Official Website Upin dan Ipin
Ditulis pada September 5, 2008 – 4:29 pm | Oleh nuaeman Share
Aduh.. dah 2 hari aku tak update blog ni. Kesihatan aku agak kurang baik sejak dari awal Ramadhan. Andainya ini sebagai kifarah pada dosa-dosa aku yang telah lalu.. aku terima dengan seadanya Ya Allah..
Oklah aku pun rasanya takkan berceloteh panjang just cuma nak berkongsi satu website dengan mereka-mereka yang ternanti-nanti akan cerita upin dan ipin ni kan.. ya aku tau tadi dah ramai yang ikuti cerita ni kat TV9. AKu baru sahaja mendapat info yang pihak Les Copaque telah pun membuat satu laman web rasmi untuk Upin dan Ipin ni yang mana kita boleh ikuti semula kisah-kisah upin dan Ipin dari episod satu hingga seterusnya. Nampaknya ada 12 episod baru.. . Menonton Upin dan Ipin dari website rasminya ini adalah lebih memuaskan hati dari menontonnya di Youtube. Kalau tak percaya boleh try sat lagi. Apapun setiap episod hanya akan dapat diaccess setelah ianya ditayangkan di TV9.
Bukan itu saja dilaman web ini juga kita boleh dapatkan beberapa produk Upin dan Ipin macam Beg, Cap, baju juga pen dan notepad. Dah tentu satu koleksi yang cukup baik bagi mereka yang suka mengumpul benda-benda camnikan…
Satu lagi yang menarik bagi sesiapa yang suka sangat ngan dua budak comei ni bolehlah dapatkan avatar dan wallpapernya di website ini. Nak tahu lebih lanjut bolehlah terus ke www.upindanipin.com.my dan saksikan sendiri.
Diorang main lawan spider hari nikan.. heh! memang betul-betul macam suasana aku bersekolah dulu.. bawak spider dalam kotak mancis.. keh3
Selamat Menonton..
Entri Berkaitan:





7 Responses to “Official Website Upin dan Ipin”
By muhafis on Sep 6, 2008 | Reply
gmbr dye clear bro!
[Reply]
By samdaddycool on Sep 6, 2008 | Reply
syok la layan katun ni..
1st class daripada Malaysian!
[Reply]
By Shaffik on Sep 10, 2008 | Reply
sememangnyer ada kelas kartun ni….mmg puas hati tgk….
[Reply]
By th on Sep 10, 2008 | Reply
haha..gila apa lawan spider sape paling lawa. haha..
[Reply]
By topo on Sep 10, 2008 | Reply
website tu da kene suspended!!! hua!!
[Reply]
By nuaeman on Sep 10, 2008 | Reply
Haah.. apsal yek..
[Reply]
By Mr. XXX on Sep 21, 2008 | Reply
Dah kena suspended ke.
Tak pe. Aku ade jumpa 1 lagi blog Upin dan Ipin iaitu di
http://upin-ipinvideo.blogspot.com/
Try la. Aku jugak ada jumpa 1 website yang mengandungi semua video South Park. Jadi, lepas nie, bolehla tengok cerita South Park tanpa perlu bersusah payah nak search kat internet.
Alamat dia ialah:
http://silentmoney.co.cc/videoblog
[Reply]