Oh! Ayat-Ayat Cinta..


Ditulis pada August 29, 2009 – 5:22 pm | Oleh nuaeman
Share

Terkejut!? Ya, sememangnya aku baru sahaja menonton filem ini walau sebenarnya telah lama ianya menjengah pasaran dan kalau tidak silap telah dua kali disiarkan di TV. Mungkin aku agak ketinggalan untuk membicarakan tentang filem ’Ayat-ayat Cinta’ tetapi aku tetap akan berikan pandangan peribadi mengenai kisah yang diadaptasi dari Novel pembangunan jiwa yang hebat karya Habiburahman El Shirazy ini.

Sebenarnya telah cukup lama aku dengar tentang filem ini. Ada yang kata mengecewakan dan tak kurang juga yang memuji. Aku dah berjanji yang mana tidak akan menonton selagi aku tidak membaca novelnya maka sebelum tiba bulan Ramadhan minggu lalu aku peruntukkan 2 hari untuk habiskan novel yang mempunyai 492 muka surat itu.  Selesai membacanya aku tak nafikan novel ini memang mantap serta tepat sepertimana apa yang mereka sifatkan bahawa ini adalah ‘Novel Pembangunan Jiwa’.

Hari ini aku dapatkan DVDnya dan tak menunggu lama untuk terus menonton di rumah. Aku cuba lapangkan fikiran bahawa sebagaimana karya-karya besar sebelum ini bilamana diadaptasi kepada filem semestinya akan ada sedikit perubahan maka dah tentu Ayat-Ayat Cinta tak akan terkecuali. Walaupun begitu setelah hampir dua jam menonton filem ini aku tak rasakan sepertimana apa yang aku rasa ketika membaca novelnya. Dari perjalanan cerita, kekuatan watak dan juga lokasi segalanya mengecewakan. Terasa seolah-olah aku menonton satu karya baru yang bukan hasil dari buah tangan penulisnya.

Awalan cerita sahaja dah buat aku tertanya dimana ketokohan Fahri sepertimana digambarkan di dalam novel sebagai pemuda berkharisma yang mampu berkhutbah serta begitu menjaga ahlaknya sehingga boleh membenarkan seorang wanita bukan muhrim berada di dalam rumah bujang, sudahlah begitu boleh pula makan bersama-sama dalam satu dulang. Fahri didalam filem ini dilihat sedikit longgar dalam soal pergaulan dengan perempuan ajnabi. Aku menunggu beberapa minit sebelum terasa yang aku sememangnya sedang menonton “Ayat-Ayat Cinta” bilamana melihat adegan Maria menyuruh Fahri membelikan disket ketika suasana begitu panas dibumi Cairo kemudian ceritanya tersasar entah kemana sehinggalah adegan di dalam Metro menggamit aku untuk terus menonton. Kisah Fahri terlantar diHospital ditiadakan yang mana pada aku inilah saatnya membuktikan Fahri seorang yang begitu gigih dalam mencapai matlamatnya dan cukup dikenali oleh rakan-rakan serta tenaga pengajar universiti Al Azhar. Bukanlah seorang yang cuai sehingga tiada ‘back up’ langsung untuk fail-failnya didalam komputer sepertimana dapat kita lihat pada permulaan filem. Adegan itu juga yang akan dapat membantu dalam membuktikan betapa besarnya pengorbanan Maria kepada Fahri. Terlalu banyak sekiranya ingin disentuh tentang perjalanan ceritanya yang jauh tersasar.

Aku boleh memaafkan ketiadaan beberapa watak seperti  Tuan Boutros, Yousef, Magdi dan beberapa lagi tetapi watak yang sedia ada jauh sekali dari apa yang telah aku kenal sifatnya di dalam novel. Aisha sepatutnya seorang yang sangat menghormati suami dan sentiasa berdiri dibelakang suaminya walau apa jua ujian menimpa tetapi di layar perak Aisha adalah seorang isteri yang cukup cemburu, kuat berprasangka sehingga pada suatu ketika tidak langsung menunjukkan rasa hormat kepada Fahri sebagai seorang suami. Nurul pula sepatutnya seorang penuntut Al-Azhar yang pintar dan merupakan ketua dalam organisasi digambarkan seperti pelajar kolej biasa yang sanggup mengambil gambar seorang lelaki yang digilainya di papan kenyataan untuk dipotong dan disimpan. Mungkin ada penonton akan bertanya : ‘macam ni ke student Al-Azhar?’

Apapun begitu pujian juga harus diberikan kepada pengusaha filem ini. Walaupun banyak cacamerbanya ianya masih mampu memberi kesan kepada penonton serta memberi satu ruang alternatif kepada mereka-mereka yang mahukan filem cinta beserta unsur-unsur islamik. Menyesal menonton? tidak.. cuma sedikit terkilan sahaja kerana amat jauh dari apa yang aku harapkan.

Satu adegan didalam filem ini mengingatkan aku kepada sebuah novel dari Al-Azhar bertajuk ‘Lakaran Sahrawi‘. Ianya karya rakyat Malaysia terbitan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Tak ada ke pengusaha filem Malaysia nak adaptasi pula novel tu ke filem. Kena gaya lagi meleleh penonton dibuatnya.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop dan Mengusik Jiwa
  2. What happen with “The Happening”
  3. Definisi Cinta

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 20 Responses to “Oh! Ayat-Ayat Cinta..”

  2. By megat on Aug 29, 2009 | Reply

    aku lebih suka novel dari filemnya. walaupun membaca novel tapi seolah-olah semua watak yang ko sebutkan tapi hidup!

    termasuk kisah mereka pergi makan di restoran mewah kan?

    [Reply]

  3. By MyDailyBlog.Info on Aug 30, 2009 | Reply

    cite dia aku x tgk lagi ntahla..nape
    tapi lagu dia aku dh dgr :)

    [Reply]

  4. By fikri{dot}com on Aug 30, 2009 | Reply

    ahakz! aku susah cket bab-bab ni… x brape layan sgt citer cam ni. :P tapi, last skali aku ngok citer yg berunsurkan ni ialah citer Syurga Cinta. wahahaha! :D

    [Reply]

  5. By Shaffik on Aug 30, 2009 | Reply

    Aku pun bru jer tgk citer ni. Last 2 week kat TV3. Memang pada mulanya jln cerita agak berterabur. Tapi mampu mengheret aku hingga ke penghujungnya. Salutt kepada Pengarahnya…

    [Reply]

  6. By Kak Long on Aug 31, 2009 | Reply

    Ulasan yang sangat menarik.
    Setuju yang novelnya lebih mengesankan.
    Novel Lakaran Shahrawi tu ada dijual di Malaysia tak?

    p/s Pernah tulis dalam blog Kak Long tentang novel dan filem AAC ni bulan Jun dulu.

    [Reply]

  7. By nuaeman on Aug 31, 2009 | Reply

    yep, banyak adegan penting takde.. tapi adegan yang takde dalam novel boleh ada plak.. huh

    [Reply]

  8. By nuaeman on Aug 31, 2009 | Reply

    Lirik lagunya bagus jugak.. lagu ni suara hati Maria dalam cerita AAC ni.. tengoklah.. then bagi pendapat ko :)

    [Reply]

  9. By nuaeman on Aug 31, 2009 | Reply

    Ohh.. syurga Cinta.. matlamat cerita tu mungkin bagus.. tapi adegan clubbing aku tengok agak keterlaluan bagi sebuah filem yang cuba membawa imej islamik

    [Reply]

  10. By nuaeman on Aug 31, 2009 | Reply

    Ya, aku dapat rasakan siapa yang tak baca novelnya mesti akan dapat rasakan jalan cerita awal tu berterabur.. plotnya melompat-lompat

    [Reply]

  11. By nuaeman on Aug 31, 2009 | Reply

    Lakaran Sahrawi tu dijual di Al-Azhar.. lagi satu novel disana yang menarik ialah Maria iaitu karya seorang turki tak silap saya.. nanti saya cuba tanya2 pada kawan Al-Azhar kalau kak long berminat..

    [Reply]

  12. By Kak Long on Aug 31, 2009 | Reply

    Wah menarik tu…kalau dapat, nak juga Kak Long beli.

    [Reply]

  13. By famia on Sep 2, 2009 | Reply

    salam.

    Cuba tonton Perempuan Berkalung Serban pula. Dengar kata cerita itu kena banned dekat sini.

    [Reply]

  14. By titan on Sep 2, 2009 | Reply

    aku dah baca versi novel dan tengok versi filem. dua-duanya mempunyai jalan cerita dan kekuatan tersendiri. tapi novel lebih terperincila. dah namapun novel kan..

    [Reply]

  15. By skystars on Sep 26, 2009 | Reply

    a’kum… sy pun b’minat jugak nk baca ‘lakaran sahrawi’ tu… pls let me know if u know how 2 get 1. thanx… wslm… =)

    [Reply]

  16. By nurul:) on Jan 26, 2010 | Reply

    slm snggh,, nk ltau jugak novel LAKARAN SAHRAWI ad x lg skrg,,? dh lme ana mncri:)
    than’k..hrp ad respon,,k,

    [Reply]

  17. By nuaeman on Jan 27, 2010 | Reply

    saya dah hubungi sahabat di Al Azhar tetapi malangnya mereka tak dapat mencari.. insya_Allah kalau ada saya akan update..

    [Reply]

  18. By nurul:) on Jan 27, 2010 | Reply

    syukran:)

    6t ana pasti sggah lg kt blog enta:)

    [Reply]

  19. By nuaeman on Jan 27, 2010 | Reply

    Pakcik akan bagi ulasan tentang cerita yang memperjuangkan emansipasi wanita ni.. baru jee tgk dvd nya.. boleh dikatakan kandungannya berani dan agak berbahaya

    [Reply]

  20. By mijie on Jun 4, 2010 | Reply

    bro suka baca novel yer. sy pun kadang2 baca novel gak, tapi tu lah….kadang2 baca novel,.tp filemnnya tak tgk :)

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 5, 2010: Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop | Blog Nuaeman

Post a Comment

CommentLuv badge