3 usd untuk mereka yang berjaya Jawab 10 soalan uji minda ini

Hari ni hujan kat sini. Aku pun agak boring tak dapat nak keluar pergi lunch. Sambil berehat-rehat ni aku rasa bermurah hati pulak nak menghadiahkan 3 usd kepada mana-mana orang yang bertuah yang mampu menjawab 10 soalan uji minda dari blog aku ni hari ini. Orang yang pertama dapat jawab dengan betul akan aku terus hantar 3 usd ke paypal korang. Jadi korang kena ada akaun paypallaa untuk dapat hadiah nih..  takde syarat lain. Amacam? dah sedia..? ok ini soalannya… mudah-mudah jee jangan risau..

1. Ketika kita berdiri, dia baring. Bila kita baring, dia pulak berdiri. Tapi bila kita berjalan, dia pun ikut sama. Nak tinggalkan tak boleh pulak tu. Apa benda tu?

2. Ada 10 ekor lembu atas sebuah lori yang dalam perjalanan membawa semuanya ke kandang. Sampai di suatu pekan 2 ekor lembu pun melompat. Setelah lori berhenti di kandang, 5 ekor lagi melompat. Sekarang ada berapa ekor lembu dalam lori tersebut?

3. Namakan satu Ciptaan Allah Yang tak sama

4. Anda menyertai satu pertandingan lumba lari.Anda berjaya memintas orang yang dalam kedudukan tempat kedua.Sekarang anda berada dalam posisi tempat ke berapa?

5. Didalam pertandingan lumba lari yang sama dan anda memotong orang yang terakhir. Dimana pulak posisi anda sekarang?

6. Ada sebuah bangunan yang tingginya 20 tingkat. Kat atas bangunan tu ade sebuah bilik yang mempunyai 3 biji mentol. Ali seorang juruteknik elektrik ingin mengenalpasti suis bagi 3 biji mentol itu. Malangnya suis mentol tu berada kat tingkat bawah bangunan tersebut.
Soalan:
Bagaimanakah cara Ali ingin mengetahui suis 1 untuk mentol A, suis 2 untuk mentol B dan suis 3 untuk mentol C. Syaratnya Ali perlu naik sekali sahaja ke bilik itu (tingkat 20), pastu turun dan buat laporan kedudukan suis tersebut kepada bosnya.Kat suis bawah tu tiada lagi label yang menunjukkan kedudukan mentol ni untuk suis ni.

Berikan cara yang mudah untuk Ali kenalpasti mentol tu dan dapat berikan jawapan yang  tepat selepas turun ke bawah.

7.Ada 3 orang member kamcing pegi bercuti di sebuah pulau. Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort untuk bermalam penat mencari akhirnya mereka dapat satu resort yang sewanya cuma RM30 satu malam. Untuk save bajet mereka pakat ambil satu bilik sahaja dan collect RM 10 seorang.

Setelah buat pembayaran baru pihak hotel ni teringat bahawa resort mereka tengah buat promotion yang mana satu bilik cuma RM25 je. Jadi mereka panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 orang tu… On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yang duit baki ada RM5… Mamat tu ada 3 orang… camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorang..??? Pikir punya pikir last-last mamat ni dapat idea…dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu… jadi bakinya lagi RM2.. dia ambik buat beli jajan…

Maknanya….
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9….
Total depa bayar….RM9.00 x 3 =RM27…
Mamat bell boy tu amik RM2…so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Bagitahu aku mana pegi lagi singgit….???

8. Bapa Ali ada 3 orang anak. Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’. Pelik sungguh nama anak-anaknya itu, tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan. Persoalannya ialah… apakah nama anaknya yang tengah?

9. Ada tiga ekor katak di atas daun teratai. Seekor dari katak-katak tu ingin melompat ke tebing sungai. Sekarang berapa ekor katak yang tinggal di atas daun teratai tersebut.

10. Ini soalan senang jeelaaa.. dalam banyak-banyak hari.. hari apa tak boleh potong kuku.

Ahah cuma sepuluh soalan sahaja.. sesiapa dapat jawab sebelum pukul 12 malam ni aku masukkan 3 usd kat akaun paypal korang. cepat-cepat..

selamat menjawab.. :)

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

33 Comments

  • At 2008.11.17 06:30, Kujie said:

    1. tapak kaki
    8. Ali
    10. harimau
    6. pasang suis A sehingga lebih kurang 5-10 minit… lepas tu pasang lampu B dan naik ke bangunan … nak kenal pasti lampu,

    Lampu A : mentol tak menyala tapi panas
    Lampu B : Lampu yang menyala
    Lampu C : lampu yang padam dan sejuk

    2. 10 ekor gak.

    itu je kot..esok2 dtg jawap lagi…

    Kujie’s last blog post..Sup tulang

    • At 2008.11.17 07:44, nuaeman said:

      Wah Kak Jie dah bagi beberapa jawapan tu kak jie..

    • At 2008.11.17 07:24, ijamidayu said:

      Aku try la walaupun aku rasa semacam jer soklan ko nie.. :)

      1- Bayang-bayang
      2-10
      3- Manusia
      4- Dihadapan org kedua
      5- Dihadapan org terakhir
      6- Ali on semua suis. Naik dan lapor mana g prob.
      7- Nie xperlu pikir. Masalah selalu xselasai bila dok pikir.
      8- Mata hati
      9- 3
      10- Rabu ( Elak Mudah Lupa )

      Aku rasa nie la soklan paling best aku jawab. Xdpt USD3 pun xper. Aku sekurang-kurang membaca perkongsian bro nuaeman.. :)

      ijamidayu’s last blog post..Keindahan Islam Dikongsi Bersama.

      • At 2008.11.17 07:45, nuaeman said:

        Banyak yang tak tepat tu jam.. good try.. :)

      • At 2008.11.17 08:03, Zairi Zaidi said:

        1. Bayang-bayang
        2. 10
        3. Manusia
        4. Tempat pertama
        5. Tempat terakhir
        6.
        7.
        9. Mata putih
        10. Hari mau hujan

        • At 2008.11.17 08:28, nuaeman said:

          tak cukup tepat.. cuba lagi.. :)

        • At 2008.11.17 08:15, RizalHardy said:

          1. kaki
          2. 10 ekor
          3. cap jari
          4. tempat kedua
          5. pertama
          6. pasang suis A sehingga lebih kurang 5-10 minit… lepas tu pasang lampu B dan naik ke bangunan … nak kenal pasti lampu,

          Lampu A : mentol tak menyala tapi panas
          Lampu B : Lampu yang menyala
          Lampu C : lampu yang padam dan sejuk
          (sama seperti di atas…bley?)

          7. bayar hotel = 30
          bayaran sebenar = 30 – 25 = 5 henget
          belboy amik 2 henget = belen 3 hengget
          3 henget dia bagi balik kat 3 mamat tuh…
          jadi memang ada 30 henget kat situ… tak ilang mana pun…
          hang yang wat jadik 27 henget tuh…haha…

          8. mata juling
          9. 3 gak, sebab teringin belum tentu buat…haha
          10. harimau…gile ke nak potong kuku harimau….

          so camno bro? paypal gua dah lapor fund nih…wakaka

          RizalHardy’s last blog post..Temubual bersama Nabil Raja Lawak di Astro Awani

          • At 2008.11.17 08:27, nuaeman said:

            Zal, ada dua yang perlu diperbetulkan kat situ..

            ko kene cari jawapan yang paling tepat untuk 1 dan 8.. cepat sebelum orang lain pintas.. :D

        • At 2008.11.17 08:45, GiLa said:

          Emm..Aku wussadotcom dari WC..heheh.nak test.
          1-Kaki
          2-10
          3- Manusia
          4-Tempat kedua
          5-Still no dua
          6- Bangunan tu jer 20 tingkat, bilik mentol dan suis tempat sama.
          7- Mereka bayar mula2 $10 seorang- total $30. Discount $5 so diorang kena bayar just $25 tapi Bellboy curi $2,total $25 kena bayar, so last2 setiap sorang bayar $9×3=$27
          8-Ali
          9-3
          10-Harimau

          • At 2008.11.17 08:52, nuaeman said:

            ada yang tak tepat bro.. :)

          • At 2008.11.17 08:48, |1f34|-|1r3 said:

            1. tapak kaki
            2. ada 10 ekor gak psl dia melompat jer..bukan melompat keluar dari lori
            3. cap jari
            4. Kedua
            5. Pertama..fuh..power gak aku berlari..
            6. sama cam Kak Jie jawab…pasang mentol utk suis A 5-6 minit, tutup suis A, pasang suis B dan naik ke atas. Cara nak tentukan, mentol A tak menyala tapi rasa panas, mentol B menyala, mentol C tak menyala tapi tak rasa panas langsung.
            7. kos hotel = 30
            kos sebenar = 30 – 25 jadi balance 5 ringgit
            budak loceng amik 2 ringgit, tinggal 3 ringgit
            3 ringgit tuh dapat balik kat mamat tuh…
            so sebenarnya takde hilang mana pon duit tuh….

            8. Ali
            9. Ada 3 ekor lg sbb seekor tuh ingin melompat..lompat nyer blog lg..isk..bunyi cam politik la plak
            10. harimau laaaaaa..

            |1f34|-|1r3’s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?

            • At 2008.11.17 08:53, nuaeman said:

              Jawapan dah betul tetapi lambat 4 minit.. bro.. takpe insya_Allah akan2 datang aku wat lagi.. :) terima kasih kerana memeriahkan kuz hari ni :)

          • At 2008.11.17 09:00, ezad said:

            1. Bayang2
            2. 10 ekor
            3. cap jari
            4. tempat kedua
            5. pertama
            6. pasang suis A sehingga lebih kurang 5-6 minit… lepas tu pasang lampu B dan naik ke bangunan … nak kenal pasti lampu,

            Lampu A : mentol tak menyala tapi panas
            Lampu B : Lampu yang menyala
            Lampu C : lampu yang padam dan sejuk

            7. Kesilapan matematik
            8. Ali..ekekek
            9. 3
            10. Harimau…miaw2

            • At 2008.11.17 09:12, nuaeman said:

              Ada yang tak tepat jad.. dan kita dah ada pemenang pun.. :) terima kasih kerana mencuba..

            • At 2008.11.17 09:35, ezad said:

              Guna ayat diorang kt atas..saje suka2, nak bg pd yg xmenang pun xpe..hehe

              • At 2008.11.17 09:55, chuckiesd said:

                Aku try laa….

                1) Bayang-bayang
                2) 10 ekor laa…sebab deorang melompat kat dalam lori jer…
                3) Ibu jari yang di buat cap jari sebagai pengenalan diri..
                4) Tempat ke – 2…sebab die tak potong lagi org tpt pertama..
                5) Tempat yang terakhir – sebab pertandingan blom habis lagi…
                6) Ali turun bawah ambik 2 walkie talkie…mintak tolong pembantu die stay kat bawah..die naik atas balik..and berhubung melalui walkie talkie jer…dah dpt result…trn balik bgtau boss die…
                7) Takder laaa maner mamat tu tau yg bdk 3 orang collect sorang rm10? lgi satu..yang die sibuk2 nak nak pk camner nak bagi rm5 kenaper? bg jer laa..pandai2 laa mamat 3 orang bg2 sama rata…beli choki2 ker…
                8) Ali
                9) masih lagi 3…sebab seekor dari katak tu baru berhasrat nak lompat…blom lompat lagi…ayt ko ingin ke tebing sungai kan…
                10) Harimau – kalau potong kuku tak ganas beb….

                chuckiesd’s last blog post..SUSUK……

              • At 2008.11.17 10:52, farahaznil said:

                ceh..den terlopeh…haha

                • At 2008.11.18 14:27, nuaeman said:

                  Takpe lain kali ado lagi.. :) doa-doakanlaa aku bermurah hati lagi

                • At 2008.11.17 15:03, Kujie said:

                  hehehe..tadi dtg sambil2 masak..tu yg blur2 jawap tu
                  mlm dtg ingat nk try lagi
                  rupanya dah ade pemenang..hehehe

                  apesal choose a different post to show tu asik entri yg 2-3 minggu lepas je…

                  Kujie’s last blog post..Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung

                  • At 2008.11.17 15:24, nuaeman said:

                    Haah.. tak tau laa kak jie.. camne boleh keluar post lain yek

                  • At 2008.11.17 18:41, Richie said:

                    bro nuamen.. aku nak mohon exchange link mau ka? kalau maun.. reply comment kat blog aku ya boss…

                    Richie’s last blog post..I’ve Been Paid By Triond

                    • At 2008.11.18 00:41, nuaeman said:

                      Ok Richie, dah reply and take action pun.. :)

                    • At 2008.11.18 12:28, samdaddycool said:

                      owh… best nyer kuiz! aku bz.. tak blogging beberapa hari…

                      samdaddycool’s last blog post..eBay..?? Haiwan apakah ituuu???

                    • At 2008.11.18 14:02, titan said:

                      erk..sakit kepala aku nk jawab soalan nih. kalau soalan add-math. leh gak aku kira-kira…

                      • At 2008.11.18 14:26, nuaeman said:

                        Soalan add-math?? hah ada satu soalan yang lebih kurang cam add-math tapi aku sendiri tak tahu jawapan.. haha tu yang tak masukkan kat sini.. lagi pening orang aku rasa..

                      • At 2008.11.18 18:33, titan said:

                        hehe..nanti aku peningkan otak aku. sekarang. Nak layan TV jap. haha..

                        titan’s last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters

                        (Required)
                        (Required, will not be published)