Sukarkah Nak Mencari Jodoh?


Ditulis pada December 4, 2009 – 12:09 am | Oleh nuaeman
Share

“Jodoh, Pertemuan.. , Ajal, Maut ditangan Tuhan..”

Biasa sangat kita dengar ayat ni kan.. Bila bercakap tentang jodoh memanglah ianya ketentuan Tuhan tapi kita kenalah juga mencari. Kriteria-kriteria bagaimana yang dimahukan selain dari 4 prinsip yang Rasulullah saw dah berikan iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan yang paling penting Agamanya. Ramai orang yang menambah lagi syarat-syarat dimana kononnya untuk lebih bersesuaian dengan selera mereka.

Adakalanya sebab yang mereka tak terima seseorang bukan kerana tak menepati 4 prinsip yang diatas tu tetapi oleh sebab ada kekurangan pada syarat-syarat tambahan. Kadangkala syarat-syarat tambahan tu kita nampak macam remeh sahaja. Contohnya ada wanita nakkan lelaki yang berkumis macam Dato K sebagai pasangan hidup dan ada pula lelaki yang tak suka wanita yang berkulit cerah. Lebih haru apabila syarat-syarat tambahan ni seolah-olah lebih diutamakan. Mereka-mereka ni dah bukan mencari jodoh tetapi mencari pasal!

Ada juga yang menjawab “Faktor-faktor tambahan seperti itu bukankah termasuk dalam kategori kecantikan. Cantik tu kan subjektif..” Mungkin boleh diterima alasan tu.. tetapi Rasulullah saw telah berikan kita kaedah terbaik untuk memilih, yang mana faktor Agama hendaklah diberi keutamaan. Perlu diingat kecantikkan rupa paras hanyalah bersifat sementara sahaja tetapi kecantikan peribadi yang lahir dari ketundukan kepada perintah agama itulah yang penting dalam menghidupkan kerukunan hidup berumahtangga. Kalau dah bersifat sementara bermakna ia tak kekal lama dan apabila tak kekal lama maka ia bersandar pada faktor yang rapuh. Oleh yang demikian, bila benih cinta cuba diletakkan pada faktor yang rapuh maka logiknya ia sukar untuk bertahan lama.

Peringatan ini untuk mereka-mereka yang terlalu cerewet memilih pasangan sehingga tiada satu pun yang berkenan di hati. Bagi sesetengah orang pula mereka memang memberi penekanan kepada soal agama dan langsung mengakui sukar untuk bertemu insan soleh atau solehah di zaman ini. Tak terkecuali mereka-mereka yang kurang mengamalkan ajaran islam tetapi jauh disudut hati tetap mahukan pasangan yang soleh atau solehah. Betulkah sukar nak temui insan sebegitu sekarang?

Bila difikirkan memanglah susah kalau nak menilai seseorang samada soleh/solehah atau tidak. Kalau yang perempuan, memanglah yang bertudung tu belum tentu solehah tetapi bila dah tak bertudung ternyata mereka melanggar salah satu suruhan Allah. Yang lelaki pula, apakah yang berketayap atau bersongkok itu satu jaminan mereka tu soleh. Tak jugakkan? Sememangnya jika asyik nak menilai iman seseorang sampai bila pun tak selesai. Jadi apa penyelesaiannya?

Beginilah.. dari sibuk menilai orang adalah lebih baik mereka-mereka ni menilai diri sendiri. Banyak perkara dalam dunia ni berkonsep “what you give you get back” jadi sebelum bertemu insan soleh/solehah tu ubah-ubahlah diri sendiri dahulu dengan banyak beramal soleh. Insya_Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan insan yang tak berapa soleh tu bolehlah mereka bimbing kerana tak semua yang kita nak tu Tuhan beri serta merta. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, yang penting kita yang dekat dunia ni sentiasa laksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya…

Masih rasa sukar nak mencari Jodoh..?

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Seharian mencari ‘Emak ingin naik Haji’ untuk tontonan Hari Ibu

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 17 Responses to “Sukarkah Nak Mencari Jodoh?”

  2. By maza on Dec 4, 2009 | Reply

    fuhhh!!! nasib baik maza dah menikah, tak ler pening2 kepala lagi kanzz. hehehhe

    psst: betul tu kata neuman.. maza sokong 100%

    mau yg soleh, sendiri kena jadi soleh lah juga, kanzzz.hehhehe..baru ler sama padan.. hehehhe

    [Reply]

  3. By zool on Dec 4, 2009 | Reply

    Aku memang mengalami masalah tu sekarang ni.. Huhuhuhu

    [Reply]

  4. By farahaznil on Dec 4, 2009 | Reply

    zool cerewet kot..haha

    [Reply]

  5. By farahaznil on Dec 4, 2009 | Reply

    klu prmpn la..dia bkn takat kira kaya…kaya agama,harta,rupa,mental n etc..ekekekekeke…

    p/s-klu prmpn mcm tu nak-nya..cerewet ke?hi hi hi

    [Reply]

  6. By Kujie on Dec 4, 2009 | Reply

    hidup kak jie sgt simple
    bertemu jodoh cara yang simple
    urusan dari A-Z pun berlalu dgn cara yang simple

    ( duit hantaran boleh bank in je )

    lepas kahwin pun tak pening2 kepala nak fikir yang bukan
    sebab – terima keadaan apa adanya.

    jodoh boleh diusahakan, ketentuannya dari Allah

    [Reply]

  7. By jawatan kosong on Dec 5, 2009 | Reply

    Cari jodoh itu seperti cari kerja. Boleh kita apply banyak2x tapi hanya 1 yang kita terima.

    [Reply]

  8. By hafizmd on Dec 5, 2009 | Reply

    1 ker?opss..:D

    [Reply]

  9. By hafizmd on Dec 5, 2009 | Reply

    trima ksih utk entri yg ade inti yg bermanfaat..itula..jodoh kene diusahakn..ketentuannya hak milik Allah jua..yg penting..tgk agamanya..bukan rupenyer ajer..buat apela rupe ajer cantik..tp menyakitkan hati..kan kan?

    alhamdulillah jodohku solehah..ameen

    [Reply]

  10. By Shaffik on Dec 7, 2009 | Reply

    Kena percaya pada satu benda bro..kalau kita baik insyallah kita akan bertemu jodoh yang baik. betul kata ko..perbaiki diri sendiri dulu sebelum mencari yang terbaik untuk menjadi pasangan kita.

    [Reply]

  11. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    Takpe maza.. boleh guna petua ni untuk tambah cawangan.. hehe

    [Reply]

  12. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    Ko jelaa kawin ngan dia farah.. amacam ? Okeh?

    [Reply]

  13. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    Camne ni bang.. takkan takde yang berkenan dihati kot.. si fara kat bawah ni pun boleh.. :)

    [Reply]

  14. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    baguslaa tuh.. bila agak nak kawin ni..? :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    kak jie bukan setakat simple jee tapi sempoi.. respek ahh.. :)

    [Reply]

  16. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    Haah yee.. satu jee kee.. :)

    [Reply]

  17. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    alhamdulillah…

    [Reply]

  18. By nuaeman on Dec 7, 2009 | Reply

    Tuhan tu Adil..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled