Saham Neraka @ AB Taufan – Masa untuk menggelakkan diri sendiri


Ditulis pada July 19, 2010 – 4:44 pm | Oleh nuaeman
Share

Berkesempatan menonton satu drama dalam slot cerekarama di TV3 Sabtu lalu. Tajuknya sahaja ( ‘Saham Neraka ‘) sudah membuat aku tertarik untuk menonton isi ceritanya. Kalau tidak silap inilah tajuk muka hadapan akhbar Metro Ahad pada awal 2007 ketika membuat liputan secara meluas tentang kemunculan skim-skim pelaburan haram di internet yang menjanjikan pulangan cukup lumayan. Susulan dari liputan akhbar Metro Ahad itu, semua skim-skim ini mula mendapat perhatian dari pihak berkuasa dan akhirnya lenyap tanpa khabar berita.

Ramai sekali rakyat Malaysia khususnya melayu yang berangan-angan untuk menjadi orang kaya baru pada waktu itu . Bukan sedikit juga yang mengeluarkan wang dari simpanan bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya semata-mata untuk menyertai skim pelaburan internet yang terdiri dari Dana Features, Winlifund, Abfund dan banyak lagi. Bagi yang tidak mempunyai dana yang cukup, sanggup pula mengeluarkan wang dari kad kredit malah yang lebih teruk sehingga sanggup membuat pinjaman dari Along kerana yakin mampu membayar semula selepas mendapat keuntungan berganda dalam tempoh singkat. Semua telah dikaburi dengan duit sehingga aku sendiri tidak terkecuali menjadi salah seorang mangsa yang terjebak dengan pelaburan haram ini. Masya_Allah… heh!

Drama Saham Neraka hasil cerita, skrip dan arahan daripada Erma Fatima ini membawa kita mengimbau semula detik itu. Walaupun genre adalah komedi tetapi itulah realiti yang berlaku ketika itu. Disampaikan sedikit sinopsis drama ini.

Saham Neraka mengisahkan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada Pak Halim, isterinya Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim ini pada mulanya tidak berminat pada saham. Katanya saham riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu AB Taufan.

Rozmi pula adalah pelajar universiti. Dia turut bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham AB Taufan. Pelbagai cara yang di buat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Senah dan Hamdan membeli kereta dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham.

Jamilah menjadi semakin cemburu. Rozmi pulang ke rumah kerana cuti. Dia ingin meminjam duit daripada Pak Halim untuk modal saham. Rozmi menerangkan mengenai AB Taufan kepada Pak Halim dan Jamilah. Akhirnya Pak Halim faham dan mula berminat menyertai main saham. Saham Pak Halim dan Jamilah semakin berkembang. Senah dan Hamdan menjadi cemburu kerana pelanggan mereka semakin kurang kerana lari kepada Pak Halim.

Pak Halim pula berani meminjam duit dari peminjam wang haram. Jamilah memujuk Pak Halim supaya melabur lebih banyak duit untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Masalah mula timbul apabila Pak Halim tidak mempunyai duit untuk bayar balik duit yang dipinjam daripada ceti haram. Dia terpaksa mencagarkan rumahnya. Pak Halim terkejut membaca berita mengenai saham haram. Rozmi juga mengalami masalah sama di universiti. Ramai pelanggan meminta wang kembali. Pak Halim dan Jamilah menjadi buntu.

Karakter-karakter yang diterjemahkan di dalam ‘Saham Neraka’ itu sememangnya wujud terutama sekali karakter manusia yang bersifat tamak seperti Puan Jamilah. Aku tertarik dengan karakter makcik yang bermulut muncung dan tidak habis-habis mahu melihat akaunnya. Walau telah berkali-kali diterangkan sistem itu telah menipu, dia masih tidak faham-faham.Yang dia tahu duit yang telah dilaburkan mesti dapat semula.

Makcik yang bermulut muncung itu mewakili golongan yang buta IT tetapi tetap terjebak dengan pelaburan sebegitu apabila terpengaruh dengan ajakkan rakan-rakan. Menjadi satu masalah untuk menerangkan kepadanya bahawa duit yang dilaburkan telah lebur atau hangus apabila laman web yang menjalankan operasi tersebut sudah tidak wujud lagi oleh sebab  apa yang dia faham seolah-olah kitalah pemilik web dan pelaburan itu. Memang haru dibuatnya untuk melayan orang sebegini dan aku sendiri pernah menghadapinya.

Drama yang membariskan pelakon seperti Datuk Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Ahmad Tamimi Siregar , Akim AF dan Erma Fatima ini memang sesuai ditonton oleh semua golongan bagi memberi pengajaran tentang skim cepat kaya yang masih berleluasa sehingga sekarang. Ada adegan-adegan yang mungkin mampu buat kita tersenyum atau tergelak. Bagi yang pernah melalui situasi tersebut barangkali juga kita sebenarnya menggelakkan diri sendiri dan bersyukurlah sekiranya tika ini kita telah sedar kesilapan yang dilakukan.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Masa terbaik untuk berhijrah
  2. Masa Untuk Menjawab Tag
  3. Bukan senang nak senang – (Bahagian satu)
  4. Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini
  5. Bagaimana dengan diri kita selepas Ramadhan berakhir?

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 20 Responses to “Saham Neraka @ AB Taufan – Masa untuk menggelakkan diri sendiri”

  2. By Kujie on Jul 19, 2010 | Reply

    tak tengok drama ni tetapi baca banyak ulasan yg bagus…

    bab pelaburan tu – setakat hari ini belum pernah terlibat- tak nak jadi macam makcik mulut muncon tu
    Kujie recently posted..Catwalk Bapa Ayam

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Kat youtube dah ada yang upload rasanya.. bagi yang pernah melalui keadaan tu seperti saya ni.. kak jie.. memang mcm melihatkan diri sendiri jee dalam tu.. heh!

    [Reply]

  3. By Nadri on Jul 19, 2010 | Reply

    mmg best cerita Saham Neraka nie..klu blh nak suruh TV3 main lagi sekali..pastinya ramai yang terasa bila tgh cerita nie..hakikatnya tiada jln pintas utk nak jadi senang…
    Nadri recently posted..SPAIN Bakal Juara Piala Dunia 2010

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Drama ni memang bagi Pengajaran untuk semua khususnya orang melayu yang nak cepat kaya..

    [Reply]

  4. By zik on Jul 20, 2010 | Reply

    wah bagus cerita nie..rugi aku miss cerita nie… buatnya dah ada simpanan pelaburan yang bagus.. duk pulak keluarkan duitnya sebab terlalu ghairah… last2 sia2 je simpanan untuk pergi haji
    zik recently posted..Bijak wang- perkara asas yang anda perlu tahu mengenai unit trust

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Masa tu kalau ko bawak unit trust pun depa tak pandang zik.. semua kepala ingat duit segera jee.. last2 punah.. heh!

    [Reply]

  5. By Shaffik on Jul 20, 2010 | Reply

    Cerita ni memang sebiji jalan ceritanya dengan apa yang berlakau 3-4 tahun lepas. Memang bodoh bila difikir-fikirkan balik. Sebab aku pun join jugak…hahahahaha…Tapi yang penting tidak jalan yang mudah untuk menjadi senang…
    Shaffik recently posted..Celcom Broadband Masalah Ke

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Haa.. Erma memang kronologinya lebih kurang.. kalau tengok web AB taufan tu pun set up tahun 2007. Macammana site dia down sekali pastu ok then down sekali lagi bersama-sama duit pelabur.. aduhai.. teringat duit-duit yang lebur.. tu.. hehe

    [Reply]

  6. By Shukor on Jul 20, 2010 | Reply

    Hohoho…memang best cerita tu. Yang paling best part bila Pak Halim dan isterinya Jamilah baru beli laptop, memang haru dibuatnya :D
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Lepas tu nak guna pun terkial-kial.. walaupun nampak lawak tetapi itulah realitinya..

    [Reply]

  7. By diraja22 on Jul 20, 2010 | Reply

    terlupa seketika sbb nk jd OKB..
    hati2 la mainan dunia..

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Nak kaya akhirnya kayap…

    [Reply]

  8. By Cyza on Jul 20, 2010 | Reply

    aku tengok dan terkekek2 dengan bini aku.
    Sebijik betul kisah tu dengan kisah abfund…
    Cyza recently posted..I Hired a Virtual Assistant

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Bukan abfund saja.. masa tu bermacam-macam fund ada.. mana-mana cerita saham.. saham neraka rupanya.. hehe

    [Reply]

  9. By Dila on Jul 25, 2010 | Reply

    macam tu la manusia kalau nak semuanya nak cepat kaya tanpa banyak usaha, tak perlu perah keringat, dan tak beringat2.. baguslah ada drama melayu macam ni. untuk beri kesedaran kepada semua :)
    Dila recently posted..Cabaran 80 artikel- WordPress Development dan Perkhidmatan Baru -

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Pakcik dah sedar sekarang… hehe..

    [Reply]

  10. By ahm on Jul 25, 2010 | Reply

    saham neraka ni memang ramai peminat.. sebab dalam blog aku je.. yang masuk nak tahu pasal Ab taufan memang yang paling tinggi.

    kalau tak percaya masuk dalam blog aku

    http://myvitrd.blogspot.com/
    ahm recently posted..Rehat hujung minggu

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    memang ab taufan antara keyword hangat minggu lepas

    [Reply]

  11. By Amirez on Aug 1, 2010 | Reply

    seronok tengok drama ni hari tu.
    satu sindiran yg sgt bagus kpd mereka yg suka join skim cepat kaya
    Amirez recently posted..Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

    [Reply]

  12. By hafizmd on Aug 4, 2010 | Reply

    Sempat tgk citer ni..mmg cukup bgus penyampaian jalan cerita dan lakonan yg cukup berkesan..

    tak tahan ngn makcik muncung tuh..

    harap byk lagik citer2 pengajaran macam ni..

    p/s – lagu tema citer ni pun terbaik! :D

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge