Berkahwinlah lagi sebulan sekali..
Ditulis pada August 25, 2009 – 1:07 pm | Oleh nuaeman Share
Jangan salah faham dengan tajuk yang boleh mengundang kontroversi di atas. Ianya hanyalah sekadar petikan kata seorang ahli hikmah kepada sahabatnya.
“Hendaklah kamu berkahwin lagi sebulan sekali”
Sahabatnya berasa pelik lantas bertanya semula “Bagaimana saya mampu bernikah sebulan sekali?”
Ahli hikmah itu berkata, “ Bermusafirlah sebulan sekali. Apabila engkau pulang ke rumah, nescaya kemesraan hubungan antara kamu dengan isterimu akan menjadi seperti Pengantin Baru!”
Saranan ini sebenarnya untuk menghilangkan rasa jemu antara pasangan yang telah berkahwin. Perkara ini boleh terjadi, mungkin tidak bagi kita tetapi ada berlaku pada orang lain. Ada pelbagai sebab yang boleh jadikan seseorang itu jemu samada mungkin kerana sikap pasangan contohnya seperti isteri yang selalu merajuk walau berhadapan perkara remeh ataupun suami yang sentiasa menzahirkan kemarahan serta tidak boleh berlebih kurang dalam perkara kecil yang mana ini semua amat berbeza dengan sikap-sikap yang ditunjukkan ketika belum berkahwin. Apatah lagi kalau dirumah si isteri asyik dengan bedak sejuknya yang bertepek-tepek manakala suami pula selesa dengan t-shirt Pagoda beserta kain pelikat yang berminggu tak dibasuh.
Sebab – sebab lain pula adalah seperti masakan yang mana jemu kepada makanan yang sama saban hari mengundang rasa bosan dengan orang yang memasak. Jangan terkejut bahawa suasana persekitaran atau ruang dalaman rumah juga boleh menjadi penyebab wujudnya rasa jemu antara pasangan. Ketua Editor Majalah Solusi, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam salah satu artikel beliau mengklasifikasikan sebab-sebab ini sebagai rasa jemu yang normal. Dari itu timbulnya saranan sepertimana kata ahli hikmah diatas bagi memperbaharui rasa cinta antara pasangan suami isteri.
Timbul pula satu masalah bilamana ada sesetengah isteri yang lebih suka mengikat kaki suaminya dirumah. Sang suami juga harus faham bahawa saranan ini bukanlah satu lesen pula untuk mereka berfoya-foya dikala ketiadaan isteri. Kalau boleh biarlah pemergian itu ada tujuannya seperti berseminar, berdakwah atau lakukan kerja-kerja kebajikan, ibaratnya seolah-olah pergi berjuanglah. Teringat pada satu rangkap kata-kata di dalam buku Aku Terima Nikahnya.. tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
“Seorang isteri yang menghalang suaminya untuk keluar berjuang , akan memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Pemergian suami atas dorongan isteri, ialah pemergian yang dibayangi kepulangan.”
Kalau boleh kita tidak mahu rasa jemu itu terus disusuli dengan hilangnya rasa cinta hinggakan masing-masing mula membuat haluan sendiri. Dengan tiada lagi komunikasi antara pasangan boleh mengakibatkan hubungan yang retak menanti masa untuk terpisah. Ini disifatkan sebagai rasa jemu yang tidak normal dan kunci utama sekiranya berlaku permasalahan seperti ini suami dan isteri hendaklah back to basic dengan memperbaiki hubungan mereka dengan Allah.
Walaupun tulisan ini seolah-olah disarankan hanya kepada suami untuk keluar bermusafir adalah tidak menjadi salah untuk isteri melakukan perkara sama kiranya mendapat kebenaran suami. Sesekali suami pula bersendirian memasak serta membasuh berak kencing anak-anak apa salahnya. Takkan itu pun boleh mendatangkan JEMU!
Tip Atasi rasa Jemu dengan Pasangan
1-Jaga solat berjemaah,samada dimasjid atau dirumah
2-Tingkatkan amalan-amalan sunat di dalam atau di luar rumah
3-Melancong atau bermusafir dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah dan merapatkan hubungan suami isteri
4-Tukar gaya komunikasi dan interaksi. Lazimkan senyuman dan selang selikan dengan gurauan
5-Sesekali ubah susun atur perabot sama ada di ruang tamu, dapur mahupun bilik tidur.
6-Sesekali para suami keluar kawasan dalam jangka masa tertentu untuk berdakwah atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
7-Belajar resepi masakan baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya
8-Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangan di dalam rumah.
(sumber: majalah Solusi)
Entri Berkaitan:





16 Responses to “Berkahwinlah lagi sebulan sekali..”
By Kujie on Aug 25, 2009 | Reply
Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Tiada yang kekal. Cinta yang pernah terasa membara itu pun tidak kekal. Akan ada habisnya.
Tiba-tiba perasaan cinta itu semakin menipis.
Jika cinta kita pada seseorang terasa semakin hambar, mohonlah untuk disegarkan, ditumbuhkan kembali. Jika kita mencintai yang terlarang, maka mohonlah pula agar syahwat cinta itu dipadamkan.
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 25, 2009 | Reply
akan aku aplikasikan bila dah kahwin kang… (adalah dalam 5 tahun lagii… =P) wahahahaha! tapikan, cam ne rasa bosan tu yerk… nasib baik, aku bujang lagi
[Reply]
By Shaffik on Aug 25, 2009 | Reply
Nice tips bro..Sentiasa buat kelainan tu salah satu cara menghilangkan jemu…Tip bagus untuk orang kelamin nie…
[Reply]
By Kak Long on Aug 25, 2009 | Reply
Cuba berkongsi minat yang sama mungkin dapat mengatasi rasa jemu.
Tips ni berguna untuk pengantin baru, pengantin lama dan bakal pengantin…
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 26, 2009 | Reply
penuh syahdu betul ayat kakji nie
[Reply]
By megat on Aug 26, 2009 | Reply
bg aku, jemu bukan berlaku terhadap pasangan tetapi apa aktiviti yang terjadi antara pasangan.
mungkin perlu melakukan sesuatu perkara baru bersama selagi ia berlandaskan agama.
yang selalu jadi masalah apabila salah seorang pasangan tidak beri kerjasama. maka ia akan menjadi tepu dan akhirnya perasaan jemu itu timbul.
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Kiranya rasa jemu tu tak perlu dilayankan yek Kak Jie?. Cinta yang menipis perlu dipupuk kembali. Suami Isteri kena ambil peranan masing-masing bukannya terlalu memikirkan tentang hak.
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
Orang Berpengalaman… banyak kena belajar ngan dia nih..
[Reply]
By nuaeman on Aug 26, 2009 | Reply
5 tahun lagi.. lamanya nak makan nasi minyak hang.. rasa bosan tu datang bila dilayankan sekelumit perasaan tu.. tak dikawal maka boleh terjadi penceraian bila masing-masing tak menemui jalan penyelesaian..
[Reply]
By Fatin Pauzi on Aug 26, 2009 | Reply
Setuju. Pernah dengar cicte kawan2 yang dah kawin tapi kerja jauh2 dan terpaksa meninggalkan isteri, mesti rasa macam pengantin baru bile sekali sekala balik.
[Reply]
By nuaeman on Aug 27, 2009 | Reply
Ha.. nanti kalau nak pegi berseminar jauh-jauh bolehlaa pakai alasan ni yek.. hehe
[Reply]
By nuaeman on Aug 27, 2009 | Reply
suami isteri memang sama-sama perlu jalankan peranan masing-masing.. bila dua-dua fikir tentang hak.. itu yang takde jawapan tu.. asik nak berpisah jee
[Reply]
By nuaeman on Aug 27, 2009 | Reply
suami isteri ni saling melengkapi.. mungkin ada yang isteri minat suami pulak tidak.. tetapi kenalah cari titik pertemuan sebagaimana mana kak long kata.. kongsi minat yang sama
[Reply]
By nuaeman on Aug 27, 2009 | Reply
nanti nak dengar cerita fatin pulak, bilak agaknya nak berumahtangga?
[Reply]
By samdaddycool on Aug 27, 2009 | Reply
Betul tu.. orang lama.. banyak dah garam yang dimakannya..
[Reply]
By abrablog on Aug 27, 2009 | Reply
Insya-Allah. Satu hari nanti..
[Reply]