Bentuk Generasi Al-Quran dengan QuranCentre.com
Ditulis pada June 28, 2008 – 7:07 am | Oleh nuaeman Share
Letih betul melayan kerenah anak aku yang sorang tu hari ni.. Makin meragam semenjak nak dapat adik nih.. huhu.. sabar jelaa.. camtulaa kalau dah ada anak.. apapun dialah juga penghibur hati bila time-time penat balik kerja. Geram tu ada jugak kadang-kadang.. tapi kalau dah anak sendiri.. siapa tak sayang..kan? Walaubagaimanapun sayang sahaja tak cukup kalau kita tak berikan dia didikan yang sebetulnya.. supaya esok-esok dia jadi anak yang soleh. Sejuk tak hati kalau anak-anak kita cakap…

Untuk mendidik anak soleh ni ada satu organisasi yang menjalankan beberapa-beberapa aktiviti kerohanian kepada generasi- generasi muda islam. Organisasi yang aku maksudkan ialah QuranCentre yang mana adalah dibawah kendalian Islamic Excellence Centre . Ianya diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji A’robi Bin Hj. Ismail yang juga merangkap Pengarah Eksekutif Islamic Excellence Centre yang berpengkalan di Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Daurah [Kursus] Intensif Tahfiz (Sepenuh Masa) dan juga Kem Motivasi Islam Quran Centre Musim Cuti ( 3 hari 2 malam ).
Kursus Intensif Tahfiz dijalankan dalam tempoh sebulan dengan yuran *RM 370.00 (Termasuk Modul,Sijil,Makan & Minum Serta Penginapan.) dan ianya dikhaskan untuk lelaki sahaja dalam lingkungan umur 10 hingga 17 tahun manakala Kem Motivasi Islam Quran Centre Musim Cuti dijalankan selama 3 hari 2 malam dengan yuran yang dikenakan adalah sebanyak *RM 85.00 (Termasuk Modul,Sijil,Makan & Minum Serta Penginapan Selama 3 Hari) dan ini untuk lelaki dan perempuan pada peringkat umur 8 hinga 17 tahun. Emm.. menarik bukan..? walaupun ianya dijalankan di Terengganu, sesiapa yang berada diluar Terengganu juga boleh mengikuti aktiviti ini dengan menghubungi Ust.Kamar Kasyidi (013-9863132) ataupun Ust. A’robi (013-9533968).
Untuk mendapat maklumat lanjut bolehlah melawat lawan web rasmi mereka dengan melungsuri www.QuranCentre.com . Tetapi website ini agak baru dan masih banyak yang perlu dikemaskini. Sekiranya sesiapa yang berminat untuk turut mempromosikan website ini di blog mereka bolehlah mengambil kod dibawah. Tidak ada apa yang aku dapat berikan kalau sesiapa yang nak tolong promosipun.. cuma sekadar doa moga kalian dimurahkan rezeki berkat amal jariah ni. Amin…
ini kodnya..
“<center><a href=”http://qurancentre.com/” target=”_blank”><img src=”http://makmalcyber.com/gambar/qurancenter.jpg” width=”125″ height=”125″ /></center>”
Nota Kaki: Thanks to team Blog makmalCyber.
* Sila Hubungi Pihak QuranCentre untuk mendapat sebutharga terkini
Entri Berkaitan:























3 Responses to “Bentuk Generasi Al-Quran dengan QuranCentre.com”
By nasrun on Jun 28, 2008 | Reply
Alhamdulillah,
Sebenarnya banyak yayasan dan pengajian yang menawarkan kem motivasi seperti ini..
Kalau di rembau negeri sembilan, Yayasan Sofa NS. Boleh lawati website syarikat di http://yayasansofa.com.
Semoga makin bertambah Yaysan seperti ini untuk mendidik anak bangsa kita..
[Reply]
By nuaeman on Jun 28, 2008 | Reply
Terima Kasih Nasrun.. harap sesiapa lagi yang tahu mana-mana organisasi yang mengajurkan program yang seumpama boleh updatekan disini.
[Reply]
By Kasyidi on Jun 29, 2008 | Reply
Assalamualaikum,
Terima kasih encik Nueman kerana memberi review tentang pusat bimbingan kami.
Semoga Allah merahmati & memberkati encik. Amin.
[Reply]