Dunia kita Berbeza
Ditulis pada October 21, 2009 – 9:16 pm | Oleh nuaeman Share
Satu masa dahulu Martian dari planet Mars dan Venusians yang berasal dari planet Venus telah dipertemukan secara tidak sengaja. Ianya bagai cinta pandang pertama buat Martian yang tidak teragak-agak menaiki kapal angkasa untuk segera ke Venus bagi menemui cintanya Venusians.
Venusians menerima kehadiran Martian dengan hati terbuka. Buat pertama kalinya dia telah jatuh cinta dan apa yang dialami oleh mereka berdua sememang sesuatu yang MAGIS. Kedua-duanya terasa kehidupan mereka cukup Indah dengan melakukan setiap perkara bersama dan berkongsi setiap permasalahan sesama mereka walaupun sebenarnya mereka berdua adalah berasal dari dua planet yang berbeza.
Mereka berdua menghabiskan banyak masa untuk cuba memahami antara satu sama lain. Mereka sedar akan kewujudan perbezaan antara mereka berdua dari segi kehendak, dan juga sikap semulajadi. Selama beberapa tahun mereka hidup dengan bunga cinta dan cukup harmoni.
Kemudian mereka berdua membuat keputusan untuk terbang ke bumi. Pada awalnya segala yang mereka alami adalah cukup indah. Malangnya panas tidak sampai ke petang apabila faktor atmosfera dibumi telah memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Keduanya secara tiba-tiba telah menghidapi penyakit lupa. Martian dan Venusians menjadi lupa yang mereka adalah dari dua planet yang berasingan dan sememangnya wujud perbezaan antara mereka. Pada suatu pagi segala yang telah mereka cuba fahami tentang perbezaan antara mereka sama sekali lenyap dari ingatan. Bermula dari detik itu wujud konflik dalam perhubungan mereka…
Sedikit olahan dari kisah dongeng di dalam salah sebuah buku tulisan John Gray “Men Are From Mars, Women Are From Venus“. Walaupun ianya adalah sebuah karya dari seorang bukan muslim tetapi isi yang terkandung didalam buku ini adalah Sunnatullah sepertimana yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul jamil didalam buku beliau ‘Aku Terima Nikahnya..”. Lelaki dan Wanita sememangnya dijadikan Allah Talla dengan fitrah masing-masing. Kita akui semua itu tetapi apabila melayari bahtera perkahwinan ramai di antara kita menjadi lupa dengan fakta awal tadi lalu seringkali si Isteri mengharapkan sang suami bersikap begini manakala sang suami pula kerap menyangka yang si isteri mempunyai perilaku begitu maka berlakulah konflik di dalam perhubungan.
Buku ini amat menarik dibaca lebih-lebih lagi buat pasangan yang masih belum dapat memahami antara satu sama lain terutamanya dalam soal komunikasi. Kadangkala oleh kerana masalah-masalah seperti itu kita mudah bermasam muka sesama pasangan walaupun puncanya adalah terlalu kecil. Hasil tulisan John Gray ini membawa kita balik kepada mengenali planet masing-masing serta beberapa panduan dalam mengatasi berlakunya konflik antara pasangan atas sebab terlupa.. terlupa yang DUNIA KITA BERBEZA..
No related posts.
























9 Responses to “Dunia kita Berbeza”
By Kujie on Oct 21, 2009 | Reply
kerana kita berbezalah kita saling melengkapi satu sama lain dan saling bergantungan sesama….
[Reply]
By cookdong on Oct 22, 2009 | Reply
memang rajin baca buku ni. baguslah..saya dah tanya kawan2 saya, sorilah ustaz, memang susah nak cari lakaran sahrawi
[Reply]
By encikx on Oct 22, 2009 | Reply
as’kum…
best2 buku ni..
[Reply]
By hafizmd on Oct 23, 2009 | Reply
entri yg bgus..tahniah…mmgla…kite kenela sentiasa ingat yg hidup ni perlu saling bertolak ansur dan memahami..jgn igt diri kite ni la yg paling perfect..
[Reply]
By nuaeman on Oct 23, 2009 | Reply
Tapi tulah kak jie kadang kita terlupa.. sehingga tak berlaku tolak ansur dalam perhubungan.. ini harap begini yang itu nakkan begitu.. berlakulah ketidaksefahaman
[Reply]
By nuaeman on Oct 23, 2009 | Reply
Tak kisahlah cookdong, terima kasih kerana bantu tanya member-member. Mungkin dah susah sikit nak cari sekrang kot..
[Reply]
By nuaeman on Oct 23, 2009 | Reply
Waalaikumussalam..
ye ke..
[Reply]
By nuaeman on Oct 23, 2009 | Reply
penting peringatan ni.. kita bukan perfect utk mengharapkan pasangan kita perfect.. tapi kita sama melengkapi ketidakperfectfan itu..
heh apa bahasa aku guna ni..
[Reply]
By titan on Oct 25, 2009 | Reply
satu bcaan yang baik untuk hari ini.
[Reply]