Mampukah kita menewaskan Ultraman?
Ditulis pada May 19, 2010 – 11:33 pm | Oleh nuaeman Share
Sedang aku bertungkus lumus menyiapkan satu manuskrip tiba-tiba pintu bilik dikuak.
“Ayah.. nak tengok otomen..” sapa Ammar sebaik pintu dikuak.
“Otomen belum ada lagilah.. nanti esok ada otomen. Ammar suruh nenek bukak ye” aku cuba tenangkan keghairahannya yang baru beberapa hari ini mengenali Ultraman.
“Nak tengok otomen…” dia merayu.
“Emm… nak ikut ayah..?” aku menduganya
“Nak!” Jawapan ringkas tetapi nadanya cukup mengujakan
“OK, cakap ibu suruh siap”
Ultraman..
Watak superhero ciptaan jepun yang pernah satu ketika menjadi pujaan aku kira -kira 25 tahun. Aku percaya rata-rata anak kelahiran tahun 70-an dan 90-an pernah melalui zaman itu. Zaman yang bersandarkan hanya kepada 2-3 saluran TV. Tiada saluran Astro Ceria yang menayangkan rancangan kartun hampir 24 jam. Ultraman pada waktu itu hanya muncul seminggu sekali dan ditayangkan pada sebelah petang. Berbeza dengan ultraman sekarang yang ditayangkan tidak kira masa.
Sebenarnya kalau mahu diceritakan tentang superhero jepun bukan sahaja setakat Ultraman malah banyak lagi yang menjadi bahan cerita anak-anak disekolah cuma Ultraman kelihatan lebih hebat dan menonjol. Hebatnya Ultraman bukan sahaja kerana ketangkasannya menumpaskan pelbagai jenis rasaksa tetapi kemampuannya bertahan sehingga kini. Diakui ini adalah salah satu pengaruh TV terhadap minda anak-anak cuma kadangkala kita mahu anak-anak kita merasa apa yang pernah kita alami satu ketika dahulu. Cuma kalau boleh janganlah biarkan dia berseorangan melayan Ultraman sehinggakan watak itu menguasai mindanya. Luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama mereka.
Kalau boleh jika ditanya kepada mereka “mahu jadi hebat seperti siapa?”. Biarlah jawapannya mahu jadi hebat macam ibu atau ayah bukan mahu jadi hebat macam Ultraman.
Tetapi sebelum dapat jawapan seperti itu kena fikirkan dahulu bagaimana untuk tewaskan Ultraman.
P/S: Dapatkan Tips menjadi ibu bapa hebat DISINI.
Entri Berkaitan:
Tags: Bagaimana menewaskan Ultraman, bagaimana menjadi ibu bapa hebat, Ibu bapa hebat







13 Responses to “Mampukah kita menewaskan Ultraman?”
By farahaznil on May 20, 2010 | Reply
hahaha..betul2..hebat sgh ultraman ni..smpi skrg pun ada lg..jgn kata bdk kecil..yg tua ni pun kekadang layan juga dgn cerita ultraman ni..hahaha
p/s-wohooo..jd pengomen pertama kali ni..hi hi hi
[Reply]
By sangilapi on May 20, 2010 | Reply
mat,aku masa kecik memang tak dapat tengok kat tv…tapi aku menyaksikan secara live,kawan-kawan aku jadi superhero ni,pakai topeng hero kepala lonjong ni sambil beraksi
[Reply]
By nuaeman on May 20, 2010 | Reply
Wah lama tak nampak cik akak.. tetiba jadi pengkomen pertama pulak.. nampak sangat peminat setia ultraman..
[Reply]
By nuaeman on May 20, 2010 | Reply
Lagi best dapat tonton live.. hehe
[Reply]
By cyza on May 20, 2010 | Reply
Aku dulu memang minat ultraman…Ayata menjadi ultraman…dah besar macma tak heran…huhu…
[Reply]
By imran on May 21, 2010 | Reply
Inilah penangan rancangan TV pada kanak-kanak. Kalau boleh saya tak mahu pasang TV di rumah, tapi setelah difikirkan perlu juga. Cuma perlu pemantauan dari ibu bapa. Lebih-lebih lagi sekiranya anda melanggan Astro.
p/s : Channel 611 saya lock dengan password yang diketahui oleh saya dan isteri sahaja
[Reply]
By nuaeman on May 23, 2010 | Reply
Ayata.. aku ingat watak tu.. itu ultraman bertanduk ke?
[Reply]
By nuaeman on May 23, 2010 | Reply
Betul tu Imran
[Reply]
By fiezaradzi on May 26, 2010 | Reply
mmg budak2 skg, esp lelaki, ultraman je tau.. de masa terluang, ultraman jer.. mugkin terlalu byk kot pendedahan ultraman ni.. tapi kalau leh dikawal..ok.. tak salah..
sedap hati lau dgr anak2 sebut allahuakbar.. atau baca doa, dripada dgr anak2 kecil menyanyi lagu yg kita sendiri tak tau…
[Reply]
By Dila.13 on May 27, 2010 | Reply
Hmm.. nak tewaskan Ultraman? sampai bila pun tak tertewas sebab dia kat alam dongeng.. hehe.. dan saya rasa parents sekalian kena pandai suapkan anak2 mereka dengan bahan tontonan ilmiah aje.. masa kecik, saya sendiri suapkan diri saya dengan Sesame Street! 9-11 am tiap2 hari isnin-jumaat! lepas tu siap ke sekolah dan praktik kat kelas BI
Mujarab banget!
[Reply]
By sangilapi on May 29, 2010 | Reply
ooo…itu langkah awal dila dalam memahirkan diri dalam BI ye
[Reply]
By Dila.13 on Jun 2, 2010 | Reply
ye la bro johari.. ntah itu je rancangan yang menarik untuk saya tengok masa sekolah2 dulu.. sebelum tadika layan kartun-kartun disney & looney tunes
[Reply]
By zamri on Sep 28, 2011 | Reply
bagaimana untuk tewaskan Ultraman…? kata-kata tu mendalam tu..cuba baca soalan tu sekali lagi…
[Reply]