Duhai isteri, sejauh mana kekuatanmu..


Ditulis pada April 3, 2010 – 6:33 pm | Oleh nuaeman
Share

Kematian selalunya akan buat manusia lain yang hidup terasa insaf tetapi persoalannya mampukah rasa itu bertahan?

Suami : Isteri arwah Din Beramboi itu kuat semangat..kan? , ibu rasa.. ibu ada kekuatan macam itu tak?

Isteri : Entahlah ayah.., ibu rasa setakat ini ibu masih belum mampu sekuat itu.. mungkin kalau ibu di tempat dia, boleh pengsan jadinya.

Suami : Tapi.. ibu kena belajar untuk jadi kuat macam itu.. bila dah berlaku sesuatu ibu tetap kena menghadapi.

Isteri : Eh, ayah kenapa pulak cakap macam ini?

Suami : Ayah tanya sahaja, sebab…  Ayah kalau boleh mahu ibu kuat untuk menghadapi apapun..  Setakat kita kahwin ayah faham sangat dengan ibu. Ayah tak fikir orang lain kerana mereka tidak hidup dengan ayah. Ayah fikir ibu dan anak-anak.

Isteri : Ayah cakap apa ni?

Suami : Tidak… ayah hanya mahu tahu kekuatan ibu untuk hadapi sebarang musibah jika ia menimpa ayah.. jangan difikir apa-apa.  Bukanlah bila bertanya macam itu seolah-olah ajal ayah telah dekat.. itu rahsia Allah.. kita tidak tahu bila kita akan mati.. Din Beramboi pun tidak tahu dia akan mati.. cuma naluri yang membawa dia bersikap sebegitu di akhir-akhir hayat dia… seolah-olah dia mengetahui tetapi sebenarnya tidak.. cuma dalam hal ini ayah mahu ibu belajar menjadi seorang yang kuat. Boleh?

Isteri : ……… ( hanya air mata menjadi jawapan…)

Untuk isteri-isteri di luar sana sejauh mana kekuatanmu…?

………………………………………………………….

Malam tadi aku diselubungi rasa sedih..

sedih dengan apa yang berlaku..

sedih dengan diri..

buat aku bertanya pada diri sudah bersediakah aku..

kepada semua kuucapkan selamat berjaya..

Untuk harungi alam baru.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Salam Akhir buat isteri tercinta..
  2. Akta Halal: Menanti sejauh mana keberkesanannya
  3. Buku yang buat para isteri Resah
  4. Puisi Buat Suami Isteri..
  5. Ucapan Salam di mana-mana

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 12 Responses to “Duhai isteri, sejauh mana kekuatanmu..”

  2. By Bb Hussain on Apr 3, 2010 | Reply

    selalunya rasa insaf pada diri saya akan bertahan untuk seketika apabila mendengar kematian..tapi sejak ayah pergi..rasa ingin melakukan semuanya dengan sebaik mungkin..

    [Reply]

  3. By Nadri on Apr 4, 2010 | Reply

    betul kata BB..kita biasanya insaf ketika berada diupacara pengkebumian shj..

    bila kaki melangkah balik, rasa keinsafaan itu akan hilang sedikit demi sedikit..

    [Reply]

  4. By x-po on Apr 4, 2010 | Reply

    sjujurnya aku ckp aku blm bersedia utk sume tu…sbb aku ni terlalu byk dosa

    [Reply]

  5. By nuaeman on Apr 5, 2010 | Reply

    Moga ia berterusan.. yang penting akhir hayat kita nanti…

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 5, 2010 | Reply

    Betul tu bro.. sebab rasa itu tidak disusuli dengan apa yang kita patut lakukan. makanya ia hilang ditelan waktu.. dan atas kelalaian manusia sendiri

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 5, 2010 | Reply

    mengakui kita punya dosa lantas memotivasikan diri kita untuk memohon ampun.. moga kita gunakan sebaiknya peluang yang kedua ini.

    [Reply]

  8. By fiezaradzi on Apr 5, 2010 | Reply

    saper yg tak sedih atas kehilangan org trsayang? huhuu.. hanya pada Allah kite berserah..
    rase sebak lak bace dialog kt atas tu..
    bersediakah saya..????

    [Reply]

  9. By fiezaradzi on Apr 5, 2010 | Reply

    sedih bace dialog kt atas tu.. saper tak sedih kan lau kehilangan insan tersayang.. hanya padaNya kita berserah..

    [Reply]

  10. By imran on Apr 6, 2010 | Reply

    Oleh itu, isteri-isteri perlu bersiap sedia untuk apa-apa yang bakal terjadi.

    Ajal datang tidak cepat atau lambat walaupun sesaat.

    [Reply]

  11. By nuaeman on Apr 6, 2010 | Reply

    En hafiz sedang menunggu jawapan Pn Fieza.. :) bersediakah..?

    [Reply]

  12. By nuaeman on Apr 6, 2010 | Reply

    Ya, sepertimana yang telah tertulis.. kita hanya tunggu giliran sahaja

    [Reply]

  13. By AhliaAzharjaafar on Apr 9, 2010 | Reply

    Alhamdulillah…suami skrg sdg klr 2bulan jalan kaki (tabligh)…blaja2 utk letakkan pergantungan kepada ALLAH.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled