Sekeping Roti Tisu, Dua Gelas Nescafe Panas
Ditulis pada December 10, 2009 – 6:46 pm | Oleh nuaeman Share
“Siapa Nak ikut Ayah..?!” Aku membuat tawaran sejurus keluar dari bilik pertapaan.
“Shaya!!!” Disambut Ammar
“Ibu taknak ikut..?” cuba menduga si Ibu yang dari lirikkan matanya tadi seperti mahu di lawa
“Kalau orang ajak, ibu ikut.. Ayah nak pergi mana?” balasnya berserta senyuman terukir
“Cari Roti tisu nak..?”
Selalunya begitulah…
Sekeping roti tisu sudah cukup untuk diratah kami 4 beranak. Kalau tak cukup kita ‘order ‘ lagi.
Apa susah..
________________________________________________
Ada yang bertanya:
“Apakah Blogger yang buat duit dari blog ni kerjanya 24 jam duduk dihadapan komputer sahaja?”.
“Kalau yang part time tuh, apakah lepas balik kerumah terus terusan saja duduk dalam dunia blognya tanpa menghiraukan persekitaran?”
Perlu diingat bahawa tak kiralah apa namanya pun samada blogger, internet marketer, ebayer dan sebagainya mereka juga manusia yang tidak dapat lari dari fitrah. Menghabiskan masa 24 jam dihadapan komputer hanya menjadikan diri kita muak untuk melihat monitor!
Anggapan-anggapan yang salah ini membuatkan sesetengah isteri kurang bersetuju apabila suami ingin melibatkan diri dengan bisnes di internet kerana takut kurangnya masa bersama dengan keluarga. Bagi mereka tidak ada bezanya apa yang dilakukan ini dengan perlakuan suami-suami jenis kaki pancing yang kerapkali meninggalkan anak bini kerana terlalu memperturutkan hobi. Mungkin satu sahaja yang ketara bezanya iaitu jasadnya masih di depan mata tetapi dirinya entah telah terbang kemana. Tidak pasti samada sedang asyik ataupun telah sesat di dalam dunia internetnya.
Dua perkara yang ingin disentuh disini, pertamanya mengenai ‘masa bersama keluarga’. Bagaimana kita mengistillahkan masa bersama keluarga itu? Kita ambil suatu keadaan, suami dan isteri sama-sama menonton TV dirumah dalam keadaan keduanya sibuk melayan fikiran sendiri tanpa ada komunikasi manakala anak-anak dibiarkan bermain sendirian. Apakah ini boleh dimaksudkan ‘masa bersama keluarga’? Jasad bersebelahan tetapi fikiran entah kemana. Kalau isteri berpuas hati dengan keadaan begini maka suami hanya perlu bawa sahaja komputer atau laptop dihadapan TV.
Masa bersama keluarga bukan dinilai berapa lama yang diperuntukkan tetapi sejauh mana ia dimanfaatkan dengan aktiviti berkualiti yang menerbitkan komunikasi intim suami isteri serta mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga. Biarlah suami teruskan minatnya tetapi sama-sama harus bijak mengatur masa bersama keluarga. Tak semestinya perlu melancong ke luar negara malah sekeping roti tisu beserta dua gelas nescafe sudah cukup untuk redakan ketegangan disamping merasai nikmat berkongsi cerita.
Satu lagi perkara ialah tentang alasan lazim para suami yang mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga atas sebab ingin mencapai matlamat mereka iaitu “saya lakukan semua ini untuk anak isteri”. Matlamat tersebut tidak boleh dijadikan sebab tidak terlaksananya tanggungjawab hingga ke tahap mengabaikan keluarga. Memang wujud sesetengah orang yang hampir 24 jam di depan monitor tanpa menghiraukan keadaan sekeliling tetapi biasanya mereka-mereka yang ber’peel’ begini adalah kerana belum temui arah bagaimana nak bermula atau hanya termenung tidak tahu nak buat apa.
Internet bukan penyebab tetapi kelemahan dalam hal menguruskan diri dan rumah tangga yang menjadi punca utama. Walaubagaimanapun bapa-bapa yang melibatkan diri dengan dunia buat duit dari blog ataupun apa jua bisnes di internet kenalah fleksibelkan diri. Adakalanya bila semboyan berbunyi “Ayah..! Adik nak susu!” atau “Ayah..! Adik berak!” maka janganlah buat “don’t know” sahaja. Ringan-ringankan lah tulang tu barulah emosi isteri terbela. Walaupun kerja-kerja ini tidak memberikan wang ringgit tetapi nilainya lebih tinggi dari setiap dollar yang anda terima.
Kesimpulannya, Isteri perlu memahami minat dan juga matlamat suami manakala di pihak suami pula seharusnya mengambil berat kehendak isteri maka faedahnya akan dikongsi sekali bersama anak-anak. Barulah boleh dikatakan sebagai ibu bapa hebat.
Nak hebat lagi anak beranak kita pakat jadi blogger.. Amacam ?!
Entri Berkaitan:






15 Responses to “Sekeping Roti Tisu, Dua Gelas Nescafe Panas”
By aktechpage.com on Dec 11, 2009 | Reply
Saya masih bujang lg…
Tp rasanya kerja mencari duit di internet boleh membuatkan isteri berasa selesa kerana suami di depan mata.. mesti berkomunikasi punya…takkanlah duk depan laptop/monitor tak hiraukan keadaan sekeliling…
Orang ke apa tu…. heheheeh
[Reply]
By famia on Dec 11, 2009 | Reply
roti tisu!
favorite!
[Reply]
By knightblogger on Dec 12, 2009 | Reply
err..roti tisu satu..
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2009 | Reply
ada yang macam tu bang.. masuk bilik tutup pintu.. kira dah masuk dunia dia takde sape bleh kacau.. heh..
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2009 | Reply
sedap.. makan serpih sikit-sikit ngan anak-anak..
[Reply]
By nuaeman on Dec 12, 2009 | Reply
SIAP!!!!
[Reply]
By muhafis on Dec 12, 2009 | Reply
roti tisu memang lazat.. hehe kegemaran ke?
[Reply]
By samdaddycool on Dec 13, 2009 | Reply
Bro.. dah jadi full time blogger ke still part time lagi?
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2009 | Reply
kegemaran keluarga.. Mudah diratah.. sedap dimakan.. tak susah untuk dikunyah.. lebih mudah nak ditelan..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2009 | Reply
Blom lagi aa Sam.. on the way.. hehe..
[Reply]
By samdaddycool on Dec 13, 2009 | Reply
Oic.. takpe mantapkan dulu income blogging… Aku tgh merangkak blogging, byk lagi tak settle ebay .. so lom bole blogging betul2.. (dot com pun tak setup lagi)..
[Reply]
By Shaffik on Dec 14, 2009 | Reply
Betul tu bro, Memang. Bila dah berkeluarga ni kadanag terganggu jugak bila ada job. Tapi, dahulukan keluarga, isteri dan anak. Barulah keberkatan tu sampai.
Sebab tu aku memilih blogging. Lebih banyak masa di rumah.
[Reply]
By muhafis on Jan 5, 2010 | Reply
tapi banmyak gula, tak takut kencing manis kee numan? heheheh
[Reply]
By nuaeman on Jan 6, 2010 | Reply
sesekali jee makan…
kadang2 kita pekena nasi ayam penyek
[Reply]
By menj on Feb 23, 2010 | Reply
Nampak sedap betul makanan tu, buat aku rasa lapar!
[Reply]