What happen with “The Happening”
Ditulis pada July 14, 2008 – 8:40 am | Oleh nuaeman Share
Aku berkesempatan menonton satu filem malam tadi. Filem hasil buah tangan terbaru Mr. Night Shyamalan yang bertajuk “The Happening” . Aku selalunya tak pernah miss karya-karya beliau yang selalu mengungkap kes-kes paranormal . Bermula dari “The Sixth Sense” hinggalah ke “Lady in the Water”. Aku harap filem ni kalau tak lebih baik pun setidak-tidaknya mampu mengulangi kehebatan “The Sixth Sense” dan juga “The Village”. Tetapi setelah menonton keseluruhan filem ni aku tak rasa apa-apa yang hebat. Kalau sebelum ni “The Signs” yang membongkar fenomena “crop circle” aku anggap sebagai antara filem beliau yang kurang best, The Happening lebih teruk daripada tu.. huh!

Filem ini cuba menyingkap tentang fenomena “environmental crisis” ataupun boleh kata satu misteri berhubung dengan masalah ekologi yang mana boleh menyebabkan manusia jadi macam takde perasaan ( dah macam “invation” lak!) kemudian sangat berkeinginan membunuh diri. What! Apa kejadah fenomena nih? Kisahnya bermula di kota New York bilamana mereka-mereka yang terkena angin kus-kus ni mula berjalan kebelakang, bawah pulak ke tapak pembinaan menunjukkan pekerja-pekerja binaan sorang demi sorang buat terjun botol, kemudian berpindah ke satu pekan kecil dan berakhir di sebuah rumah buruk. Fenomena yang merbahaya ni hanya berlaku lebih kurang 24 jam. Aiyak.!!
Part paling lawak dalam filem nih adalah bila mereka mendakwa ada serangan terrorist. Apa punya bodoh daa.., dah sah-sah orang bunuh diri.. terrorist apa kebenda..! mungkin Shyamalan sengaja nak mempersendakan US kot.. hehe.. sikit-sikit terrorist attack! Secara jujur filem ni memang mengundang rasa ingin tahu untuk kita cuba tonton sampai habis tetapi “ending”nya memang mengecewakan.. kalau sesiapa yang biasa ngan Filem Mr Night Shyamalan mesti mengharapkan satu “twist ending“, Tetapi perkara ini tak berlaku dalam “The Happening”.
Lepas habis menonton filem ni aku cubalaa membuat research sikit tentang apa yang cuba disampaikan oleh si Shyamalan ni.. mengikut cerita filem ni diinspirasikan setelah beliau membaca biografi Albert Einstein..dimana didalamnya terkandung satu kisah bahawa Einstien seawalnya tidak mempecayai tuhan.. sehinggalah beliau menemui apa yang disebut “tangan tuhan” pada jurang saintifik. Dalam maklumat lain pulak katanya Shyamalan mendapat idea setelah membaca mengenai rumpai air yang mampu merembeskan toxid bagi melindungi dirinya.. emm.. inilaa kot neurotoxin sepertimana yang dimaksudkan dalam filem ni yang mana ianya mampu buat manusia jadi gila sampai sanggup membunuh diri. Uish…
Makin banyak maklumat aku cari makin serabut jadinya.. tapi menjadikan ianya tambah menarik pulak.. apa yang sedang aku hadap sekarang ialah maklumat yang mengatakan apa yang disampaikan melalui filem ni.. ada kaitan dengan Bible.. emm.. aku selidik dululaa.. kalau korang minat dengan filem-filem paranormal tontanlaa filem ni.. tapi bila dah habis tengok.., jangan lak tanya apa kejadah punya cerita nih? hehe… memang dia sengaja nak buat orang berfikir kot…
No related posts.





5 Responses to “What happen with “The Happening””
By juned on Jul 15, 2008 | Reply
seru kayanya tu film.., coba cari d saya…
[Reply]
By Uncle G on Jul 15, 2008 | Reply
ntah la.. pakcik sakit hati je tgk citer nie.. tah ape ape ntah… takde motif.. same la macam citer hancock tuh…
[Reply]
By samdaddycool on Jul 17, 2008 | Reply
nasib baik aku tak tgk cite ni… tapi hancock walaupon takde motif, aku enjoty part lawak dgn effect….
[Reply]
By titan on Jul 17, 2008 | Reply
haha..aku tak tengok lagi cite nih. nanti la. rajin aku gi beli dvd. malas, aku donload je kat torrent..
[Reply]
By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply
cerita ni cuba menyampaikan sesuatu cuma di buat sekerat jalan-agaknyalah
[Reply]