada 31 Ogos kan.. ingat tak? kalau nak tahu.. benda tu memang boleh jadi kalau tak dipantau ngan betul.. masa tu boleh kata hari-hari polis wat sekatan.. suasana malam kat kawasan rumah aku pun tak macam selalu.. lepas magrib takde lagi bebudak duk main kat luar.. sunyi.. memang sedikit menyeramkan.. hehe.. apapun aku tetap balik kerumah.. (rumah aku area masai, memang tengah panas masa tu.. huhu) dalam hati takut gak kalau tetiba ada pistol kat kepala.. hehe
Eh! apasal dari bab Adsense aku merepek sampai ke rusuhan nih.. huh! memang hampir mereng aku nih.. better aku cari apa-apa untuk legakan dulu.. sebelum entah apa lagi yang akan aku rapukan nanti.. adeh..
Entri Berkaitan:





2 Responses to “Anggarkan pendapatan Adsense”
By Uncle G on Jul 13, 2008 | Reply
blog pakcik 0 jerkh…
[Reply]
By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply
aisymen….dah tak boleh guna pulak benda ni
[Reply]